Ahad, 4 November 2012

PANASS!! Projek Sawah Padi Timor Leste 'Emas' Pas Kedah, Apa dah jadi? #TukarKedah


Di awal pentadbiran Kerajaan Pas di Kedah banyak perkara baru yang pas ingin lakukan seperi pelaburan pelaburan di luar negara..Mc ada terbaca satu artikel di blog pemuda Pas Kedah tentang pelaburan yang dibuat oleh Kerajaan Pas Kedah di Timor Leste..Baca artikel dibawah

Pada Disember 2009 yang lalu kerajaan Pas Kedah telah memajak tanah yang luas di Timor Leste bagi menanam padi. Tanah yang dipajak ini akan dijadikan tapak baru aktiviti penanaman padi bagi menangani kekurangan bekalan beras di Malaysia..Kosnya pula jauh lebih murah berbanding di negara kita .

Pemajakan tanah yang luas ini merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi menangani kekurangan beras yang kerap berlaku di negeri ini dan negeri lain di Malaysia. Ia juga sebagai persiapan menghadapi keberangkalian permasalahan ekonomi yang akan menghimpit negara membangun seperti Malaysia.

Kerja-kerja awal sudah dijalankan di kawasan di Timor Leste ini. Namun ada satu perkara yang menakjubkan ialah penemuan emas yang begitu banyak sekali di kawasan yang menjadi milik kerajaan Kedah sekarang. Menurut perjanjian dengan kerajaan Timor Leste, setiap apa yang terkandung di tanah yang dipajak tersebut menjadi milik Kedah. Maka penemuan emas yang bernilai besar ini menjadi satu rezeki baru yang tidak disangka-sangka.

Oleh itu kerajaan Kedah dikatakan akan memulakan operasi pelombongan emas di kawasan ini tidak lama lagi. Demikianlah berkatnya bumi apabila diperintah oleh parti Islam. Begitu juga dengan penemuan terbaru bijih timah yang besar jumlahnya di Bukit Kinci, Sintok berhampiran UUM. Di zaman pemerintahan BN dahulu tidak timbul semua hasil-hasil bumi ini. Namun takdir Allah menemukan hasil ini ketika Kedah diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Sampai sekarang status projek berkenaan masih menjadi tanda tanya dimana kerajaan Pas Kedah tidak mendedahkan lagi sama ada ianya menguntungkan atau mengalami kerugian..

Dengan bangganya Pas mencanang kepada semua rakyat bahawa Allah SWT telah menurunkan rezeki mencurah curah kepada Pas sebaik saja memerintah Kedah. Dengan limpahan hasil bijih timah dan biji besi di Kedah yang boleh memberi pulangan lumayan..

Sambung Baca Kat Sini

Kes ni sama la macam projek lembu Azizan ghaib. Projek tak layan, tapi dikompang ke sana sini. Last sekali, apa pun tarak! keluar duit habis RM1juta, tapi hasil yelek (kosong)! Mengabihkan duit rakyat saja.

Agak-agak la, berapa juta pulak Kerajaan Negeri Kedah habis untuk projek sawah padi emas ni? habis la duit rakyat Kedah, bagi orang bodo pergi berniaga.

Dah la bodoh, tapi buat-buat pandai.. tu yang asyik rugi saja tu..

McTheory:
Banyak lagi projek Pas Kedah yang bungkuih, tak terhitung jari tangan, kena guna jari kaki!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

biasa la pas mana reti meniaga, msuk angin kuaq asap la!

Umngok Kurap berkata...

BN kedah patut jawab dulu persoalan hutang kurap lama yg depa buat dulu.