Rabu, 9 Januari 2013

PANASS!! Pas Lancar Satu Lagi Projek Membodohkan Kaum Cina di Kedah!! #TukarKedah

Dr Lee


Azizan Razak, Menteri Besar Kedah dalam kenyataannya akan membangunkan tanah hutan menerusi kaedah usahasama antara syarikat milik kerajaan negeri ( GLC ) dengan persatuan-persatuan Sekolah Agama, Cina dan India.

Di sebalik tawaran berkenaan, masyarakat Cina Kedah melihat ianya merupakan satu tawaran yang mempunyai niat jahat untuk mempergunakan sekolah-sekolah cina sebagai alat perlindung bagi menjalankan aktiviti pembalakan di atas tanah yang hendak di berikan kepada persatuan sekolah Cina.

Setelah balak di ambil Kerajaan Negeri, tanah berkenaan di beri kepada persatuan sekolah Cina dengan bersyarat, hanya pertanian sahaja yang boleh di bangunkan persatuan berkenaan di atas tanah tersebut untuk mendapat sumber kewangan kepada sekolah-sekolah Cina.

Di sebalik pertanian yang perlu di bangunkan persatuan yang mendapat tanah kosong dari Kerajaan Negeri, persatuan perlu mengeluarkan kos sendiri untuk membangunkan pertanian di tanah yang di beri dengan kerjasama yang perlu di lakukan dengan syarikat kerajaan negeri (GLC) dan keuntungan dari hasil pertanian akan di bahagi kepada 45% keuntungan kepada persatuan, 55% keuntungan kepada syarikat kerajaan negeri (GLC).

Bagi masyarakat Cina sekiranya kerajaan negeri ikhlas mahu membantu sekolah-sekolah Cina, mengapa perlu meminta persatuan untuk melabur membangunkan tanah yang kosong sedangkan untung rugi pelaburan yang di lakukan belum tentu.

Masyarakat Cina Kedah melihat tindakan tawaran yang diberikan kerajaan negeri hanya untuk mendapatkan balak di tanah yang hendak berkenaan. - Media Kedah

Aiyooo... satu lagi projek TIBAI balak haram yang dihalalkan oleh Pas Kedah. Banyak betui projek macam ni Pas buat. Depa baik la konon, bukak tanah, tapi hakikat sebenarnya, depa dok terliuq tengok balak atas tanah tu.

Dah habis rembat balak, depa berlakon baik, kononnya nak bagi tanah untuk persatuan dan sekolah cina. Nampak sangat semua ini ada udang disebalik batu. Wahai Pas Kedah, berapa banyak balak lagi yang hangpa nak TIBAI? Tak cukup-cukup lagikah balak yang hangpa rembat selama ni?


Kalau balak habis, pokok moktan dengan temucut pun depa nak sapu kot? he he he..

McTheory:
Satu lagi projek TIBAI Balak Pas Kedah!

Tiada ulasan: