Sabtu, 2 Februari 2013

EKSKLUSIF!! Demi UMNO MENANG Jangan Sabotaj Parti!! - Tun Dr Mahathir @NajibRazak #TukarKedah


Sungai Petani - Dalam sidang media di Majlis Himpunan Rakyat Parlimen Merbok bersama Tun Dr Mahathir Mohamad yang di adakan di dewan Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDN ) Sungai Petani, beliau meminta penyokong BN agar tidak menyokong individu yang cuba sabotaj calon yang telah di pilih Presiden parti, YAB DS Najib Razak.

Selain dari itu Tun Dr Mahathir juga mengesa agar penyokong BN jangan menyokong BN hanya kerana individu tertentu, sebaliknya menyokong BN kerana parti dan kerana perjuangan Agama, Bangsa dan Tanah Air

Apabila di tanya pemberita tentang pandangan Tun Dr Mahathir berkenaan persiapan Barisan Nasional menghadapi PRU 13, beliau berkata.

"Pimpinan parti kini di lihat giat berkerja, Dato Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin begitu rajin membuat lawatan untuk berjumpa dengan rakyat sehingga rakyat memberi sokongan baik, parti-parti komponen BN di lihat lebih aktif untuk menghadapi PRU 13" katanya.

Bagi pengundi BN yang merajuk pada PRU 12 yang lalu, beliau yakin akan berpatah balik untuk menyokong BN pada PRU 13 yang bakal tiba tidak lama lagi.

Dalam sidang media tersebut, Tun Dr Mahathir juga menyatakan, beliau melihat BN di Kedah boleh mengambil alih kembali kuasa pentadbiran Kerajaan Negeri daripada Pakatan Rakyat kerana masalah BN ketika menghadapi PRU 12 yang lalu sudah dapat BN Kedah atasi. - Media Kedah

Tiada ulasan: