Jumaat, 11 Januari 2013

PANASS!! Polis KL Tawar Puak DEMO Stadium yang Lebih Besar!! #KL112


KUALA LUMPUR - Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh hari ini menyarankan supaya penganjur perhimpunan menggunakan Stadium Nasional di Bukit Jalil sebagai tempat berhimpun kerana ia lebih sesuai dan mampu menampung kapasiti lebih besar.

Katanya, stadium itu juga mempunyai kemudahan pengangkutan awam lengkap termasuk Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) selain memenuhi keperluan dari aspek keselamatan.

Beliau juga meminta mereka menyemak semula hasrat menggunakan Stadium Merdeka sebagai tempat berhimpun kerana perbadanan stadium itu meletakkan syarat utama agar ia tidak disertai lebih daripada 30,000 orang berdasarkan kapasiti stadium.

Sambil mengingatkan penganjur supaya memastikan peserta perhimpunan tidak berhimpun di Dataran Merdeka di sini, Mohmad juga berkata lokasi pertemuan untuk himpunan itu hanya dibenarkan di stadium dan bukannya di lokasi-lokasi yang dijanjikan.

"PDRM memegang jaminan pihak penganjur dalam pertemuan dengan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar baru-baru ini bahawa perhimpunan itu akan dijadikan perhimpunan paling aman dalam sejarah selari dengan semangat Akta Perhimpunan Aman (APA) sedia ada," katanya dalam kenyataan di sini.

Bersandarkan kepada jaminan itu, beliau meminta pihak penganjur himpunan supaya lebih bertanggungjawab dan mengotakan apa yang dijanjikan.

"Polis sama sekali tidak membenarkan sebarang bantahan jalanan dan pembabitan kanak-kanak dalam perhimpunan," katanya.

Mohmad berkata polis akan bertindak profesional tanpa menyebelahi mana-mana pihak dalam melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan tiada sebarang perkara tidak diingini berlaku sebelum, ketika dan selepas perhimpunan tersebut.

"Tanggungjawab polis adalah untuk memastikan keamanan dan keselamatan sentiasa terpelihara, bukan sahaja ke atas peserta malah ke atas orang awam yang tidak terlibat dengan perhimpunan tersebut.

"Adalah penting untuk memastikan perhimpunan ini tidak mengancam keselamatan awam dan menjejaskan urusan perniagaan serta urusan seharian rakyat," katanya.

Penganjur himpunan itu memberi jaminan tiada kekecohan akan berlaku semasa perhimpunan itu kelak.

Pengerusinya Mohamad Sabu berkata, pihaknya telah bermesyuarat dengan Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad dan beliau telah memberi jaminan untuk mematuhi Seksyen 15(1)Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Penganjur dan peserta tidak dibenarkan melakukan sebarang perbuatan atau memaparkan pernyataan yang menimbulkan perasaan tidak puas hati atau mengancam ketenteraman orang awam," katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan Zainuddin di sini.

Beliau memberi jaminan hanya 30,000 peserta sahaja dibenarkan masuk ke dalam stadium itu seperti ditetapkan pihak pengurusan stadium itu.

"Peserta dibenarkan membawa sepanduk dan kain rentang tetapi dengan syarat tidak menggunakan kata-kata yang boleh menimbulkan unsur keganasan," katanya.

Zainuddin pula berkata, PDRM akan sentiasa memantau keadaan demi keselamatan orang awam sepanjang himpunan itu. - Bernama

Kata himpunan 1 Juta, buat la kat Stadium Besar. Stadium Merdeka cuma boleh tampung 30k saja pun. Atau puak ni takut, kalau stadium kosong nanti. ha ha ha.. jenis suka cakap besar, mana berani buat!!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

berikanla kandang yg selesa buat lembu2,berok2 & monyet2 bahlol al bengap berkumpul...kikiki