Sabtu, 2 Februari 2013

PANASS!! Azmil Mustapha TOLAK Sertai Ustaz UMNO?



Mc masih ingat Azmil Mustapha ni pernah diKRITIK teruk akibat mengutuk kerajaan dan UMNO secara terang-terangan dalam kuliahnya di masjid.

Namun selepas itu, beliau terus menyepikan diri dan menjauhkan diri dari politik. Sedangkan sebelum itu, beliau asyik bersama dengan Pas berceramah mengutuk kerajaan.

Mungkin disebabkan beliau mahu kelihatan neutral Azmil menolak untuk menyertai parti politik.

Pelakon filem Ali Setan, Azmil Mustapha mendakwa pernah beberapa kali dipelawa menyertai parti politik oleh UMNO dan Pas semenjak penghijrahannya dari dunia seni ke bidang dakwah.

Beliau yang kini merupakan penceramah bebas bagaimanapun menolak tawaran tersebut secara baik kerana berpandangan bidang politik bukanlah kepakarannya.

"Ya, selepas penghijrahan saya beberapa tahun lalu saya mengakui memang telah dipelawa menyertai UMNO dan Pas. Namun begitu pelawaan tersebut saya terpaksa tolak kerana medan politik ini bukan bidang saya.

"Biarlah orang lain yang lebih arif dan berminat menyertainya," katanya pada satu sidang akhbar.

Apakah Azmil juga nak makan besar dari kedua-dua belah pihak? Atau beliau benar-benar berdakwah kejalan Allah?

McTheory:
Alhamdullilah jika benar berdakwah..

Tiada ulasan: