User Online

Politics Blogs

Post Terbaru!!

Kempen LIKE Page!

Mari Kita Terus Selamatkan KEDAH Dari Tangan Puak PAKATAN !! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni -->
P/s: Setiap LIKE Anda Amat Berharga Kepada Kami!

Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!
P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

Rabu, 16 Januari 2013

HOT!! #IsuAirSgor: Xavier Meroyan, SYABAS Tak Perlu Bantuan Kerajaan Negeri Atasi Masalah Air di Selangor!!

Tengok la Dr Gigi ni, dia memang rajin bekerja!!

Ketika krisis gangguan air sedang meruncing, Kerajaan Negeri Selangor sebenarnya menunggu Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor) meminta bantuan dari mereka untuk atasi masalah gangguan bekalan air yang sedang berlaku di Lembah Kelang dan Selangor.

Namun mereka hampa kerana Syabas langsung tidak meminta bantuan dari Kerajaan Negeri Selangor, malah Syabas lebih percayakan syarikat air dari negeri jiran yang lebih ikhlas membantu, dari Kerajaan Negeri Selangor yang penuh tipu muslihat.

Disebabkan tindakan tersebut, Exco Selangor, Dr Xavier, doktor gigi terkemuka Malaysia, berdukacita dan berkecil hati dengan tindakan Syabas. Kerana syarikat air itu sepatutnya terlebih dahulu merujuk kepada kerajaan negeri sebelum meminjam kepada syarkat air negeri lain.

Dengan kata lain, Kerajaan Negeri Selangor nak jadi hero untuk selamatkan Syabas ketika kesusahan!!

Disebabkan itu, hubungan Syabas dengan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor semakin meruncing apabila kerajaan negeri seringkali mencari silap dan menyalahkan syarikat itu dalam apa jua operasi perkhidmatan mengagihkan air ke seluruh Selangor.

Kekesalan Xavier jelas kelihatan apabila dia meluahkan perasaannya kepada media mengenai isu air di Selangor. Xavier menyalahkan Syabas seratus peratus bila syarikat air terbabit enggan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor.

Xavier dalam kenyataannya kepada media, menghentam tindakan Syabas. Katanya "Apa yang SYABAS perlu lakukan ialah menghubungi Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), Datuk Khusrin Munawi untuk mendapatkan bantuan, tetapi disebabkan keangkuhan Syabas itu tidak berlaku,"

Kononnya Xavier menjelaskan kerajaan negeri sedia membantu Syabas kerana ia tertakluk dalam pelan bantuannya membolehkan kerajaan negeri, mengarahkan seluruh pihak berkuasa tempatan (PBT) menyediakan lori tangki masing-masing.

Namun pihak Syabas lebih dahulu meminta bantuan daripada syarikat air negeri jiran yang membabitkan 16 lori tangki air dari Perak, Melaka, Johor dan Negeri Sembilan.

Kalau Mc jadi Syabas pun, Mc akan bertindak sedemikian. Mana boleh kita percayakan pada orang yang selama ini memusuhi kita. Baik kita meminta tolong pada orang yang kita percaya, dari meminta tolong pada orang yang sentiasa mencari peluang untuk menikam diri kita dari belakang!

Lagi satu, jika Syabas meminta tolong kepada kerajaan negeri, nescaya kerajaan negeri akan mengunakan tindakan tersebut sebagai satu isu dan bukti kukuh untuk mendakwa bahawa Syabas tidak mampu metangani masalah air di Selangor dan ini hal ini akan dibawa ke depan sebagai alasan Kerajaan Selangor perlu membeli Syabas yang sudah tidak mampu mengawal masalah air di Selangor.

Mc rasa Syabas bertindak bijak dengan mengabaikan kerajaan negeri yang lebih berniat jahat, dari ikhlas mahu membantu Syabas mengatasi masalah air di Selangor dan Lembah Kelang.

Nasihat Mc pada Kerajaan Negeri Selangor, baik fokuskan masalah air di Selangor pada masa akan datang. Jika gangguan seperti ini pun dah kelam kabut, cuba bayangkan jika Selangor hadapi krisis air akibat kurang bekalan air terawat kelak? Tentu lagi kelam kabut!!

Mc tak dapat bayangkan jika Loji air Langat 2 masih terus ditangguh! Tentu akibatnya lagi teruk dari sekarang. Dapatkah penduduk Selangor dan Lembah Kelang bertahan??


McTheory:
cuba anda bayangkann??

4 Komen Pembaca:

Tanpa Nama berkata...

Sekiranya doktor gigi merasakan ini sebagai tanggungjawab beliau, kenapa dia sendiri tidak mengetuai segala tindakan yg perlu apabila berlaku krisis. Bukankah kuasa beliau lebih besar?

Megat Alam Gempita berkata...

Baguih la rakyat Selangoq la ni dapat 'air pree' dari Syabas noo. Bukti kerajaan Selangoq jaga kebajikan rakyat. Siap depa hantaq berlori-lori ayaq depan ghumah. Tak payah nak bayaq ayaq pree. Depa bawa besen ja, beratoq pakat-pakat angkut naik tangga. Hebat noo Khalid Berahim perintah. Awat cara lagu ni Paih tak buat kat Kedah?

PKR hangpa memang hebat huluq 'ayaq pree' cara hangpa kat rakyat Selangoq noo. Lepaih ni hangpa bungkuih pi mampuih!

The Gunners berkata...

Tak payahlah MB S'gor cuba jadi hero kononnya nak selamatkan rakyat bila tiba krisis air. Semua dah tau yang anda ni cuma nak amik kesempatan je. Tunggulah PRU13, taulah nasib anda nanti.

Tanpa Nama berkata...

Tu..la buka pub banyak sangat..kan susah nak tidog malam, kedai arak pun sakan..hangpa oghang ada duit bulih la basuh pungkog dengan ayag kencing setan..tak sangka la pulak hangpa cuma nak jadi kerajaan selangor lima tahun ja..kalau habag awai2 mesti rakyat selangor tak bagi langsung.

Kempen LIKE!!

Mari Kita Terus Selamatkan KEDAH Dari Tangan Puak PAKATAN !! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni -->
P/s: Setiap LIKE Anda Amat Berharga Kepada Kami!

Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!
P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

Popular Posts

Arkib Blog

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review