Sabtu, 10 November 2012

PANASS!! #IsuAirSgor: Teknologi Membran Hanya Alasan Untuk Bantah #Langat2


Isu air di Selangor makin lama makin serabut. Dari penstrukturan air, penstrukturan semula, teknologi membran, dan kini mereka nak buka Loji air Bukit Jelutong yang dah ditutup 17 tahun dulu. Kenapa Kerajaan Negeri Selangor yang di ketuai oleh Khalid Gagap ni bersungguh-sungguh mahu membuka loji air Bukit Jelutong tu?

Bukankah loji air tu dulu ditutup disebabkan masalah kebersihan (tercemar teruk). Sungai Damansara yang tercemar telah membuatkan loji air Bukit Jelutong tidak relevan lagi digunakan pada 17 tahun yang lepas. Jika 17 tahun yang lepas pun ianya tidak relevan akibat percemaran sungai. Mc rasa sekarang lagi teruk!

Kawasan sekeliling Sungai Damansara juga tidak menunjukkan ianya boleh dijadikan kawasan tadahan. Perkilangan, perumahan dan aktiviti lain sudah lama bertapak di sekeliling Sungai Damansara. Tengok peta dibawah, macam-macam seksyen dan taman.


Khalid ni nampaknya dah panic. Pelbagai cara yang dikenalkan untuk meningkatkan bekalan air. Sahlah si Khalid ni tahu krisis air akan melanda. Jadi sekarang terdesak nak tunjukkan idea dia pun secerdik idea kerajaan pusat. Atas dasar dan kajian apa Khalid mahu loji itu dibuka semula?

Semuanya dilakukan dengan tergesa-gesa tanpa kajian yang menyeluruh. Khalid baru memberi cadangan untuk membuka loji air Bukit Jelutong dan dua loji di Ampang, tetapi Xavier yang bersungguh-sungguh mahu menjuarai isu air ini (biasa la claim kredit). Ada udang sebalik batu ke Xavier?

Xavier kata kos untuk buka semula loji yang ditutup semula hanyalah RM1.5 juta, apakah kos itu termasuk dengan kos teknologi membran yang mahu mereka gunakan? Kos itu juga tidak termasuk penapis yang hanya tahan 2 tahun dan perlu ditukar. Penapis tersebut memerlukan kos yang sangat mahal untuk setiap kali pengantian baru.

Kajian baru diarahkan tapi Xavier dah cakap murah. Sila tunjukkan perincian kos dulu, mana Xavier tahu teknologi membran ini akan lebih jimat dari Langat 2?

Semakin lama Kerajaan Negeri Selangor menangguhkan projek Langat 2, semakin besar risiko masalah air pada masa akan datang. Sudahlah perlaksanaan projek ini lewat hampir 2 tahun, kini mereka menangguhkan lagi semata-mata mahu menjalankan kajian keatas loji yang dibuka semula dengan teknologi membran.

Kalau ya pun teknologi membran ni boleh tambahkan kuantiti air, sumber air mentah nak diproses diambil dari mana agaknya? 34 loji yang ada di Selangor sudah cukup untuk proses kuantiti air mentah dari sungai-sungai dan 7 empangan yang sedia ada.

Kalau membran di letakkan di sebelah setiap 34 loji untuk tambah keluaran air terawat, sumber air yang sama juga akan ditarik. Kalau dah keluar banyak, sempatkah sungai dan empangan top-up? Musim kemarau macam mana? Hari-hari buat pembenihan awan, sembahyang hajat lah nampaknya.

Jadi dimanakah yang dikatakan teknologi membran ini mampu mengatasi masalah air di Selangor? Mungkin mereka kata mereka mahu menapis air yang selama ini tidak mampu ditapis oleh loji konvensional. Jika mengikut akal, apakah jumlah air yang mereka mahu tapis tu setanding dengan Langat 2 yang membekalkan air terawat sebanyak 1,130 juta liter sehari?

Jauh bezanya tu, malah ada loji-loji di Selangor sekarang pun telah bekerja lebih dari 120%, kerana permintaan air di Selangor dalam kapasiti yang besar. Mampukah teknologi membran yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor mengantikan Langat 2?

Mengikut pendapat Mc, teknologi membran ni hanya alasan Kerajaan Negeri Selangor mahu menangguhkan Langat 2. Mereka rela membiarkan rakyat Selangor menanggung risiko, dari membenarkan Kerajaan Pusat “menang”

Mereka menganggap dengan membenarkan Kerajaan Pusat melaksanakan Langat 2, umpama menunjukkan Kerajaan Pusat menjadi hero dalam masalah penyelesaian air di Selangor. Itu yang mereka tidak mahu!

Sesungguhnya Khalid dan Xavier bukanlah individu yang layak untuk dijadikan pemimpin. Kerana pemimpin seperti ini hanya melakukan kerja jika ada berkaitan dengan kepentingan politik mereka.

Rasanya dalam hal ini, Suara Kebangkitan Rakyat Selangor perlu ditagih untuk menunjukkan kepada Kerajaan Negeri, bahawa rakyat Selangor berhak membuat keputusan yang terbaik dari merisikokan kehidupan pada mereka dikemudian hari.


McTheory:
Rakyat Selangor perlu lakukan sesuatu untuk kejutkan pemerintah seperti Khalid dan Xavier tu..

Tiada ulasan: