Jumaat, 11 Januari 2013

PANASS!! Apa Masalah Pas Nak Gadai Kalimah Allah Ni?


Contoh terbaik, nak nanti jadi macam ni?

Apa masalah Pas dengan kalimah Allah ni? Apa yang merunsingkan sangat Pas hingga terpaksa mengadaikan kalimah Allah pada agama lain? Salahkah kita di Malaysia menjaga EKSKLUSIF nya nama Allah hanya kepada umat Islam? Apa yang tak kena lagi?

Mc masih teringat lagi peristiwa pada tahun 2010. Disebabkan perebutan pengadaian kalimah Allah, hingga ada surau dan gereja yang dibakar, dilempar bom petrol, ada masjid yang dibuang kepala babi, ada gereja yang di conteng.

Masing-masing saling berbalas, hingga menimbulkan ketegangan kaum. Kalau kita lihat puncanya, ia bukan berpunca dari kaum lain yang bergaduh dengan umat Islam. Tetapi ia berpunca dari umat Islam yang bergaduh sesama sendiri, hingga perkara ini menjadi panjang lebar.

Kaum lain cuma minta pada kita, namun kita yang beragama Islam ni pula yang bergaduh dan bertengkar sesama sendiri. Apa ni?? Ada yang pertahankan, ada pula yang tak sabar nak jual.

Umat Islam yang nak mempertahankan kalimah Allah ini adalah satu perkara yang normal, sebab sudah tentulah umat Islam nak pertahankan hak umat Islam. Hak yang diturunkan turun temurun dari generasi pertama hinggalah sekarang.

Namun Mc agak pelik dengan golongan yang mengaku muslim, mengaku perjuangkan Islam, namun langsung tak sensitif apabila ada orang nak sentuh bab kalimah Allah. Malah golongan ini pula yang sibuk nak gadai hak EKSKLUSIF umat Islam  ini kepada agama lain.

Pelik tak? Pelik kan? Golongan yang pakaiannya berserban besar, berjanggut, berjubah dan bersunnah bagai, tetapi nak gadai kalimah Allah. Partinya yang bernama Islam, tetapi nak gadai hak EKSKLUSIF umat Islam. Memang pelik kan?

Apa masalah golongan ni sebenarnya? Apa dengkinya mereka dengan kalimah Allah? Salahkah kita pertahankan hak kita? Kenapa kita perlu bertengkar dan bergaduh sesama sendiri dalam hal mempertahankan hak kita?

Tak bolehkah kita sepakat dan mempertahankan hak kita? Kenapa kita perlu menjual atau mengadaikannya? Salahkan kalau kita kekalkan hak itu seperti mana dulu, seperti mana tok nenek moyang kita yang terdahulu. Berikan hak itu kepada generasi Islam yang akan datang, kekalkannya.

Jangan hanya fikir diri sendiri, jangan hanya fikir kesenangan diri. Fikir anak cucu kita kelak. Musuh Islam sentiasa mencari jalan untuk lemahkan kita. Musuh Islam sentiasa mencari lubang untuk pupuskan umat Islam di Malaysia. Mc tak tuduh sesiapa, tetapi kita umat Islam perlu berjaga-jaga. Kita belum ada lubang, jangan lubangkannya.

Bila dah ada lubang, mula-mula kecil, lama-lama jadi besar. Lepas dah besar, tak guna kita nak menyesal lagi. Sekarang kalimah Allah, lepas ni nama Islam pula, lepas tu masjid, surau, silap-silap, nanti ada agama yang tiru sebijik macam Islam, tetapi sembahnya lain, apa kita nak buat? Kalau semua dah diberi?

Nak marah? Nak halang? tak boleh, sebab kita yang bagi, kita bermurah hati hinggakan hak EKSKLUSIF kita pun nak diberi kepada orang. Bila dah jadi macam tu, rasanya tak guna lagi nak menyesal. Sebelum kita menyesal dikemudian hari, apa kata kita pertahankan hak kita tu sekarang ni.

Persetankan dengan Pas atau Hadi Awang, dia tu siapa? Pergi mampuih sama Nik Aziz, dia tuhan ke? Kalau dorang nak benarkan, biar, namun pastikan Kerajaan yang memerintah kita ni pertahankan kalimah Allah. Kalau ada ahli Pas atau cai Pakatan yang tak sabar-sabar nak gadai kalimah Allah, apa kata tanya dia satu soalan ni.

"Sanggup tak kalau dia benarkan Masjid Negara digunakan oleh orang kristian untuk upacara keagamaan mereka?"

Kalau itu dia tak sanggup, kenapa benarkan kalimah Allah digunakan kepada agama lain? Fikirkanlah..

McTheory:
Pertahankan HAK KITA!!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MCA: Kalimah ‘Allah’ boleh diguna penganut agama lain selain Islam, Kristian.



Bila UMNO akan membalas ucapan setiausaha MCA ini?