Jumaat, 11 Januari 2013
PANASS!! Apabila MalaysiaKini Kalah Dengan Utusan dan Berita Harian!!
Mc amat tertarik dengan artikel yang dikeluarkan oleh blog MyMassa, perbandingan diantara portal pro BN dengan portal pro PR. Mari kita baca sendiri kat bawah,
Selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, diuar-uarkan bahawa salah satu penyebab kekalahan Barisan Nasional adalah kerana gagal menguasai media siber. Ketika itu, nama MALAYSIAKINI di sebut-sebut sebagai portal JAGOAN alam siber yang membantu pembangkang memenangi banyak kerusi.
Setelah lebih 4 tahun berlalu, MyMassa membuat penilaian semula. Benarkah portal pro pembangkang seperti Malaysiakini masih lagi jagoan di alam siber?
Untuk tujuan ini, MyMassa hanya membandingkan antara Malaysiakini, Berita Harian dan Utusan Malaysia. Kenapa MyMassa ambil hanya 3 portal berita ini? Kerana wujud kepercayaan di kalangan penyokong pembangkang bahawa Utusan Malaysia dan Berita Harian sudah tidak laku lagi di alaf baharu ini. Mereka menggelarkan Utusan sebagai Utusan Meloya manakala Berita Harian sebagai Berita Hairan.
Dalam artikel kali ini, MyMassa hanya menggunakan dua kaedah untuk membuat penilaian iaitu ranking Alexa dan jumlah like di Facebook. Ini kerana MyMassa cuba meringkaskan penilaian ini supaya pembaca tidak jemu membaca artikel yang panjang.
Dari segi ranking Alexa, Malaysiakini mendahului 2 pencabarnya iaitu Utusan dan Berita Harian.
Mari kita tengok dari segi jumlah like di Facebook pula.
Wah! Nampaknya jauh ketinggalan Malaysiakini jika dibandingkan dengan Berita Harian dan Utusan. Untuk lebih adil, MyMassa tambahkan juga like untuk Facebook Malaysiakini versi Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Tamil.
Jika ditambah ketiga-tiganya kita akan dapati jumlah like bagi Facebook Malaysiakini (Bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil) hanya 306,244 jumlah like. Masih lagi ketinggalan dari jumlah like Utusan yang hanya menggunakan Bahasa Melayu (349,787).
Apa yang MyMassa dapat simpulkan di sini adalah rahsia kenapa ranking Alexa Malaysiakini lebih tinggi daripada portal berita media perdana versi on-line kerana Malaysiakini boleh dibaca dalam 4 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil. Manakala portal berita media perdana hanya satu bahasa. Utusan, Berita Harian dan Sinar Harian dalam Bahasa Melayu manakala The Star dan NST dalam Bahasa Inggeris.
Dalam hal ini, jumlah like untuk satu-satu portal media boleh dianggap sebagai jumlah pelawat untuk portal tersebut. Oleh yang demikian, di sini MyMassa mahu tegaskan bahawa KEPERCAYAAN PENYOKONG PEMBANGKANG BAHAWA UTUSAN MALAYSIA DAN BERITA HARIAN TIDAK LAGI RELEVEN DI ALAM SIBER adalah satu persepsi yang SALAH. Jika benar Utusan dan Berita Harian tidak mendapat sambutan, bagaimanakah jumlah like kedua-dua portal tersebut melebihi Malaysiakini yang pembangkang bangga-banggakan? Malah jumlah like untuk Berita Harian sudah mencapai 718,738 iaitu dua kali ganda daripada jumlah yang diterima oleh Malaysiakini untuk 4 versi bahasa.
Penyokong pembangkang juga membuat tohmahan bahawa Utusan dan Berita Harian hanya di baca oleh pakcik makcik di kampung dan di Felda yang menyokong UMNO dan BN. Anak muda tidak lagi membaca kedua-dua akhbar ini. Jika ianya benar, sekali lagi bagaimanakah jumlah like Berita Harian dan Utusan boleh melebihi Malaysiakini? Adakah anak muda yang membaca Malaysiakini tak pandai nak LIKE sebagaimana pakcik dan makcik di kampung dan di FELDA?
Sebagai penutup, hanya satu perkataan yang paling cocok untuk menyimpulkan artikel ini iaitu PERSEPSI. Pemimpin dan penyokong pembangkang mencipta persepsi bahawa merekalah JAGOAN di alam siber. Mereka juga mencipta pelbagai TOHMAHAN dan LABEL seperti Berita Hairan dan Utusan Meloya untuk mengukuhkan persepsi mereka. Malangnya pemimpin dan penyokong pembangkang terperangkap dalam persepsi mereka. Bagi pembangkang yang tergolong dalam minoriti vokal menyangkakan orang atas pagar akan menyokong mereka. Tapi malang, dalam diam golongan atas pagar ini telah membentuk kumpulan majoriti senyap dan masih memberi sokongan kepada Utusan Malaysia dan Berita Harian. Tahniah MyMassa ucapkan kepada portal-portal tersebut.
Sambung baca SINI
McTheory:
Mereka nampak kuat, tapi sebenarnya TAKK!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
tk menghairankn sbb pengikut2 PR nie je yg berjaya dipetbodohkan pemimpin mereka...ramai lgi rakyat majoriti Malaysia yg waras & bijak menilai...
Catat Ulasan