Seorang ahli perniagaan menyelar Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak kerana cuba menyalahkan pihaknya akibat kegagalan projek pembalakan di Papua New Guinea (PNG) membabitkan Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) yang menandatangani perjanjian dengan syarikatnya, MAS Incorporated Ltd.
Datuk Abdul Manaf Abdul Hamid, ahli perniagaan dari Kedah, berkata Azizan seharusnya menerangkan perkara sebenar dan bukan menjadikan dirinya sebagai ‘kambing hitam’ apabila projek yang dirancang secara usahasama itu gagal.
“Saya yakin Menteri Besar diberi maklumat salah oleh pegawai-pegawainya sehingga dia hendak saman agar saya pulangkan balik bayaran muhibah sebanyak RM1.2 juta yang menjadi hak saya.
“Dalam perjanjian dijelaskan bahawa bayaran ini tidak boleh dituntut balik sama ada projek berjaya atau gagal. Adakah pegawai-pegawai dia (MB) tidak tahu hal ini,” kata Abdul Manaf pada sidang media tempohai
Ahli perniagaan itu tampil untuk membersihkan namanya selepas dituduh oleh Setiausaha Politik Azizan, Muhammad Sanusi Mohd Nor dan Ketua Penerangan PAS Kedah Zulkifli Yahya sebagai juara putar alam dan penyeleweng berkaitan kegagalan usahasama projek pembalakan PMBKed dan MAS Incorporated Ltd di PNG.
PMBKed dan MAS Incorporated menandatangani perjanjian usahasama projek pembalakan pada 2008 dengan agensi itu membeli 70 peratus kepentingan dalam MAS Incorporated Ltd pada harga RM31.21 juta untuk memajukan dua kawasan seluas 114,429 hektar di PNG manakala Abdul Manaf memegang baki ekuiti.
Kegagalan projek itu didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang menyatakan sebuah agensi di bawah Menteri Besar Diperbadankan kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS mengalami kerugian berjumlah RM13.49 juta apabila pegawai-pegawai agensi itu menamatkan pelaburan pada Mac 2010.
Laporan itu antara lain menyatakan sebab utama berlaku kerugian ialah ketidakupayaan kewangan PMBKed dan pengurusannya yang lemah.
Abdul Manaf, bekas duta sebelum bersara daripada perkhidmatan kerajaan, kecewa kerana menteri besar pernah menyatakan beliau sendiri akan menggerakkan usaha agar projek itu berjaya selepas perjanjian ditandatangani.
“Apabila projek ini gagal dia mula keluarkan kenyataan bercanggah untuk menutup kelemahan kerajaan negeri….cakaplah perkara benar. Tak usahlah nak laksana projek ini jika tidak mampu dan tiada wang.
“Cabaran saya agar pihak berkuasa kerajaan negeri Kedah membuktikan dakwaan bahawa terdapat penyelewengan dalam usahasama pembalakan dan perladangan yang gagal di PNG belum dijawab sehingga hari ini,” kata Abdul Manaf.
Katanya pajakan 99 tahun projek itu membabitkan kawasan seluas 41,150 hektar 100 peratus masih lagi di bawah namanya selepas memutuskan hubungan dengan PMBKed pada 2011 dan sedang berunding dengan syarikat lain untuk melaksanakannya.
Nampak sangat Azizan tidak mengetahui permainan diantara setpol dan ketua blogger Pas Kedah yang haprak tu. Dua ekor ni sebenarnya hanya nak kaut harta kekayaan negeri Kedah dengan menipu Azizan. Kemudian mencari kambing hitam untuk disalahkan.
Apa nak jadi dengan Kerajaan Negeri Kedah yang kacau bilau ni. Semua nak mengaut harta kekayaan sehingga memusnahkan pendapatan negeri.
Mc nampak ada unsur sabotaj dalam perkara ini. Lebih-lebih lagi apabila Zulkifli Yahaya tu orang kuat kepada Phahrolrazi, jadi pembaca fikirla sendiri.
Jujur Mc nak beritahu pembaca, kalau Pas terus memerintah Kedah, nescaya negeri Kedah akan gulung tikar selepas ini. Percayalah.. puak ni bukan tahu mentadbir.. masing-masing nak kayakan diri sendiri saja.
Jadi jangan undi Pas.. cukuplah dengan sekali!
McTheory:
Masa untuk berubah.. sedar-sedar la diri tuu..
2 ulasan:
jangan bagi pas berkuasa lagi kat kedah..nanti k
lingkup kedah dbuatnya..masing2 nak kaut duit utk dri sendri saja..rakyat juga yg susah..yg kaya hanya kroni2nya saja..olh itu tolok pas dalm pru ni..hanya bn terbaik utk rakyat kedah..hidup bn dlu kini n selamanya..
dulu percaya sangat PR & hamPAS lebih baik dan layak berkali2 diberi mandat memerintah.. baguslah, baiklah, jujurlah..segala2nya baguslah...pandai perintahlah..orang ustad2lah katakan... hah sekarang kena tanggunglah..aku yg sedih sangat bila surau tanah wakaf dijual..surau yg dipertikai sebelum ni difahamkan org yg ada pertalian org besar negeri...bersusah payah waris2nya mempertahankan..kalu yg mewakaf itu org kecil hancur jadi debu tak siapa tahu...konsep wakaf adalah selama2nya unt maslahah umat..hatta keturunannya sekali pun tak boleh memperdagangkannya...sebaliknya pihak yg diberi amanah pula yg memperdagangkan unt mendapat keuntungan segera..kalu aku ada sikit harta aku dah tak berani nak mewakafkannya kerana pihak yg diberi amanah tidak amanah.. sepatutnya surau yg berusia seratus tahun itu dijaga dan dibaik pulih...jika org yg mengunakan seratus tahun dulu masih hidup mereka akan bercerita kpd jenerasi sekarang ini bhw surau itu adalah yg termoden ketika itu yg mana surau ketika itu hanyalah beratap nipah berdinding buluh dan ada tiang....sepatutnya kawasan surau perlu diperluaskan lagi bukan dijual semua sekali..dinegeri lain tempat ibadat sprti gereja dan sebagainya dijadikan warisan...surau wakaf yg dijual itu ada dua elemen penting..1.konsep wakaf dlm Islam.. 2.elemen sejarah dan nilai sejagat... dikatakan alasan terpaksa menyelengara dng kos yg tinggi..itu tak boleh diterima..pakar ekonomi ada boleh merujuk...pakar macam ungku aziz yg memiliki inovasi yg tinggi..contohnya keujudan tabung haji antara yg terhebat..jangan pula macam dr.pakar ekonomi dari parti mereka cuma tahu mengkritik saham felda...pada pandangan aku pusat perniagaan yg mereka war2 tu bukanlah keperluan yg mendesak...banyak lagi bangunan perniagaan di alor star yg masih kosong...tapak surau wakaf yg hendak dikorbankan itu cuma nak memberi syarikat buat duit saja...sama ada kotrakter dan bermacam tokoh perniagaan yg tentunya berkait rapat dng parti mereka sendiri... rakyat kedah kena fikirkan semula..fikir baik2...
Catat Ulasan