Rabu, 5 Disember 2012

EKSKLUSIF DAN PANASS!! Kesengsaraan Penduduk Sungai Petani Yang Di Zalimi Kerajaan Pas Kedah! #TukarKedah


Inilah bukti yang dikatakan PAS memperjuangkan Negara Berkebajikan di Kedah



Sungai Petani- Lebih 10,000 Penduduk di kawasan Estate Sungai Divison, perumahan Taman Kelisa dan Taman Aman Jaya terpaksa berhadapan dengan permasalahan keadaan jalan yang begitu teruk serta lampu-lampu jalan yang tidak di selengara pihak berkuasa tempatan semenjak 3 tahun yang lalu.

Menurut Makbul Ilahi, Pengerusi Persatuan Kebajikan dan Sosial Daerah Kuala Muda, penduduk setempat telah beberapa kali membuat aduan pada pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Pebandaran Sungai Petani (MPSPK), namun tiada sebarang tindak balas yang telah di lakukan pihak MPSPK di sebalik aduan yang telah di lakukan penduduk setempat.

Ketika di temubual, Makbul Ilahi mempersoalkan tindakan Kerajaan Negeri melalui Exco yang di pertanggungjawapkan mengurus Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak menggunakan peruntukan sepenuhnya yang di berikan Kerajaan Pusat untuk menyelengara jalan-jalan yang bermasalah di seluruh negeri Kedah.

Apa yang berlaku sebaliknya peruntukan tersebut telah di letak di dalam tabung di bawah Yayasan Perbadanan Menteri Besar kedah dan di gunakan untuk membayar gaji kakitangan Kerajaan Negeri ketika rakyat di seluruh Kedah mengharapkan Kerajaan Negeri menggunakan peruntukan tersebut menyelengara jalan-jalan di negeri Kedah yang sudah begitu teruk.

Akibat jalan yang begitu teruk dan kawasan di tempat berkenaan terlalu gelap kerana lebih 40 batang tiang lampu gagal berfungsi, kemalangan sering berlaku di kawasan berkenaan sehinggakan kes kemalangan yang terbaru telah mengakibatkan berlakunya kemalangan maut apabila seorang penunggang motorsikal gagal mengawal kenderaannya ketika melalui kawasan tersebut.

Rata - rata penduduk setempat begitu kecewa dengan sikap Kerajaan Negeri melantik Exco dan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan yang gagal melaksanakan tanggungjawap yang telah di amanahkan rakyat. - Media Kedah

























Lampu jalan takdak, jalan berlubang-lubang. Apa semua ni? Nak bunuh rakyat ka? Bila malam cuba bayangkan macam mana kita nak lalu jalan ni? Dah tentu terjun lubang punya.

Nak tunggu ada orang cedera atau mati baru nak buat jalan atau lampu baru? Kalau macam tu, memang dah lambat la. Apakah ini contoh Kerajaan Berkebajikan ala Pas? Mana duit hasil rompak balak? Kata ada berjuta-juta. Buat apa pendapatan negeri berjuta, tapi tak diberikan pada kemudahan rakyat? Nak simpan bagi kat sapa? Kroni??

Dulu Pas ceramah bagai nak rak, kata nak bela rakyat. Tapi bila dah jadi kerajaan negeri, bukan dok bela rakyat, tapi dok bela PERUT sendiri. Tu sekarang ni, PERUT pemimpin Pas, makin lama makin BOROI tu!!

Rakyat Kedah makin susah, Pemimpin Pas Kedah makin lama makin besar rumah depa.. fuuuyoo..kebajikan untuk poket dan perut sendiri!!

McTheory:
Kedah Sejahtera? Sejahtera la Sangatttt!!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Undi lagi Pas bangang punya org kedah.

Tanpa Nama berkata...

orang kedah kalau hangpa undi pas lg, mmg hangpa cari susah. nak jadi mcm kelantan ka? puak pas ni bukannya peduli 'kebajikan rakyat' wlp dua perkataan tu sentiasa dijaja ole depa. Tgk sampah bertimbun tak kutip, jaln lubang, rumput tepi jalan tak bertebas buatkan aku malas nak balik kampung. TAPI aku tetap akan balik kampung utk mengundi mcm selalu. dah 2x aku ngundia, kawasan aku BN pegang tapi tempias incompetency Pas terkena juga. Hampeh !

Tanpa Nama berkata...

jalan dalam taman area sungai petani banyak yang dah berlobang..mai la tambun balik PAS wei..aku hari-hari akses taman keladi untuk ke tempat kerja, jalan memang failed..baru tukaq absorber keta tak sampai setahun, dah rasa keraih dah, bunyi ngok-ngek dah..kalu hampa dapat putrajaya aku taktau la..bukan nak berpolitik, hampa mai repair jalan sudah..