Sabtu, 22 Disember 2012

HOT!! #IsuAirSgor: Disebabkan Kebodohan Khalid, Rakyat Selangor Derita Takdak Air!!


Mc masih lagi mengulas mengenai risalah fitnah yang telah disebarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Risalah fitnah yang disebarkan itu, sebenarnya mahu memperbodohkan rakyat Selangor dengan infomasi palsu.

Dalam risalah itu juga tertulis 'Kenapa Kerajaan Negeri Selangor Tolak Langat 2', kononnya jika Kerajaan Negeri Selangor terima projek Langat 2, takrif air di Selangor akan meningkat 100%, atas alasan tersebutlah Kerajaan Negeri Selangor menolak Langat 2, kononnya rakyat akan dipaksa bayar kos projek berkenaan.

Ternyata ini adalah fitnah paling besar, Langat 2 adalah projek, yang dikendalikan oleh Kerajaan Pusat. Projek bekalan air ini bukan hanya di Selangor, Pulau Pinang juga ditawar dengan cara yang sama. Bezanya, Pulau Pinang menerima, dan Selangor jelas menolak!

Bila projek ini dikendalikan oleh Kerajaan Pusat, kos pembinaannya pula ditanggung 100% oleh Kerajaan Pusat. Kerajaan Negeri tak perlu bayar apa-apa. Jadi Mc tak nampak apa kaitan masalah Kerajaan Negeri nak suruh rakyat bayar balik kos pembinaan.

Lagi satu, harga air di Selangor, ditentukan oleh Kerajaan Negeri. Bukan Kerajaan Pusat, bila Kerajaan Negeri Selangor kata, bina Langat 2 harga air akan naik 100%, itu permainan politik mereka la. Atau mereka sengaja nak cari peluang untuk naikkan harga air.

Sudah la pembinaan Langat 2 tu tak guna duit Selangor, jadi apa motif nak naikkan harga air? Kalau harga air naik pun, ia bukan ada kaitan dengan sesiapa, kerana keputusan untuk naikkan harga air, terletak ditangan Khalid sendiri.

Nampak sangat, risalah fitnah Khalid ni mempunyai niat yang sangat jahat. Kalau orang yang tak tahu menahu pasal Langat 2 dan kes air di Selangor. Sudah tentu dia akan salahkan Kerajaan Pusat 100% kerana tekan Kerajaan Negeri Selangor untuk menerima projek kayakan kroni.

Semasa risalah ini disebarkan, Khalid tolak Langat 2, tetapi sekarang Khalid cakap, Langat 2 dipakej dengan penstrukturan semula. Nampak sangat ada agenda tersembunyi, dipautkan sekali supaya penstrukturan semulanya berjaya.

Sedangkan, Langat 2 projek wajib untuk mencegah air Selangor dari menghadapi masalah pada masa hadapan. Jika Langat 2 tidak dibina dan masih lagi ditangguh, nescaya rakyat Selangor pasti akan menghadapi krisis air seperti mana tahun 1998.

Sampai masa tu, nak menyesal pun dah tak guna.

Contoh penyesalan rakyat Selangor, boleh tengok video kat bawah,


Kata makcik dalam video – “Banyak tempat ada flooding. Macam mana di Subang moden town, kita hidup macam ini, hari-hari mahu tunggu, bila dapat air, bila dapat air?, ridiculouslah!!”

“Kita macam duduk di kampung, lebih baik saya ada satu perigi, saya boleh ambil air macam zaman dulu, ok itu kita tahu boleh dapat air, ini tak tentu bila kita dapat air”

Hah Khalid silakan jawab, bila nak dapat air? Rakyat dah Tanya tu, bida dapat air?

Mahukah anda jadi seperti mana mereka? Sampai bila mereka nak meratap nasib sebegitu? Sampai kerajaan bertukar kah?

ADUN Subang Hannah Yeoh mesti lah dah tahu masalah kawasan dia, tapi terpaksa membisu. Sebab kalau diketengahkan masalah air di Subang, mestilah dia hara kiri karier politik diakan. Melawan bos sebab bos dah bagi jaminan bekalan air cukup!! ADUN yang dipilih pun tak boleh nak bersuara..

Khalid dah perkenalkan pelbagai cara untuk tambahkan kapasiti bekalan air di Selangor, apa kata Khalid ikut nasihat makcik ni? Binalah perigi di setiap rumah di Selangor ni…

Kononnya, Selangor takkan menghadapi masalah air, air di Selangor masih banyak, tapi diwaktu hujan macam ni pun, bekalan air boleh terputus. Itu diwaktu hujan, cuba fikir pada waktu kemarau nanti, apa akan jadi agaknya?

Kalau dah benar-benar terputus, kita nak suruh siapa korek cari air, Khalid Gagap? Dia bukan tau apa pun, mungkin si Khalid ni, hanya boneka yang bercakap bagi sampaikan hasrat orang lain. Sebab tu, dia tak ada perasaan, macam orang bodoh saja rupanya!

McTheory:
Langat 2 membuktikan Khalid 100% tak layak jadi MB!

Tiada ulasan: