Khamis, 31 Januari 2013

PANASS!! Komen Ayahanda Tun Dr Mahathir Mengenai Pemecatan Nasharuddin Mat Isa!


Di bawah adalah komen Tun Dr Mahathir tentang pemecatan Nasharuddin Mat Isa :
PAS sewajarnya memandang positif terhadap penyertaan bekas Timbalan Presiden Parti itu, Nasharudin Mat Isa yang menyertai delegasi ke Gaza sebagai model perpaduan serta membangkitkan semangat kerjasama di antara Hamas dan Fatah. 
Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tindakan Nasharudin membuktikan sikap toleransi salah seorang Pemimpin Pembangkang yang mempunyai ruang jalinan persefahaman bersama Kerajaan Pusat dari sudut keamanan sejagat.
"Sebaliknya PAS tak suka lihat ada orang PAS bekerjasama dengan BN (Barisan Nasional) untuk jadi contoh dua pihak (Fatah dan Hamas)...kalau kita sendiri tak boleh berdamai macam mana kita nak suruh orang berdamai," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku 'Malaysia-Thailand Joint Authority (MTJA)-Strength In Collaboration' di sini, semalam. 
Akan tetapi, Dr. Mahathir tidak menyekat malah tidak campurtangan terhadap sebarang tindakan PAS bagi menukar platform perjuangannya. 
Nasharudin telah dilucutkan jawatan sebagai Anggota Majlis Syura Ulama' PAS Pusat kerana didapati melanggar peraturan berjamaah seperti ditetapkan. 
Keputusan yang berkuatkuasa pada 13 Januari lepas menerusi mesyuarat Badan tersebut telah dipengerusikan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. - KLPos
Anda baca juga artikel yang tidak mungkin akan disiarkan dalam lidah rasmi pembangkang : KLIK SINI

Seperti yang kita tahu, isu Nasharuddin Mat Isa ini pernah hangat apabila beliau menggesa PAS mempertimbang semula kerjasama dalam Pakatan Rakyat berikutan pendirian Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dalam isu hudud.

Tetapi Dr Haron Din pernah berkata,
"Pemecatan ahli ini bukan kerja Syura (Majlis Ulama Syura). 
Kita ada sistem dalam parti kita. Kita ada Lajnah Displin dan ia sepatutnya dibincangkan di peringkat itu jika ada berlaku kesalahan" seterusnya
 McTheory:
 Pas ni bukan perjuang Islam, tapi lebih pelingkup Islam

3 ulasan:

Pemikir berkata...

setuju dengan Tun M

Tanpa Nama berkata...

Pengkhianat!!!!

hock thai berkata...

Let the living be prudent to choose, but avoid dirty politics.