Rabu, 7 November 2012

PANASS!! Khalid Samad dan Azmin Ali Pun Sokong Melayu Murtad?!


Inilah dia manusia yang sering mempertahankan perkara-perkara yang bertentangan dengan norma Islam. Dia siap backup Nurul Izzah lagi. Kalau dengar balik dalam video, pembaca akan dengar Khalid kata agama ini tidak ada kena mengena dengan keturunan.

Ertinya, setelah lahir dan besar, Melayu (yang beragama Islam) boleh memilih agama lain kerana didalam Islam tiada paksaan? Jadi selepas ini kita akan melihat ayahnya Islam, Ibunya Kristian, anaknya Kristian, Islam dan Buddha? Ini dah sama macam negara Jiran.

Keris rasa pakatan kini telah terlalu liberal dan melampau. Boleh memilih agama sedangkan Melayu itu Islam dan dibenarkan mereka memilih agama mereka memandangkan 'tiada paksaan', meletakkan murtad sebagai satu perkara yang biasa?
Di dalam beberapa ayat al-Quran Allah s.w.t. mengecam sekeras-kerasnya orang-orang yang murtad. Antaranya:

Ayat 217 Surah al-Baqarah yang bermaksud:

Dan sesiapa yang murtad di kalangan kamu daripada agamanya, lalu ia mati dalam kekufuran itu, maka terhapuslah segala pahala amalan mereka itu di dunia dan akhirat, dan mereka itu adalah para penghuni neraka secara kekal di dalamnya.

Ayat 137 Surah al-Nisa' bermaksud:

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, kemudian kafir, kemudian beriman semula, kemudian kafir lagi, serta bertambah-tambah lagi kekufuran mereka selepas itu, Allah tidak akan mengampunkan mereka dan tidak akan menunjukkan jalan yang benar.

Ayat 21 Surah al-Maidah yang bermaksud:

Dan janganlah kamu berpaling tadah (murtad) ke belakang maka kamu akan rugi serugi-ruginya.

Ayat 54 Surah al-Maidah yang bermaksud:

Sesiapa yang murtad di kalangan kamu daripada agamanya maka sesungguhnya Allah akan gantikan mereka itu dengan satu kaum yang benar-benar dikasihi Allah dan mereka juga mengasihi-Nya…..

Ayat 25 Surah Muhammad bermaksud:

Sesungguhnya orang-orang yang murtad (berpaling tadah) ke belakang selepas ternyata hidayat kepada mereka, sebenarnya syaitanlah yang telah menipu mereka…


Jadi masih lagi Khalid nak 'swing' semata-mata nak cover anak Anwar Ibrahim?

Dalam Al-Quran terang terang menentang murtad. Azmin cover konon Izzah cakap pada orang bukan Islam, soalannya Islam di Malaysia tidak pernah memaksa agama lain masuk Islam melainkan dia sendiri yang rela.

Ada masalah dengan undang-undang Syariah ke Azmin?

Kalau begitu, jika anak kamu murtad esok, jangan salahkan dia sebab pegangan kata-kata kamu menunjukkan anak kamu tidak boleh dipaksa. Biarkan dia bebas memilih agama. Begitu?

Inilah jadinya jika mahu bercakap tetapi tidak maqasid syar'iyyah.

Murtad tetap salah sebab itu zaman Khulafa'Ar Rasyidin murtad ditentang!

Keris7Lok

Tiada ulasan: