Jumaat, 7 Disember 2012

PANASS!! Mat Sabu Kutuk DS Najib Pakai Kopiah!!


Tak sudah-sudah Mat Sabu cuba mencari isu nak buat modal kutuk Umno. Hinggakan ahli Umno pakai kopiah pun dia nak kutuk. Apa masalah dengan Mat Sabu ni?

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan tindakan ahli-ahli Umno yang memakai kopiah pada Perhimpunan Agung Umno yang lalu menyebabkan mereka menjadi bahan ketawa orang ramai.

"Dengan perubahan sebegitu, mereka ingin menonjolkan kepada orang ramai kononnya mereka lebih Islamik dan lebih bertanggungjawab dalam membela agama berbanding PAS. Pada hal, itu semua bergantung kepada soal attitude mereka.

"Malah seperti yang dikatakan oleh bekas pemimpin Umno sendiri, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, perjuangan Umno sekarang untuk keluarga dan kroni-kroni mereka, bukan untuk orang Melayu apatah lagi untuk Islam," katanya.

Mat Sabu juga berkata, meskipun mengubah identiti, orang ramai tetap sedar dan faham Umno bukanlah parti yang memperjuangkan Islam.

Dengan perubahan itu, tambah beliau, Umno yang sudah semakin hilang sokongannya tetap tidak akan menjadi kuat lagi, malah kelihatan amat gelabah dan semakin bercelaru sehingga sanggup menukar identitinya sendiri yang sudah begitu sinonim dengan bersongkok hitam tinggi sejak dulu.

"Pada hal kekuatan sesebuah parti itu bukanlah kerana berkopiah atau pakaiannya, tetapi kerana perjuangannya. Begitulah juga dengan PAS yang menjadi kuat bukanlah kerana pakaian, tetapi kerana dasar perjuangan PAS sendiri yang berjuang untuk menegakkan Islam sebagai ad-deen di tanah air kita ini sejak dulu hingga selama-lamanya," tegas beliau.

Mengulas lanjut, Mohamad Sabu berkata, pemakaian kopiah dulunya hanya dikaitkan dengan PAS, malah ia menjadi bahan ejekan para pemimpin dan ahli-ahli Umno terhadap para pemimpin dan ahli-ahli PAS.

"Kini, kerana terlalu mengelabah, para pemimpin Umno sampaikan sanggup meniru orang PAS dengan turut memakai kopiah pula, walaupun mereka begitu tebal dengan penyalahgunaan kuasa, pelbagai penyelewengan dan rasuah," katanya.

Beliau mengingatkan seluruh rakyat negara ini agar jangan sekali-kali terpengaruh dengan sandiwara para pemimpin Umno itu kerana mereka hanya ingin menonjolkan imej Islamik secara kosmetik sahaja.

"Sebaliknya, Islam bukanlah dilihat kepada pemakaian kopiah, tetapi lebih kepada pelaksanaan dan cara hidup harian serta dasar perjuangannya," tegas beliau.

Apa ada dengan kopiah? Tak guna kalau pakai kopiah besar tayar, tapi masih 'berzina' dengan isteri orang lain betul tak?

Tak guna kalau pakai kopiah, tapi bersekedudukan dengan isteri orang pukul 3 pagi dalam bilik hotel?

Betul tak? ada apa dengan kopiah?

Yang penting imej dan akhlak diri, dari kopiah palsu modal untuk menipu!!


McTheory:
Perogol bersiri pun dah ramai pakai kopiah!!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Lan*** lu lah mat sabu ..
nak jadi pemimpin , cerita kopiah pun nak heboh..
low class punya parti ..
ini macam punya orang pun boleh jadi Naib ketua?...

betul betul low class punya parti ..

Tanpa Nama berkata...

Mat sabu tanggal kopiah bila nak ambik bau aje......... Orang pas tak ade kelas, mat sabu pun bole jadi pemimpin pas.......

pak rojam berkata...

Tak heran dgn perangai mat sabun, org sibuk dgn bumi palestin dia sibuk bagi semangat bagi semangat kat ketua syiah assad. Org pas kat malaysia nidok kutuk org umno serta menegakkan fahaman agama menghalalkan ikut cara saling tak tumpah mcm puak2 syiah di iran, iraq dan lain2. Mat sabu dgn puak laknat kafir harbi dap tak berani nak angkat suara tapi dgn org UMNO sisabun tunjuk terror, tak usah heranlah dgn perangai org2 parti syiah semalaysia ni, masa himpunan bersih pun depa dah usong gambar pemimpim syaitan ayatullah komeini sebagai idola mereka. Jaga2 kkau wahai mat sabu, aktiviti kamu main sabun di bukit merah sentiasa diperhatikan oleh kamera litar! !!