Rabu, 7 November 2012

TUDIAA!! Akhirnya Anak Nik Aziz TEGUR Anak Anwar Berkaitan Isu Murtad!



Akhirnya ada juga orang dalam Pas yang berfikiran waras menegur si Nurul Izzah anak Anwar yang mengalakkan melayu supaya murtad.

Ingat semua orang Pas nak jadi pak turut saja, rupanya ada lagi yang masih memegang perjuangan Islam. Tapi Mc tak tahulah dibelakangnya macam mana, tapi kenyataan yang anak Nik Aziz ni bagi jelas menunjukkan Nurul Izzah memang mengalakkan supaya umat Melayu Islam murtad.

KOTA BHARU - Dewan Pemuda Pas semalam ‘menempelak’ Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataan kontroversinya mengenai isu kebebasan beragama di negara ini yang didakwa Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sepatutnya diguna pakai secara sama rata termasuk kepada orang Melayu.

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abdul Abduh Nik Abdul Aziz (gambar) berkata, ungkapan ‘tiada paksaan dalam agama’ daripada ayat 256 surah al-Baqarah adalah merujuk kepada hak bukan Islam untuk kekal dalam agama mereka sebebas-bebasnya dan ia sama sekali tidak melibatkan umat Islam.

Beliau berkata, sesuatu yang amat pelik dan tidak logik apabila mengatakan seorang yang lahir daripada ibu bapa yang beragama Islam, dianggap satu paksaan ke atasnya untuk memeluk Islam.

“Seseorang yang dilahirkan sebagai seorang muslim merupakan satu anugerah Allah untuk dirinya. Ia tidak akan begitu bersusah payah mengenal Tuhannya sebagaimana bukan muslim. -UTUSAN

Bagi pencacai yang masih taktau cerita pasal ni, mari sini Mc nak jelaskan. Sebenarnya cerita ni dibawa oleh portalhaprak Malaysiakini yang kononnya menunjukkan Nurul Izzah menyokong kebebasan beragama, namun akhirnya makan diri, kerana ia jelas memperakui kebebasan agama (pluralisme) yang selama ini hanya disokong oleh bapanya si Anwar Ibrahim.

Biasa la mana lagi nak tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi?

McTheory:
Bagus la anak dan bapa pejuang pluralisme!

Tiada ulasan: