Ahad, 23 Disember 2012

HOT! #IsuAirSgor! Rakyat Selangor Patut Lempang Khalid Sorang Sekali!!


Khalid oii.. Khalid, nak tunggu macam mana lagi untuk Khalid buat Langat 2 ni? Nak tunggu sungai dan empangan Selangor tinggal lumpur, baru dia nak mengaku Selangor kekurangan air terawat kot?

Pelbagai masalah dah timbul, paling teruk kawasan Subang. Hidup dalam bandar moden, tapi nak guna air terpaksa bergantung pada nasib. Kalau nasib baik, ada air, kalau nasib tak baik, takdak la air.

Tak dapat Mc bayangkan hidup macam penduduk Subang ni. Tak guna kalau ada rumah besar pun, tapi bekalan airnya teruk. Macam mana la hidup dorang kan? Nak pergi kerja pun susah, silap-silap, pergi kerja pun tak mandi.

Nak basuh kain, kena tunggu hari ada air. Nak masak pun kena tunggu air dulu baru boleh masak. Silap-silap, beli tempayan besar, tunggu air hujan turun lebih bagus dari tunggu air paip!

Dari hidup kat bandar besar tapi keadaan macam ni, baik hidup dalam hutan. Sekurang-kurangnya ada sungai yang menyalurkan sumber air bersih yang tetap dan selalu ada.

Khalid ni tak tahu ke betapa pentingnya air dalam kehidupan. Kita mungkin tak selesa hidup jika takdak letrik, tetapi kita langsung tak boleh hidup tanpa air.

Sehari dua, manusia mungkin boleh tahan jika takdak air, tetapi kalau kena seminggu atau dua minggu, manusia boleh berperang sesama sendiri, semata-mata untuk rebutkan air bagi kegunaan sendiri.

Air adalah keperluan paling penting dalam kehidupan manusia. Sebab itu, pada zaman dulu, kerajaan yang wujud bergantung pada sumber air. Semestinya bandar atau kota diwujudkan bersebelahan sungai (sumber air utama).

Jadi, sesebuah kerajaan juga boleh jatuh disebabkan masalah air. Contohnya macam ni, jika sebuah negeri mempunyai potensi yang kuat untuk dimajukan, mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi malah mempunyai industri perkilangan yang amat besar, namun sumber airnya tidak stabil dan teruk, apakah ada pelabur atau orang yang mahu berkunjung ke negeri berkenaan?

Jika penduduk asal yang ada pun gelisah dan rasa nak pindah, inikan pula orang luar yang mencari makan. Sudah tentu negeri berkenaan tidak popular malah di 'senarai hitam'kan dari negeri yang berpotensi untuk maju.

Ini antara segala kemungkinan yang Selangor akan hadapi kelak, jika masalah air tidak diatasi dengan segera, dan semua ini akan terus berlaku jika Khalid masih mahu menangguh pembinaan Langat 2.

Mc memberi amaran pada semua rakyat Selangor, bahawa Khalid Gagap, MB Selangor sedang bermain dengan nasib korang semua pada masa hadapan. Jika korang tak bertindak segera, kehidupan korang akan dilanda musibah.

Kerajaan Pusat tidak pernah menipu bahawa Selangor akan mula menghadapi masalah air pada 2014 kelak. Malah Selangor akan terus kritikal pada 2016 jika Langat 2 masih belum dibina, atau lambat dibina untuk kegunaan masa depan.

Pada masa sekarang pun Langat 2 hanya 28% siap dari pembinaannya kerana ia dihalang keras oleh Kerajaan Negeri Selangor. Jika nak siapkan Langat 2, bermula dari sekarang pun, sekurang-kurangnya ia memakan masa dua tahun.

Sekarang kita sudah hampir masuk ke tahun 2013, jika tambah dua tahun (masa pembinaan) maknanya Langat 2 hanya boleh digunakan pada tahun 2015. Itu pun jika pembinaannya berjalan lancar tanpa ada masalah lain.

Itu kiraan paling cepat, dalam kiraan tersebut, Selangor dah terjebak masuk zon bahaya, catuan air mungkin sudah dimulakan. Itu pun kalau Langat 2 dibina sekarang, kalau ditangguh lagi, bermakna nasib rakyat Selangor semakin teruk.

Jadi rakyat Selangor nak biar saja si Khalid tangguh kan lagi Langat 2 ni? Sampai bila nak tengok saja semua drama gila Khalid ni berlaku? Taknak main peranan paksa Khalid sekali ke?

Bersuara demi masa depan anda dan generasi akan datang. Selagi Langat 2 disekat oleh Khalid, selagi itu masa depan anda dan anak-anak anda dalam bahaya.

Kalau dia degil lagi, rakyat Selangor patut lempang saja si Khalid tu sorang sekali, biar otak dia tu cerdik balik dan berfikiran waras.

Perjuangkan hak anda, sebelum hak anda digadaikan oleh Kerajaan Negeri yang tidak bertanggung jawab!

McTheory:
Dorang tu, bukan fikir lain, dorang tu fikir politik saja, air ada ke takdak, dorang peduli apa!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

What YB Ustaz Zul great as daring challenge YB Khalid who is not a DJ but rarely wear fez even once ? DB Mall