Ini gambar lakonan ke? |
Ada seorang blogger pro Pakatan Haram mempertikaikan laporan berita TV3 tentang gangguan air di Selangor. Kononnya TV3 menipu berita tersebut. Blog tersebut mendakwa, TV3 'mengkitar semula' berita gangguan air di Johor dan mengada-adakan cerita tentang gangguan air di Selangor dan Lembah Kelang.
Apa yang menyedihkan, bukti blogger tersebut hanyalah paparan gambar lori air Syarikat Air Johor (SAJ). Hanya berdasarkan bukti tersebut, blogger itu mendakwa TV3 menipu dan Selangor sebenarnya tidak mempunyai gangguan air yang serius.
Artikel FITNAH terhadap TV3 |
Tidakkah blogger tersebut membuat kajian memahami isu terlebih dahulu, sebelum menghentam dan mendakwa tiada gangguan air di Selangor? Sebelum ini ada akhbar dan notis pekeliling yang dikeluarkan Syabas tentang gangguan air, apakah itu dianggap satu penipuan.
Samalah macam ketua Pakatan Haram ni, main redah jer.. Ketua Pakatan Haram yang juga Penasihat Ekonomi Selangor yang dibayar RM1, tak payah lah sebut nama pun orang dah tahu, boleh pulak gesa Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin segera selesaikan masalah gangguan bekalan air dan henti menyalahkan Kerajaan Selangor.
Nak baca berita bangang tu boleh baca kat SINI
Betul lah, blogger puak Pakatan ni mana nak reti baca akhbar lain selain dari Harakah, ketua dia pun sama bengap. Jadi kepala otak dorang pun blur dan sentiasa padat dengan fitnah. Sebab tu minda puak ni tak terbuka, benda yang betul pun dikata tipu, kalau yang tipu tu (harakah) sungguh-sungguh dia percaya.
Untuk pengetahuan blogger tersebut, Syabas ada meminta bantuan daripada negeri jiran membabitkan 16 lori tangki air dari Perak, Melaka, Johor dan Negeri Sembilan. Lori air yang dipinjam itu untuk menampung usaha mereka mengawal kawasan gangguan air agak besar.
Syabas terpaksa menggerakkan 40 lori tangki air dan menyediakan 174 tangki air statik ke kawasan terjejas, semuanya akibat kerosakan di dua rumah pam, yang menjadi punca krisis air di ibu negara baru-baru ini.
Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS, Priscilla Alfred menjelaskan keadaan itu berlaku akibat kegagalan rumah pam air di Wangsa Maju untuk berfungsi setelah memproses air terawat secara berlebihan.
Beliau memberitahu, sejak 2 Januari, SYABAS turut mendapat bantuan daripada Lembaga Air Perak (empat lori tangki), Syarikat Air Melaka Berhad (dua lori), Syarikat Air Johor (lapan lori) dan Syarikat Air Negeri Sembilan (dua lori).
Ini bermakna, Syabas mendapat bantuan lori air dari negeri-negeri jiran sekeliling. Bantuan lori air yang diperlukan untuk menampung kawasan gangguan air yang agak besar.
40 lori air yang dihantar Syabas membuktikan bahawa, gangguan air di Selangor dan Lembah Kelang sememangnya serius. Perkara ini bukan main-main dan laporan berita yang dikeluarkan oleh TV3 itu adalah benar dan bukan fitnah.
Jadi tuduhan fitnah terhadap laporan berita TV3 adalah tidak benar dan dakwaan yang mengatakan Selangor tidak menghadapi gangguan air adalah sangat mengarut.
Jadi Mc minta blogger tersebut, perlu membuat kajian terlebih dahulu, sebelum menghentam sesuatu isu. Atau blogger terbabit turun padang bagi meninjau keadaan penduduk Lembah Kelang ketika gangguan air.
Kalau berani, pergilah tanya penduduk yang tengah angkut air tu. "sama ada gangguan air tu, betul atau main-main" Mc percaya, tentu blogger terbabit makan penampar, atau penendang. ha ha ha..
McTheory:
Lepas tu, cakap pula Khalid Gagap kirim salam, dah tentu arwah dia lepas tu.
8 ulasan:
Ada dikalangan cai2 bang non yg kononnya celik kata masalah air ni bukan salah kjaan sngor tp sbb Syabas yg tak cekap.
Bangang betul cai2 ni.
Takkan la cai2 ni tak tau kjaan sngor ada 30% kepentingan dlm Syabas.
Takkan la cai2 ni tak tau yg kjaan khalid dah bekukan CAPEX sejak thn 2009 lagi.
Bila paip bocor, bila pam rosak lagi nak salahkan Syabas? Budus!!
Kawasan ampang masih terdapat ganguan air smpai skrg.lori air dtg 1kali saja 1 hari.tu pun lewat mlm.mcmna pencacai tu kata xdak mslh air? Bodoh betui le belogger tu.sekolah ka x sekolah? Bangkai !!
Dah la menipu cakap pula oarang lain menipu..hina sungguh cai2 Anwar ni..ya!. Kalau benar mereka tu beriman mereka tak mungkin jadi munafiq macam ni..nama kata PKR atu PAS memang tak boleh di harap untuk jaga negara..dasar penipu lagi bangsat.!
Ketua ekonomaney selangor pn menteleti RM 1gaban abis selangor d buatnya!!!! Hancus selangor
apa cai umngok nak cakap bila Syabas tu kroni besar umngok!
Kan kerajaan selangor ada rizab berbillion. Tolong le rakyat selangor hadapi krisis air. Rizab tu simpan buat ape/ Kalau rakyat selangor sendiri menderita tak de air.
Masa nak janji bulan bintang tak nak ukur dulu pandai tu sampai tahap mana..bila dah bertemu masalah pandai pula nak tunding sana-sini. Memang dasar bengap temberang saja lebih tapi bodoh macam lembu, eloklah tukar saja pakatan rakyat ke pakatan lembu
Naseb ko lar org Selangor, pilihhh lagi pembangkang.. Jadilah manusia yg bersyukur... Cari salah org mmg mudah, tp cri salah sdri mmg payah.. Jgn lar lepas mulut buaya, masuk mulut rimauuu..
Catat Ulasan