User Online

Politics Blogs

Seminar Autisme 2014

Post Terbaru!!

Kempen LIKE Page!

Mari Kita Terus Selamatkan KEDAH Dari Tangan Puak PAKATAN !! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni -->
P/s: Setiap LIKE Anda Amat Berharga Kepada Kami!

Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!
P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

Ahad, 25 November 2012

HOT! #IsuAirSgor: Khalid Tak Serius Selesaikan Masalah Air Selangor!!



Langat 2 masih lagi ditangguh! Pelbagai persepsi timbul, pelbagai alasan diberikan. Kisah penstrukturan air Selangor yang telah lama menyepi muncul semula. Semuanya dilihat 'seperti' berkaitan diantara satu sama lain dengan masalah air di Selangor.

Khalid telah pun bersuara di Dun Selangor, bahawa selagi penstrukturan air di Selangor tidak dibuat, selagi itu projek Langat 2 akan ditangguh.

Khalid Gagap sebenarnya tidak serius untuk menyelesaikan masalah air. Walaupun kini kita nampak air di Selangor umpama tidak ada masalah, namun kajian telah menunjukkan pada tahun 2014 Selangor akan mula menghadapi masalah air.

Bila Selangor menghadapi masalah air, Langat 2 pun belum siap, dari mana rakyat Selangor nak korek air? perigi, lombong atau tasik?

Sebab itu, Langat 2 tak perlu ditangguhkan lagi, perlu dibuat segera!!

Isu penstrukturan air, yang Khalid selalu sebutkan tu, langsung tak ada kena mengena dengan pertambahan air terawat di Selangor.

Malah untuk membuat penstrukturan air pun, Khalid tidak serius, dia hanya mengunakan kepala otaknya sendiri untuk membuat pertimbangan.

Sehingga kehari ni, baru 3 kali Khalid berjumpa, berbincang dan menawarkan 4 syarikat konsesi air dengan harga terakhir RM 9.27 billion, itu pun kali terakhir pada 31 Januari 2010. Selepas pada itu, tiada lagi perbincangan, yang ada hanyalah cakap-cakap belakang dan statement bodoh Khalid di media!


Mengikut pendapat Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George menyifatkan empat syarikat konsesi air yang terlibat dengan penstrukturan semula industri itu berhak menolak tawaran kerajaan Selangor sekiranya harga yang diusulkan tidak munasabah.

Katanya, kerajaan Selangor tidak seharusnya menutup pintu rundingan dengan mengumumkan bahawa jumlah tawaran RM9.2 bilion itu adalah muktamad melainkan keputusan itu didorong oleh motif politik.

"Jika tawaran yang diberikan tidak masuk akal, nasihat saya kepada syarikat-syarikat itu untuk lebih berbincang jika kerajaan negeri salah kerana beri tawaran yang rendah. Kerajaan negeri perlu menunaikan tawaran mengikut keperluan.

"Apabila syarikat-syarikat yang telah menerima tawaran itu jika dianggap tidak sesuai (tidak cukup) mereka boleh mengusulkan kepada kerajaan negeri untuk berbincang. Jangan semua isu dipolitikkan termasuk isu air nanti tidak dapat mencapai matlamat," katanya

Tapi takkanlah perigi nak cari timba? Tentulah orang yang nak beli syarikat konsesi dan nak buat penstrukturan yang tawar dan beli. Takkanlah syarikat-syarikat konsesi ini yang terhegeh-hegeh nak tawar diri? Macam tak kena la pulak.


Dulu semasa Khalid tawar harga kedua, hanya Syabas dan Puncak yang tolak tawaran tersebut, ABASS dan SPLASH dah terima. Kenapa Khalid tak beli dua tu dulu? Kenapa nak tolak semua?

Semasa tawaran ketiga, ABASS dan SPLASH turut serta tolak walaupun harga tawarannya lebih tinggi. Pelekkan? Tentu ada udang disebalik batu.

Masalahnya, Khalid dan Kerajaan Negeri Selangor ni tak ikhlas nak buat kerja. Mereka bekerja bukan untuk rakyat. Segala permainan dan pergerakkan mereka hanyalah disulami politik. Kalau mereka ikhlas, dah tentu perbincangan penstrukturan air tu berjaya, walaupun berapa lama dan berapa kali pun.

Bila tak berjaya saja, nak salahkan orang lain. Salahkan Syabas, salahkan Kerajaan Persekutuan, salahkan Kementerian, salahkan BN, malah yang takdak kaitan dengan air pun Khalid turut tuduh bersubahat!

Video kat bawah ni menunjukkan jawapan Khalid menipu semasa sidang Dun Selangor,

Alasan Khalid nak beli syarikat konsesi, kononnya nak selesaikan masalah NRW, iaitu masalah 'pembaziran' air disebabkan masalah teknikal seperti ketirisan paip lama (penggantian paip baru) dan kecurian.

Tapi Khalid sendiri pun taknak bayar hutang Kerajaan Negeri kat Syabas. Kalau bayar dah tentu Syabas boleh modalkan nak ganti paip lama, boleh kurangkan NRW.

Khalid sendiri tak nak luluskan perbelanjaan capex i.e. paip baru sebelum penstrukturan dibuat. Lepas tu, paksa Syabas jual diri kat Kerajaan Negeri Selangor, patut ke macam tu? Kejam sungguh si Khalid Gagap ni.

Dari situ kita dah lihat bahawa Khalid ni memang bermain politik dalam urusan pengurusan air.

Khalid bebal ni pun tahu, andaikata penstrukturan air berjaya, Langat 2 tetap kena buat. Kalau terlalu lambat buat Loji Langat 2 pun jadi masalah juga, sebab dari jangkamasa sekarang, Langat 2 tak sempat nak siap dan beroperasi pada waktu yang dijangka Selangor mengalami masalah air tu.

Apakah masalah rakyat tak penting? Kalau masalah air untuk rakyat Selangor dan kepentingan urusan negeri pun tak penting bagi Khalid. Entah apalah yang penting bagi MB sebuah negeri maju macam Selangor ni.

Mc fikir, apa yang penting bagi dia, hanyalah 'kepentingan politik' dan poket kroninya kembung! Macam Talam! Selain daripada itu, lantak la apa nak jadi pun. Rakyat Selangor nak mati sebab tak makan atau takdak air pun, bukan masalah dia.

Kejam punya gagap! Sudah la hodoh, bertambah buruk dengan zalim! Buruk sungguh!


McTheory:
MB Pakatan Haram ni memang semua tak boleh buat kerja, menyusahkan orang saja!

0 Komen Pembaca:

Kempen LIKE!!

Mari Kita Terus Selamatkan KEDAH Dari Tangan Puak PAKATAN !! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni -->
P/s: Setiap LIKE Anda Amat Berharga Kepada Kami!

Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!
P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

Popular Posts

Arkib Blog

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review