Khamis, 10 Januari 2013

PANASS!! Kaum Cina Kedah Pertikaikan Belanjawan BANKRUPkan Kedah!!

contoh projek gagal

 Setelah Pas membentangkan belanjawan mem'BANKRUP'kan Kedah. Perkara tersebut membuatkan rakyat Kedah yang mengambil berat mengenai pentadbiran negeri, menjadi marah dengan Pas Kedah.

Mari kita dengar kritikan dari Dr Lee Yeng Wang, yang mewakili masyarakat Cina Sungai Petani terhadap Belanjawan 2013 Negeri Kedah yang dilihat belanjawan yang cukup teruk sekali.


Dalam belanjawan Kedah 2013 yang di bentangkan Azizan Razak, Menteri Besar Kedah di dalam sidang Dun baru-baru ini, Kerajaan Negeri akan memperuntukan sebanyak RM 1.1 Billon untuk belanjawan mentadbir Kedah.

Di dalam belanjawan RM 1.1 Billon, Azizan Razak membentangkan pendapatan Kerajaan Negeri pada 2013 di anggarkan sebanyak RM 640 Juta iaitu penambahan 105.6 juta dari jumlah pendapatan pada 2012 yang berjumlah RM 550 Juta.

Sekiranya peruntukan RM 1.1 Billion, pendapatan pulak RM 640 juta. sudah nyata Kerajaan Negeri akan mengalami defisit RM 470 juta yang tidak tahu dari mana akan Kerajaan Negeri mencari sumber untuk menampungnya.

Apakah Kerajaan Negeri Kedah akan buat MAGIC untuk menampung semua itu? Atau pembohongan demi pembohongan akan dilakukan bagi menkaburkan mata rakyat Kedah.

Mungkin juga Pas akan membawa TABUNG MILOnya itu pusing Kedah mengutip derma bagi membayar defesit Kerajaan Negeri.

Apa lagi agaknya Pas nak kencing lagi lepas ni. Kedah dah nak bankrup oii.. dok menipu apa lagi!!


McTheory:

Depa punya menipu, nanti kita makan pasir laa..

Tiada ulasan: