Isnin, 26 November 2012

HOT!! Langgan 8 Kali, Percuma 1 Kali!! Taktik Baru Pelacuran!

hiasan



"LANGGAN 8 KALI, PERCUMA SATU". Itu antara pakej yang ditawarkan premis pelacuran di Kepong Baru, Kuala Lumpur. Dengan menggunakan wanita warga asing sebagai pelaris, taktik itu dilihat berjaya mengumpan ramai pelanggan untuk ke premis berkenaan.

Walaubagaimanapun, polis yang menyamar sebagai pelanggan berjaya membongkar kegiatan tersebut, malam semalam. Dalam serbuan yang dilakukan, 9 wanita warga Thailand, 5 Filipina dan seorang warga China berusia lingkungan 20-an ditahan.

Serbuan yang dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap/Judi/ Maksiat D7, Bukit Aman turut mendapati ada di antara wanita asing tersebut yang menyalahgunakan pas lawatan sosial dan gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri. Turut ditahan, dua penjaga premis.

Kesemua mereka dibawa ke IPD Sentul untuk tindakan lanjut.



Sumber: Edisi 7, NTV7

Video dari Channel PDRMsia

Tiada ulasan: