Rabu, 7 November 2012

PANASS!! #isuAirSgor Pas Selangor dan Xavier Yakin Teknologi Membran Khalid Berjaya?



Rupanya masih banyak pihak yang tidak faham mengenai isu air di Selangor. Terutamanya Pas Selangor (masih ada Pas di Selangor?), yang mengeluarkan kenyataan menyokong MB, kononnya bijak mengawal air di negeri Selangor.

Pelbagai kata-kata pujian yang Pas Selangor hamburkan kepada Khalid, menerusi Pesuruhjayanya si Dr Rani. Mungkin itulah tugas Pas di Selangor, hanya menyokong dan menjilat, tak pernah ada keputusan sendiri.

Tak perlulah Mc sentuh, Pas di Selangor masih relevan atau tidak, kerana bagi Mc, Pas Selangor bagaikan tak wujud, bukan watak utama, mereka hanya watak sampingan untuk perkara yang tidak penting. Mungkin disebabkan itu Pas cuba menonjolkan diri dalam isu air dengan memberi sokongan kepada MB Selangor yang bebal ni.

Namun nampak sangat sokongan Pas ni membawa rebah. Paling rebah apabila Pas Selangor menyentuh soal air percuma. Tahukah Dr Rani bahawa Kerajaan Negeri Selangor sedang berhadapan dengan beribu-ribu saman, akibat air percuma yang tidak selaras?

Air percuma hanya untuk rumah teres dan banglo. Sedangkan rumah flat dan apartment kos rendah tidak menerima air percuma dari Kerajaan Negeri. Jadi apa relevannya air percuma diberikan kepada orang-orang kaya?

Kerajaan Negeri Selangor di saman kerana tidak bertanggung jawab keatas perkara tersebut. Patut kaji dulu sebelum laksana, bila dah jadi masalah, baru nak mengelabah! Jadi bila Dr Rani puji perkara tersebut, Mc rasa Dr Rani ni dah ketinggalan zaman, ohh lupa! Harakah mana masuk berita ni, patutlah dia taktau.

Mengenai penstrukturan air tu, Dr Rani tak faham, apa masalah sebenar air di Selangor. Kenapa Khalid nak 'takeover' syarikat konsesi. Kenapa sampai sekarang Khalid tak 'takeover' lagi syarikat terbabit. Apa cerita disebalik penstrukturan?

Khalid tak serius untuk melaksanakan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA). Kalau beliau serius, dah lama Khalid berbincang dengan syarikat konsesi dan membelinya dengan harga yang mereka sendiri tetapkan. Bukannya beliau sendiri yang tetapkan harga tu, itu dah terbalik!

Umpama, kita ke pasar untuk beli ikan. Tetapi bila sampai masa nak beli, kita marah si penjual kerana tak ikut harga yang kita minta. Mana boleh macam tu, hanya orang gila saja yang boleh buat perangai macam tu.

Nampak sangat Khalid tak serius untuk laksanakan penstrukturan air. Khalid hanya gunakan alasan penstrukturan untuk menangguhkan perlaksanaan projek Loji Air Langat 2. Patutnya kalau Khalid serius nak tolong rakyat Selangor, Khalid perlu sokong Langat 2, bukannya membantah!

Disebabkan itulah Mc kata Pas Selangor ni dah ketinggalan zaman. Pas patut menasihati Khalid supaya menyokong Langat 2 dengan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat. Langat 2 tu lah, baru namanya air untuk rakyat.

Penstrukturan air boleh buat bila-bila masa saja. Tapi pembinaan Langat 2 mengambil masa. Kalau tak dibina dengan cepat, takut nanti sampai masa, seluruh Selangor akan menghadapi gangguan air. Kalau dah jadi macam tu, siapa yang patut bertanggung jawab? Khalid? Dr Rani? atau Dr Xavier?

Mungkin Kerajaan Negeri Selangor begitu yakin dengan teknologi membran? Bagi mereka teknologi membran paling bagus dan jimat. Dr Xavier pun ada menyebut akan membina loji tu kat Bukit Jelutong, tempat loji air lama yang pernah ditutup dulu.

Mc pelik kenapa Xavier pilih tempat yang sememangnya bermasalah? Banyak lagi tempat lain, tetapi kenapa itu yang jadi pilihan. Apakah Xavier nak buktikan bahawa teknologi membran tu bagus boleh menapis air sungai yang kotor jadi air bersih?

Apakah Xavier rasa kos rawatan air mengunakan teknologi membran adalah rendah? Mengikut 'Malaysian Water Industry Guide' kos purata bagi  menghasilkan air secara konvensional ialah 56sen untuk 1000 liter.

Tapi bagi Sungai Damansara yang dikelaskan pada tahap 4 tu, rasanya lebih teruk. Kalau dah lebih teruk, mesti lebih mahal. Jadi atas dasar apa Xavier kata teknologi ni murah? Kalau kos konvensional nak proses air tercemar dah tinggi dari purata membran yang perlukan pressure tinggi dan kuasa electirk boleh murah ke? Boleh jawab?

Lagi satu, mampukah air Sungai Damansara tu menghasilkan 100 MLD? Kerana kawasan tadahan sungai Damansara semua dah jadi kawasan perumahan. Kalau ada air pun nanti, mesti dah tercemar teruk kerana sampah dan juga bahan buangan lain.

Kalau rasa nak buat juga kat situ, Kerajaan Negeri Selangor kena buat empangan kat Damansara tu. Tapi, kat celah mana nak buat empangan? ada tanah lagi ke? Rasanya dah penuh dengan bangunan dan perumahan. Kalau buat pun, rasanya ramai pulak yang bantah nanti.

Itu belum kira kos nak rawat air yang kualitinya bawah kelas 2. Kat Selangor sekarang ni, dah tak ada lagi sungai kualitinya kelas 2. Sebab itu kos merawat air hatta pakai teknologi rawatan konvensional pun dah 2-3 kali lebih mahal dari negeri lain.

Selangor tak sama macam Pahang, Penang, Perak dan negeri-negeri lain. Negeri lain yang disebutkan tadi tu, kualiti air sungainya masih baik sebab tu murah kos rawatannya. Kalau macam Selangor yang sungainya hanya ada kelas 2 kebawah, rasanya lebih teruk!

Maknanya, kalau air tu lebih kotor dan tercemarnya, makin mahal la kos rawatan air untuk jadikan air bersih. Macam Mc katakan tadi, kalau konvensional pun mahal. Cuba bayangkan kos kalau kita guna teknologi membran tu.

Kalau mengikut, Timbalan Presiden Persatuan Air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (SWAN), V Subramaniam, banyak perkara yang perlu diperhalusi Kerajaan Negeri.

Katanya lagi, biarpun teknologi tersebut bukanlah sesuatu yang baru dan digunakan di beberapa negara tetapi ia perlu diteliti kerana melibatkan kos tinggi.

“Selain itu, keupayaan kapasiti muatan, ia juga perlu diberi penekanan kerana kita sedia maklum kawasan Lembah Klang padat dengan penduduk dan sudah semestinya permintaan terhadap air terawat sangat tinggi.

"Biarpun kos pemasangan teknologi berkenaan berkurangan tetapi kos operasinya masih di tahap tinggi bergantung kepada masalah dihadapi," katanya.

Tak ramai yang yakin dengan teknologi membran ni. Masih ramai yang ragu-ragu ia dapat menambah kuantiti air dan boleh menyelesaikan masalah air di Selangor. Kalau kita fikir, mampukah teknologi membran ni mengantikan fungsi Langat 2?

Mc risau, yang dikejar tak dapat, yang di kendung berciciran. Teknologi membran yang diharap lingkup, Langat 2 yang patut dibuat tak jalan-jalan. Jangan menyesal kemudian sudah la.

Apalah salahnya, dari peningkan kepala menghabiskan kos RM50 hingga 80 juta tu untuk beli penuras air yang hanya bertahan 2,3 tahun. Kerajaan Negeri Selangor setuju saja nak buat Langat 2.

Walaupun kosnya mahal tapi Langat2 boleh guna sampai bila-bila. Kalau capacity dah penuh ia hanya perlu bina sistem rawatan tambahan di sebelah loji langat2. Tapak pun sudah disediakan.

Tapak tambahan tu pun, hanya bina selepas tahun 2025, itu bergantung kepada kecepatan pertumbuhan penduduk negeri Selangor, tu pun kalau naik mendadak melebihi 3.5 peratus setahun la. Kalau tak sampai tahap tu, rasanya lambat lagi kot.

Kenapa la Kerajaan Negeri Selangor tak nampak semua ni? Atau mata mereka masih buta dengan politik sempit? Perbezaan yang jelas menguntungkan jika bina Langat 2, dari teknologi membran yang hanya tahan 2,3 tahun. Namun mereka masih mahu meneruskan kerja bodoh mereka tu. Kenapa ya?

Kadang-kadang Mc pun tak faham, bagaimana rakyat boleh pilih orang-orang ini jadi kerajaan negeri? Patutnya sebuah kerajaan negeri dahulukan rakyat, bukan pentingkan politik!

McTheory:
Teknologi membran, buat rakyat tanggung risiko!!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MB TAK NAMPAK SEBAB DIA BENGAP DAN DIKELILINGI OLEH BADUT2 SI BODOH SI DUNGU YG TUNJUK PANDAI.

Tanpa Nama berkata...

kalid ni mana layak jadi mb, jadi badut sarkas layak la