Isnin, 5 November 2012

PANASS!! Usahawan Melayu Berjaya Tuntut KUIN Bayar Hutang!! #TukarKedah

Shaikh faisol
Alhamdullilah.. akhirnya terbukti Pas Kedah berhutang dengan seorang usahawan melayu. Mc pernah berjumpa dengan Shaikh Faisol ni dulu semasa beliau buat sidang media. Kesian Mc lihat keadaan beliau yang agak sugul akibat dipermainkan oleh pentadbiran KUIN yang berhutang RM3 juta kepada beliau.

Selepas hampir 8 bulan kes ini di mahkamah, akhirnya Shaikh Faisol berjaya mendapat saparuh daripada hutang KUIN kepadanya tu. Mc rasa itu pun dah cukup bagi beliau untuk teruskan hidup dan kembangkan lagi perniagaannya tu. Pada yang tak pernah baca kisah Shaikh ni, boleh baca kat SINI.

Lepas tu baca petikan berita dari Bernama mengenai KUIN kena bayar kepada beliau!

SUNGAI PETANI – Mahkamah Tinggi Alor Setar telah memerintahkan Kolej Universiti Insaniah (Kuin), milik kerajaan Kedah, membayar RM1.599 juta kepada Syarikat Shake Cuisine Sdn Bhd pada 31 Oktober lepas kerana kegagalan melunaskan bayaran perkhidmatan yang disediakan syarikat itu.

Pengarah Urusan syarikat itu, Shaikh Faisol Shaikh Yusoff berkata beliau lega dengan keputusan itu walaupun jumlah bayaran yang diperoleh hanya bagi baki bayaran kontrak.

Pada Mac lepas, Shaikh Faisol membuat tuntutan di mahkamah terhadap Kuin sebanyak RM1.599 juta untuk baki bayaran dalam kontrak, RM200,000 bagi kerugian kos bayaran sewa stor barang serta kerugian akibat tidak dapat meneruskan perniagaan lain berjumlah RM1,259,939 selain faedah pada kadar lapan peratus setahun, kos dan lain-lain relief.

Katanya syarikat itu menyediakan perkhidmatan kepada 300 pelajar Kuin di cawangan Kuin Sungai Petani bagi tempoh tiga tahun bermula Januari 2009 hingga Disember 2011 dengan kadar bayaran ditetapkan dalam perjanjian sebanyak RM200 sebulan untuk setiap pelajar.

Kos berkenaan merangkumi kos perkhidmatan asrama (kediaman) dan pengangkutan untuk seramai 300 pelajar, katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Dalam pernyataan tuntutannya, beliau berkata mengikut kontrak, jumlah bayaran keseluruhan mengikut persetujuan kedua-dua pihak sehingga selesai tempoh perjanjian adalah RM2.160 juta.

Akibat kegagalan defendan mematuhi terma perjanjian dengan sempurna, pihak plaintif mengalami kerugian apabila terpaksa menanggung kos sewa rumah, pembelian barang-barang keperluan dan kos-kos berkaitan. - BERNAMA

Akhirnya kebenaran terbukti juga bahawa pentadbiran KUIN memang tak telus dan teruk. Azizan dan Jamil buat KUIN umpama bapak depa yang punya. Sedangkan KUIN tu dibina atas duit rakyat Kedah. Allah dah tunjuk pada kita semua buktinya ni. Tunggu pula apa lagi Pas Kedah nak kantoi!

McTheory:
Orang jahat akan terima balasannya nanti.. tunggulahh

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jelas terbukti Pas suka menipu!