Jumaat, 14 Disember 2012

#IsuAirSgor: Khalid Gelabah Bila Rahsia Sabotaj Syabas Terbongkar!



Alamak!! Rahsia Khalid dah terbongkar!! Surat yang menerangkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor membekukan Capex untuk Syabas sudah tersebar.


Rujuk surat dibawah yang telah Mc sertakan!





Sebelum ni Khalid pernah menafikan dalam Sidang Dun Selangor, kemudian Khalid pusingkan jawapan dan kelirukan rakyat Selangor.

Yang peliknya, Xavier pun turut menyangkal si Khalid. Xavier cakap Capex dibeku sehingga penstrukturan semula air di Selangor diselesaikan.

Rujuk artikel antarapos kat SINI

MB cakap tak beku, Xavier cakap beku, Khusrin melalui suratnya pun cakap beku. Apa Khalid tak tahu apa yang jadi dalam kerajaan pimpinannya?

Namun selepas surat ini tersebar, rasanya Khalid dah tak boleh nak dalih lagi. Sudah terang lagi bersuluh, Khalid sememangnya mahu Syabas tak boleh buat kerja dengan baik, sebab tu Khalid sekat Capex untuk Syabas.

Bila kewangan terhad, tentunya Syabas tidak boleh beroperasi dengan sepenuh kemampuannya. Sudahla hutang Syabas Khalid tak bayar, Capex pula di sekat, memang kejam sungguh la si Khalid ni.

Khalid sengaja buat ni semua sebab nak tunjukkan Syabas ni tak pandai buat kerja, jadi pulangkan balik kepada Kerajaan Negeri. Memang tu pun yang dilaungkan selama ini!

Ternyata perancangan Khalid gagal, apabila Syabas terus beroperasi dengan kemampuan yang ada. Malah tanpa bantuan Kerajaan Negeri pun, Syabas masih lagi mampu menjaga kawasan operasinya.

Asyik dimainkan cerita kadar NRW masih tinggi dan perlu diturunkan. Khalid pun tahu kan nak turunkan kadar NRW kenelah tukar paip-paip yang lama. Kalau dibuat penstrukturan semula pun benda yang sama akan Kahlid buat juga. Sekarang ni macam mana nak turunkan, kalau benda yang asas iaitu Capex dibeku. Batang-batang paip ini turun dari langit ke?

Untuk makluman, Syabas telah berjaya kurangkan NRW secara progresif daripada 43% kepada 32% dalam masa tujuh tahun. Ya lah takkan boleh turun mendadak sebab paip-paip yang nak diganti bukannya letak di tanah yang kosong. Banyak pembangunan sekeliling telah dibuat dan perlukan kerjasama pelbagai pihak termasuk pihak berkuasa tempatan.

Kalau dulu Syabas boleh turunkan, mestilah sekarang ni lebih dari boleh. Dah letak road block, macam mana nak lalu? Luluskan Capex Syabas, bukannya Syabas minta duit kerajaan negeri pun, Syabas boleh usaha cari dana sendiri macam yang pernah dibuat dulu.

Setelah tekanan untuk memiliki Syabas tidak berhasil, Khalid muncul dengan idea untuk jahat untuk menyekat Langat 2. Kononnya selagi penstukturan tidak dibuat, selagi itu Langat 2 akan tergantung.

Dari perjalanan cerita ini, nampak sangat Khalid Gagap sememangnya berniat jahat. Sudahla berbohong dalam Sidang Dun, berbohong pada media dan rakyat Selangor, namun disebabkan muka tebal serupa muka tembok, Khalid tetap tak malu.

Kalau Mc jadi rakyat Selangor, Mc tak mengaku Khalid ni MB Selangor. Rasa macam tak layak si Khalid ni jadi MB. Kelemahan pentadbirannya berlambak-lambak. Hinggakan isu air yang penting ni pun gagal diselesaikan.

Hari demi hari sudah berlalu, Langat 2 masih lagi ditangguh. Pembohongan dijadikan alasan untuk tangguhkan Langat 2. Politik lebih diutamakan, nasib rakyat diperjudikan. Kebenaran semakin terpinggir apabila dakyah dan fitnah bermaharajalela.

Selagi Pakatan dan Khalid memerintah Selangor, semua ini takkan selesai. Langat 2 masih lagi menjadi perancangan yang tak sudah!!



McTheory:
Sampai bila rakyat Selangor nak bersabar?

3 ulasan:

KAMUNTING CENTRAL berkata...

salam mc... mohon dapat kiranya dipautkan blog teman http://kamuntingcentral.blogspot.com/ ke blog hebat bro nie... Blog bro telahpun teman pautkan.. TQ bro...

Tanpa Nama berkata...

Kalid gagap bin bebal nak mampus

McTheory berkata...

ok bro Kamunting dah siap link