User Online

Politics Blogs

Post Terbaru!!

Kempen LIKE Page!

Mari Kita Terus Selamatkan KEDAH Dari Tangan Puak PAKATAN !! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni -->
P/s: Setiap LIKE Anda Amat Berharga Kepada Kami!

Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!
P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

Isnin, 7 Januari 2013

HOT! #IsuAirSgor: Khalid Suruh Saman Kerajaan Negeri Selangor!!!

 Kalau permulaan tahun baru di sambut dengan berita yang kurang baik bagi penduduk Kuala Lumpur, kini Khalid telah membawa satu berita gembira kepada rakyat Selangor. Samanlah Kerajaan Negeri.

Apa tunggu lagi, saman. Khalid ni sememangnyer suka nak terima saman, saman tak dapat air free, saman daripada ibu tunggal dan kini saman sebab ketiadaan air akan masuk melimpah.

Nak baca artikel tu boleh klik kat SINI

Mana tidak hampir setengah juta pengguna tiada bekalan air. Bermula dengan hanya kawasan Wangsa Maju, lepas tu berjangkit pula ke rumah pam Pudu Hulu.

Semuanya berpunca dari kegagalan sistem pam di rumah pam berkenaan. Biasa la kalau dah acuan yang lama tidak diganti bila kawasan dan penduduk berkembang, mahu tak pam tu berhenti. Sudah cukup sudah, pam-pam tu berlagu. Takkan periuk nasi untuk beras se kilo nak kasi makan 100 orang, berapa kali nak masak kan… Lama-lama periuk tu pun give up.

Sungguh kesal apabila kegagalan di rumah pam Wangsa Maju adalah yang kali kedua selepas dibaik pulih, manakala Pudu Hulu pula kerosakan yang baru berlaku. Dah acap kali cakap pam-pam ni terlebih guna pengunaan kapasiti yang berlebihan.

Baru baiki dah rosak balik. Ni dah sihat tapi penggunaannya hanya setengah kapasiti. Ya lah baru lepas semput… takkan nak full stim kot..

Dengar tak!! Syabas dah cakap dari tahun 2009 lagi yang Wangsa Maju memerlukan sistem pengepaman tambahan di rumah pam Wangsa Maju. Walaupun dengan kelulusan daripada kerajaan persekutuan serta pinjaman untuk projek itu dibangunkan oleh kerajaan PKR Selangor tapi sampai sekarang masih di peringkat reka bentuk oleh juru runding yang dilantik Kerajaan Khalid.

Syabas menganggarkan pada kali ini terdapat pertambahan kawasan terlibat, Mc rasa kali ini antara gangguan air yang paling teruk dan melibatkan kawasan yang besar. Kat bawah Mc senaraikan lokasi yang terlibat dengan gangguan.

Di Kuala Lumpur, lokasi terlibat ialah Flat DBKL Dato’ Keramat, Jalan Padang Tembak, Jalan Semarak, Jalan Gurney, Kementah, Pulapol, Wisma Tanah, Jupem, UTM, Felda, Pusat Latihan Telekom, Jalan U Thant, Jalan Ampang Hilir, Taman Pandan Jaya, Taman Cempaka, Taman Bakti, Taman Nirwana, Kampung Pandan Dalam, Taman Cahaya.

Turut terlibat Pandan Cahaya, Taman Dagang, Taman Shamelin, Taman Tenaga, Taman Miharja, Taman Kobena, Bandar Sri Permaisuri, Desa Pandan, Flat Sri Melaka, Taman Melur, Taman Saga, Taman Mega Jaya, Taman Teratai, Taman Muda, Taman Seraya, Taman Bukit Permai dan Kampung Cheras Baru.

Kawasan Gombak pula meliputi Kampung Baru Ampang, Kampung Melayu Ampang, Taman Hillview, Bukit Jobina, Taman Dato Ahmad Razali, Taman Bukit Indah, Taman TAR, Kampung Tasek Permai, Ukay Heights, Ampang Jaya, Dataran Ukay, Pinggiran Ukay, Sri Ukay, Beverly Heights, Ampang Indah, Ampang Saujana, Ampang Water Front, Bandar Baru Ampang, Bukit Ampang Permai, Bukit Indah, Desa Lembah Permai, Desa Setapak, Jalan Ampang, Kampung Bukit Sungai Puteh, Keramat AU 1 hingga AU 5, Kampung Ampang Campuran, Kampung Indah Mulia, Kampung Kemensah dan Kampung Lembah Jaya.

Kampung Pinggir Tiga Jaya, Kampung Tengah Lembah Jaya, Lembah Jaya Utara, Lembah Jaya Selatan, Sri Rampai, Taman Ampang, Taman Dagang Permai, Taman Pandan Ria, Taman Permai Jaya, Taman Permata, Taman Saujana, Ampang Tasek Tambahan, Taman Ampang Mewah, Taman Ampang Utama, Taman Bukit Ampang, Taman Cahaya Ampang, Taman Dagang Jaya, Taman Halaman, Taman Kesuma Ampang, Taman Kosas, Taman Mulia Jaya, Taman Rasmi Jaya, Taman Sri Ampang, Taman Watan, Wangsa Melawati.


Mc dapat maklumat, kawasan parlimen Khalid, Bandar Tun Razak sendiri pun sedang mengalami masalah gangguan air. Apa dah jadi ni Khalid? Tak tanya Syabas ke kenapa ada gangguan? Atau Khalid takut nak tanya Syabas, sebab nanti diri sendiri akan terkena?

Untuk pengetahuan pembaca, air di Kuala Lumpur dijaga oleh Syabas yang dikawal oleh Kerajaan Negeri Selangor. Jadi apa saja tindakan Syabas, ianya dipantau oleh Kerajaan Negeri Selangor. Kalau Syabas tak bagus atau takdak duit, itu tandanya Kerajaan Negeri Selangor yang tak jaga Syabas elok-elok.

Sumber kewangan SYABAS disekat oleh Khalid dan konco-konconya. Semua ini adalah paksaan supaya Syabas tidak dapat bekerja dengan bagus dan menjualkan diri kepada Kerajaan Negeri Selangor yang kononnya sedang berusaha untuk membuat penstrukturan air.

Bila jadi gangguan air macam ni, pada siapa yang perlu kita salahkan? Khalid atau Syabas? Kerajaan Selangor pun sebahagian daripada Syabas kan!!

Siapkan lah tong-tong kat depan Pejabat kerajaan Negeri Selangor senang nak masukkan saman-saman daripada hampir setengah juta pengguna.. Khalid dah kasik green light, tunggu apa lagi????

Lepas ni Khalid jual meja, buat makan-makan nak bayar saman ok, ikut jejak Tony Pua… hehehe Rakyat bayar saman sendiri…


McTheory:
Tentunya salah Khalid Al Gagap Harami..

0 Komen Pembaca:

Kempen LIKE!!

Mari Kita Terus Selamatkan KEDAH Dari Tangan Puak PAKATAN !! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni -->
P/s: Setiap LIKE Anda Amat Berharga Kepada Kami!

Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!
P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

Popular Posts

Arkib Blog

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review