Sabtu, 17 November 2012

PROTEST!! Hacker Anonymous Serang Website Israel Akibat Serangan Israel ke Gaza!



Hacker Anonymous Serang Website Israel Akibat Serangan Israel ke Gaza.

Setelah melakukan serangan ke beberapa laman web pada 5 November lalu, kumpulan hacker Anonymous kembali membuat serangan dengan mensasarkan website Israel akibat serangan Israel ke Semenanjung Gaza.

Seperti yang ramai diketahui ramai, Israel kembali melakukan serangan ke Semenanjung Gaza untuk meningkatkan tekanan terhadap Hamas. Serangan ini membuatkan kumpulan hacker Anonymous merasa tidak senang dan sebagai balasan mensasarkan website Israel untuk diserang.

Menurut New York Times, Anonymous dikhabarkan telah mempersiapkan serangan DDoS (Distributed Denial of Service) ke 40 website Israel. Serangan DDoS sendiri adalah serangan untuk membuat pelayan sebuah website menjadi lumpuh atau offline dengan menghantar aliran traffic yang luar biasa untuk membuat server overload.

Kumpulan Anonymous ini telah membuat pengumuman serangannya di Pastebin dan menegaskan bahawa kumpulan Anonymous tidak berada di pihak Israel mahupun Hamas, tapi adalah sifat perihatin mereka terhadap anak-anak menjadi korban serangan Israel di Semenanjung Gaza.

“Anonymous tidak menyokong keganasan yang dilakukan oleh Israel atau serangan balas Palestin / Hamas. Perhatian kami adalah untuk anak-anak Israel dan Palestin serta hak orang yang tinggal di Gaza untuk menjaga jalur komunikasi dengan dunia luar, “kata Anonymous dalam pengumumannya.

Anonymous yang menyerang 40 website Israel itu dikhabarkan hanya beberapa sahaja yang berjaya. Tindakan Anonymous ini juga terjadi disebabkan penggunaan sosial media oleh Israel selama serangan berlaku di Semenanjung Gaza.

Israel juga menggunakan blog dan sosial media untuk menunjukkan video dan gambar kereta yang membawa pimpinan tentera Hamas, Ahmed Jabari yang berjaya diletupkan oleh IDF (Israeli Defense Force).

sumber Anak Lulu

Tiada ulasan: