User Online

Politics Blogs

Post Terbaru!!

Kempen LIKE Page!

Mari Kita Terus Selamatkan KEDAH Dari Tangan Puak PAKATAN !! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni -->
P/s: Setiap LIKE Anda Amat Berharga Kepada Kami!

Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!
P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

Sabtu, 17 November 2012

TUDIAA!! Pemuda Pas Sarankan Haramkah Supaya Lebih Fitnah Dari Biasa!


Muktamar PAS ke-58 yang sedang berlangsung menyaksikan sikap hati-hati yang tinggi di kalangan perwakilan dalam memilih usul untuk dibahaskan. Rata-rata mengelak dari membincangkan keresahan akar umbi berkenaan hala tuju parti yang dilihat semakin tersasar.

Namun, dalam ruang litup yang terhad untuk mengkritik, masih terdapat beberapa perkara yang ‘lolos’ untuk menjadi sasaran kritik. Antaranya, akhbar rasmi parti iaitu Harakah, mendapat kritikan pedas dari perwakilan. Antara yang lantang ialah, Ketua Pemuda PAS Wilayah, Kamaruzzaman Mohamad, yang menyifatkan yang Harakah telah tersasar dari perjuangan.

Oleh itu, beliau menyarankan agar lidah rasmi PAS itu dipantau dibawah satu jawatankuasa untuk menapis dan mengawal kandungannya. Usul itu telah diluluskan dengan majoriti besar iaitu 733 perwakilan dari 172 kawasan.

Harakah dikritik sebagai terlalu terbuka dalam memberi ruang kepada pemimpin DAP dan PKR. Perwakilan juga tidak gemar akhbar tersebut menyiarkan berita yang merugikan PAS di muka depan, antaranya isu Datuk Dr. Hassan Ali dan kontroversi Nasharuddin Mat Isa dan Karpal Singh. Berita sebegitu menurut mereka, merupakan tindakan batu api dan melaga-lagakan pemimpin PR sesama sendiri.

Jelas, nampaknya perwakilan lebih senang jika akar umbi dibiarkan dalam kegelapan mengenai apa yang berlaku di peringkat atasan. Mungkin tindakan ini akan lebih memudahkan mereka kerana tidak perlu berhadapan dengan soalan-soalan yang tidak mampu dijawab berkenaan hala tuju PAS dalam PR dan hala tuju PR itu sendiri jika ditanya oleh akar umbi.

Kita setuju dengan Pemuda PAS bahawa Harakah telah tersasar namun bukan kerana bersifat terbuka memberi ruang kepada berita yang merugikan PAS. Tetapi kerana menjadi peneraju berita-berita fitnah mengenai pemimpin UMNO serta menjadi agen penyebar kebencian sesama Umat Islam.

Pelik, kerana Pemuda PAS tidak pula mengkritik Harakah dari segi ini. Mungkin kerana fitnah dan kebencian tidak merugikan PAS tetapi menguntungkan, maka ianya dilihat sebagai tidak salah oleh Pemuda PAS.

Namun begitu, tidak mustahil juga kritikan Pemuda PAS terhadap Harakah adalah bersifat ‘tersirat’ iaitu mereka sebenarnya ingin mengkritik individu di belakang Harakah, Kamaruddin Jaafar atau KJ yang menjadi Pengarah Urusan akhbar itu. Umum sedia maklum bahawa KJ merupakan orang kuat Anwar Ibrahim. Pada bulan Julai lepas, Zaini Hassan menulis di kolumnya di Utusan Malaysia seperti berikut:

“Ahli Parlimen P19 Tumpat iaitu Kamaruddin Jaafar, disebut-sebut akan menggantikan Nik Aziz sebagai MB Kelantan selepas PRU-13 kelak. Difahamkan, jika benarlah, KJ ini yang menjadi AP Tumpat sejak 1999 akan bertanding di DUN N3 Pasir Pekan (di kampung halamannya) dalam kawasan parlimennya sekarang…..”

KJ adalah think tank Anwar dalam Institut Kajian Dasar (IKD) dan jika benar perwakilan PAS merasa tidak senang dengannya, ini menunjukkan yang cengkaman Anwar di dalam Harakah sudah dapat dihidu secara meluas.


Anwar yang sedia maklum akan kepentingan media massa, pasti menggunakan sepenuhnya jawatan KJ untuk menyerapkan agenda Anwarinas secara perlahan-lahan maka tidak hairanlah jika Harakah memberi ruang yang luas kepada parti sekutu PAS sehingga ahli PAS merasakan seolah-olah pemimpin PAS sendiri terpinggir atau diperkecilkan.

Jika agenda Anwarinas ini yang dikatakan oleh Pemuda PAS sebagai tersasar maka jelaslah bahawa mereka masih lagi di dalam keadaan kabur atau buta. Nampaknya mereka masih tidak dapat menerima hakikat bahawa PAS dan Anwarinas mahupun DAP adalah satu, dan agenda mereka adalah saling bertindih dengan matlamat untuk menang PRU dan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri.

Justeru, Pemuda PAS tidak boleh merungut jika pemimpin parti sekutu diberi lebih kredibiliti oleh Harakah berbanding pemimpin PAS kerana sudah sampai masanya mereka menerima pemimpin sekutu dari DAP dan PKR sebagai pemimpin mereka sendiri.

Ini bermakna, jika isu yang dibawa Harakah merugikan PAS tetapi di masa yang sama membantu mempromosi agenda besar PR, maka secara politiknya, adalah tidak salah bagi Harakah untuk menyiarkannya.

Ini kerana agenda peribadi PAS yang tidak bertindih dengan agenda PR adalah tidak penting dan tidak wajar diperjuangkan. Inilah erti tahaaluf siyasi iaitu persefahaman politik yang disebut oleh Ketua Dewan Ulama PAS dan diulang-ulang oleh pemimpin kecil PAS yang lain.

Jika Pemuda PAS sendiri tidak memahami tahaaluf siyasi ini, bagaimana mereka boleh memastikan kemenangan PR dalam PRU nanti?

Pernahkah terlintas di fikiran Pemuda PAS bahawa, mungkin Harakah sebenarnya tidak tersasar dalam memainkan peranannya kerana ia kini adalah jentera penyebar fahaman politik PR, dan bukan PAS semata-mata.

Dan bahawa mungkin yang tersasar dari perjuangan PR adalah mereka, iaitu Pemuda PAS sendiri, yang masih belum faham-faham lagi bahawa mereka tidak boleh terlalu lantang membawa agenda peribadi PAS dengan menunjukkan kesungguhan PAS untuk menegakkan Islam.

Hakikat yang perlu diterima oleh Pemuda, Muslimat dan seluruh ahli PAS hari ini ialah, pada masa dan ketika ini, PAS perlu mengalah, untuk menang. Harakah pula hanya memainkan peranannya sebagai iblis penyebar kebencian dan fitnah untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat dan bukannya kemenangan PAS semata-mata, sepertimana kewajarannya.

3 Komen Pembaca:

Kelab Generasi Baru Otak Lembu Masuk UMNO berkata...



Muhyiddin Pemimpin LEMBU tua nyanyuk nak MAMPUS!!!.... Puteri UMNO Kump ANJING menyalak Gila Babi....


~ BUKTI 1 ~

~ BUKTI 2 ~


Pemimpin2 UMNO BODOH macam LEMBU... Tua2 NYANYUK nak mampus!!!

Lihat Bukti Transformasi Pemuda UMNO otak lembu telah berjaya!!!

~ BUKTI 3 ~

~ BUKTI 4 ~

~ BUKTI 5 ~

~ BUKTI 6 ~


Tanpa Nama berkata...

Allah tidak akan makbulkan doa orang yang :-
(1) bersahabat dengan isblis ...
(2) mahu menlantik peliwat menjadi pemimpin negara ...
(3) membela penzina ... dengan berkata penzina itu tidak bersalah berzina dengan bini orang kerana penzina itu adalah ahli sekutunya ...
(4) pembela orang yang mahu membenarkan bangsa melayu yang merupakan umat islam murtad kerana orang tersebut adalah sekutunya
(5) mengamalkan dasar asobiyah yang amat kuat di mana orang sendiri akan dipertahankan walaupun melakukan kemungkaran (rujuk contoh no 3 dan 4)
(6) membenarkan fitnah dan dusta kerana fitnah dan dusta itu disebarkan oleh orangnya - contoh membenarkan fitnah haji hadi yang berkata umno melepaskan air semasa prk di Tenang.
(7) mengamalkan fitnah sebagai amalan harian, contoh menuduh tun m menonton vidio lucah dengan anaknya, menuduh nwar berahi meliwat tanpa 4 saksi (rujuk kes mat sabu tuduh nwar berahi dalam kes liwat 1) dan mencabar supaya nwar berahi menyaman orang yang menuduhnya, malangnya nwar berahi tidak menyaman orang itu sampai sekarang. dan menganggap nwar berahi bersalah cukup dengan cabaran itu tidak dijawap.
(8) mempertahankan peliwat tegar kerana peliwat tersebut kini menjadi sahabatnya, contoh kes liwat 2 di mana kutbah jumaat dan ceramah menjadi medan mempertahankan peliwat, walaupun peliwat tersebut tidak mampu menjejakan kaki di hadapan kabah dan enggan bersumpah ... satu perlakuan yang mempamirkan kedayusan yang amat
(9) ... sebenarnya banyak lagi tak larat aku nak tulis ... kamu fikirkanlah sendiri ... amacam ada betoika ...

Tanpa Nama berkata...

aku setuju sangat dengan tanpa nama...

Kempen LIKE!!

Mari Kita Terus Selamatkan KEDAH Dari Tangan Puak PAKATAN !! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni -->
P/s: Setiap LIKE Anda Amat Berharga Kepada Kami!

Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!
P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

Popular Posts

Arkib Blog

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review