Sponsor

Memaparkan catatan dengan label skandal artis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label skandal artis. Papar semua catatan

Selasa, 12 Mac 2013

HOT INFO! Faizal Hussien dan Sofi Jikan Penyokong Pakatan Haram?



Menjelang pilihan raya umum, nampaknya semakin ramai nama artis tanah air yang dikaitkan dengan parti-parti politik. Tidak kiralah sama ada artis-artis tersebut dengan secara rasmi memberitahu 'status' serta sokongan mereka terhadap parti yang dipilih mahupun kemunculan mereka secara kebetulan sekaligus menimbulkan pelbagai spekulasi.

Terbaharu, dua pelakon berkaliber, Faizal Hussien dan Sofi Jikan dikhabarkan kononnya telah menunjukkan sokongan mereka terhadap Parti Pakatan Rakyat.

Dakwaan tersebut timbul apabila gambar kelibat dua selebriti popular ini terpampang di dalam sebuah blog yang menyebut Faizal dan Sofi berada di majlis sambutan lima tahun pemerintahan Pakatan Rakyat (PKR) di Pulau Pinang yang berlangsung pada Sabtu lalu. Malah kehadiran mereka berdua telah menjadi perbualan ramai khususnya para penyokong Anwar Ibrahim.

Bukan Kami Berdua Saja - Sofi Jikan

Bertanyakan sejauh mana dakwaan tersebut, Sofi berkata, beliau mengakui memang berada di Pulau Pinang minggu lalu. Namun kehadirannya di majlis tersebut atas tiket menjayakan Jelajah Festival Filem ke-25 (FFM25) sekaligus meraikan para pemenang yang dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dan Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM).

Menurut pelakon filem Rock Oo ini, beliau diundang oleh pihak FINAS dan FDAM. Penyertaannya bukan saja mahu meraikan kemenangan rakan-rakan artis lain tetapi juga sambil-sambil mempromosikan filem Rock Oo yang kini sedang rancak di tayangkan di pawagam-pawagam.

"Saya pergi atas tiket rombongan jelajah FFM25, jadi saya ambil kesempatan untuk mempromosikan sekali filem Rock Oo. Kalau ikutkan memang saya tak ikut, sebab saya bukan pemenang. Tapi mereka ajak saya sebab lagipun saya berlakon dalam Bunohan dan filem itu menang, jadi saya ikut lah. Kami tak tahu menahu mengenai majlis parti berkenaan. Sealain saya dan Faizal ada ramai lagi artis lain seperti Normah Damanhuri, Aznah Hamid dan Hayati Tasrip.

"Di sana saya bersama band saya, Malaikat Maut, membuat persembahan di hadapan penonton. Saya menyanyikan lagu Batu Dalam Sepatu yang juga dimuatkan dalam filem Rock Oo. Kami hanya buat persembahan. Kami tak tahu menahu tentang acara lain. Kami pun tak ada buat ucapan, kempen atau sebarang tindakan mahupun kenyataan diluar jangkaan. Sebab jelajah ini pun lebih kepada amal dan menghiburkan para peminat.

"Habis saja persembahan kami terus balik ke Kuala Lumpur. Sebelum itu kami juga ada singgah di Mydin dan uptown untuk bertemu peminat. Difahamkan kami sebenarnya berkongsi pentas dengan pihak parti berkenaan. Sebaik saja habis persembahan kami, mereka terus tukar backdrop kepada backdrop sambutan majlis parti tersebut", jelas Sofi Jikan kepada MalaysianDigest.com dengan panjang lebar.

Sofi yang dihubungi diminta mengulas mengenai dakwaan beliau kononnya menyokong PKR kerana kelibatnya terlihat di majlis sambutan khas parti itu.

Tambah aktor yang sinonim dengan watak-watak antagonis ini, secara jujur beliau tidak berpihak terhadap mana-mana parti malah sentiasa terbuka seandai menerima undangan bagi menjayakan sesuatu persembahan daripada mana-mana pihak.

"Siapa yang saya undi, itu rahsia saya. Tapi saya cuba seboleh-bolehya jadi neutral. Sebab tu saya berani juga buat persembahan di lokasi yang sama dengan sambutan majlis parti tersebut.

"Sebelum ni pun saya pernah jayakan malam amal PAS, tahun lalu. Sewaktu tu saya diminta baca puisi, Menuggu Kata Dari Tuhan. Saya juga pernah jayakan majlis amal UMNO sewaktu bulan Ramadhan lalu. Saya anggap itu semua sebagai satu amal dan saya ikhlas. Tapi jangan pula kami dijadikan mangsa. Kami tak dapat keuntungan apa-apa pun. Terpulanglah pada penilaian orang", katanya yang bakal melancarkan klip video single Batu Dalam Kasut, tidak lama lagi.

Faizal Sudah Jangka

Sementara itu, Faizal yang turut dihubungi berkata beliau sudah dapat menjangka yang isu sebegini akan timbul. Pelakon Lelaki Terbaik FFM25 ini juga memberitahu dia hanya mengetahui mengenai majlis yang akan dianjurkan parti itu, sewaktu tiba di lokasi tersebut.

"Saya pergi atas tikeT jelajah FFM25. Sepatutnya Finas nak buat jelajah ni pada 2hb Mac tapi tarikh itu tarikh berlangsungnya anugerah. Jadi mereka tunda kepada 8hb lalu. Pulau Pinang pun memang selalu jadi destinasi percutian saya dan keluarga. Jadi apabila diundang untuk turut serta, saya tak sia-siakan peluang ni. Di samoing saya nak berkongsi kemenangan saya dengan peminat-peminat di sana.

"Kebetulan pula lokasi di Padang Kota Lama itu PKR turut adakan persiapan untuk majlis mereka. Saya difahamkan pihak FDAM dan Finas berbincang dan pihak PKR membenarkan kami untuk berkongsi pentas. Tapi dari dalam bas lagi, kami dah diingatkan agar tidak berfikir kedatangan kami ada kena mengena dengan politik. Kebetulan hari yang kami tiba tu, hari PKR.

"Sepanjang di situ kami melayan para peminat dan masa tu pun backdropnya adalah backdrop jelajah FFM25 bukan backdrop majlis sambutan parti itu. Habis saja acara kami, barulah pihak parti itu membuat persiapan untuk majlis mereka pula", katanya.

Faizal juga berkata, beliau seboleh-bolehnya akan mengelak daripada menghadiri majlis-majlis yang berbaur politik.

"Kalau pun ada undangan majlis-majlis yang berbaur politik, saya akan elak. Lagipun saya sentiasa sibuk di set penggambaran. Tak ada masa nak hadir ke majlis-majlis sebegitu,", ujarnya sekaligus menyangkal dakwaan yang beliau adalah penyokong PKR seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Sabtu, 2 Februari 2013

PANASS!! Azmil Mustapha TOLAK Sertai Ustaz UMNO?



Mc masih ingat Azmil Mustapha ni pernah diKRITIK teruk akibat mengutuk kerajaan dan UMNO secara terang-terangan dalam kuliahnya di masjid.

Namun selepas itu, beliau terus menyepikan diri dan menjauhkan diri dari politik. Sedangkan sebelum itu, beliau asyik bersama dengan Pas berceramah mengutuk kerajaan.

Mungkin disebabkan beliau mahu kelihatan neutral Azmil menolak untuk menyertai parti politik.

Pelakon filem Ali Setan, Azmil Mustapha mendakwa pernah beberapa kali dipelawa menyertai parti politik oleh UMNO dan Pas semenjak penghijrahannya dari dunia seni ke bidang dakwah.

Beliau yang kini merupakan penceramah bebas bagaimanapun menolak tawaran tersebut secara baik kerana berpandangan bidang politik bukanlah kepakarannya.

"Ya, selepas penghijrahan saya beberapa tahun lalu saya mengakui memang telah dipelawa menyertai UMNO dan Pas. Namun begitu pelawaan tersebut saya terpaksa tolak kerana medan politik ini bukan bidang saya.

"Biarlah orang lain yang lebih arif dan berminat menyertainya," katanya pada satu sidang akhbar.

Apakah Azmil juga nak makan besar dari kedua-dua belah pihak? Atau beliau benar-benar berdakwah kejalan Allah?

McTheory:
Alhamdullilah jika benar berdakwah..

PANASS!! Afdlin Shauki Kecewa Dengan UMNO, Join PKR?



Apa ni Afdlin? Tiba-tiba boleh berada di program Pakatan ni? Kalau sebelum ni Afdlin menunjukan imej anti Pakatan, namun tiba-tiba boleh pulak dia join sekali Anwar siap duduk atas stage lagi. Apa motif Afdlin buat begitu? Adakah disebabkan video dibawah?




Sebab video politik tonggong ni Afdlin jadi takut lalu sanggup menghambakan diri ke program Pakatan? Tolong la Afdlin, jangan jual maruah macam tu. Malu la orang tengok! Baca penjelasan Afdlin mengenai video tonggong tersebut.

Terkeluarnya video politik tonggong ni menyebabkan Afdlin Shauki kena hentam teruk! Lalu Afdlin menjawab di dalam FB nya seperti dibawah,



Kalau nak Sambung baca boleh klik Sini

Selepas dihentam teruk, Afdlin bagai kurang dengan UMNO dan membuat kerjanya sendiri, dan tiba-tiba muncul diatas stage bersama Anwar. Apakah Afdlin mahu dilihat neutral?


McTheory:
Orang yang makan kedua belah pihak ni, selalunya lagi teruk kena!

Ahad, 30 Disember 2012

HOT INFO!! Kisah Ahli Kumpulan Ruffage yang merogol Anak Tirinya!!

Siapa di antara mereka ini perogol?

Pertama sekali kami tidak akan memberitahu siapa suspek yang dikatakan, kerana suspek itu tidak boleh dinamakan bagi melindungi kanak-kanak mangsa rogol yang mengadu.

Bulan lepas kita mendapat berita tentang seorang anggota kumpulan Hip Hop dan R&B yang dilaporkan kepada polis oleh anak tiri beliau yang berusia 14 tahun telah merogolnya sejak berusia tujuh tahun pada pukul 11 malam, Februari 2012.

Suspek yang berusia 37 tahun yang dikatakan juga pernah berlakon dalam sebuah filem, telah ditangkap di rumahnya di Gombak Jaya, Kuala Lumpur pada pukul dua pagi hari berikutnya.

Sehubungan itu ramai pihak yang telah membuat spekulasi siapa suspek tersebut. Mangsa dikatakan membuat laporan kerana sudah tidak tahan dijadikan hamba seks oleh bapa tirinya, di samping bimbangkan keselamatan adik perempuannya yang lain.
Tengah hari semalam, ibu kepada mangsa rogol itu telah muncul dalam rancangan sensasi Melodi terbitan TV3, melalui segmen Panas, menerangkan keadaan bagi pihaknya.

Ibu mangsa yang tidak dapat mengawal kesedihan semasa diwawancara oleh Dalili Michelle, mendakwa dia tidak tahu yang anaknya itu dirogol walaupun dia sering bertanya kepada anaknya. Memetik kata beliau melalui rancangan Melodi, anaknya itu sebelum ini memberikan alasan disepak kawan atau terjatuh tangga apabila ditanya mengenai lebam-lebam di bahagian badannya dan anaknya itu juga sering mengenakan berlapis-lapis pakaian.

Oleh sebab itu dia amat terkejut apabila dihubungi polis, dan diberitahu yang anaknya itu telah melaporkan yang dia telah dirogol oleh bapa tirinya sejak berusia tujuh tahun, dengan kejadian terakhir berlaku pada 9 Februari.

Beliau berkata pada waktu dia dipanggil polis, dia sedang bekerja. Setelah sampai ke balai polis, dia melalui beberapa prosedur dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan rogol lama dan baru pada anaknya. Beliau bertanya kepada anaknya kenapa tidak beritahu semasa ditanya sebelum ini, anak itu menjawab yang dia tahu ibunya syak sesuatu, tetapi dia tidak memberitahu kerana tidak mahu ibunya kecewa,
disebabkan suspek ialah suaminya.

[Klik Sini: Video Suspek Rogol Anak Tiri]

Ketika ditanya sama ada dia percaya tuduhan terhadap suaminya oleh polis, dia dipetik sebagai berkata: “Ketika ditanya oleh polis, saya tidak percaya, kerana suami saya nampak sangat alim. Sehingga empat doktor memeriksa anak saya dan memberikan kaunseling, dan terdapat bukti, barulah saya percaya yang suami saya telah merogol anak saya,”.

Dia turut memberitahu yang anaknya telah menulis deskripsi bagaimana dia dirogol dengan kasar, dan apa yang menyedihkan ialah ibu mangsa berkata dia berasa kasihan pada anaknya kerana boleh membayangkan perlakuan tersebut—dia juga diperlakukan sama oleh suaminya.

Turut menambah, kesan terhadap pendedahan tersebut, dia merasa malu ke mana pun dia pergi. Dia menceritakan telah pergi ke sekolah untuk memohon cuti buat anaknya, tetapi semua orang tahu tentang kes tersebut.

“Tuhan saja yang tahu, hancur hati seorang ibu. Tak tahu hendak cakap bagaimana,” katanya lagi.

Tidak cukup dengan itu, ketika dia pulang dari balai polis untuk membantu kes anaknya, barang-barang milik dia dan anak-anak telah dibalut dalam plastik sampah dan diletakkan dalam beg pakaian, sebelum dicampakkan di luar rumah oleh individu-individu yang tidak dinamakan, yang tidak mempercayai anak itu dirogol.

Menurutnya, dia memohon agar masa berpusing kembali supaya apa yang telah terjadi tidak berlaku.Dia turut berkata dia berbangga anaknya memberitahu tentang perkara ini sekarang.

Suspek itu kini bebas dengan ikat jamin, tetapi ibu mangsa mendakwa dia tidak dibenarkan menghampiri dia dan anak-anak atas arahan pihak polis.

Buat masa ini, dia sedang menunggu keputusan ujian sampel darah yang boleh mengesan perogol anaknya di samping menyara kehidupan anak-anaknya.

Dia memberitahu dia muncul di Melodi untuk meminta pengertian masyarakat yang mengkritiknya seolah-olah dia ibu yang tidak bertanggungjawab. Menurutnya suaminya tidak pernah memberi nafkah, jadi dia perlu keluar mencari rezeki untuk mencukupkan keperluan anak-anaknya.

Ibu mangsa turut menceritakan yang sebelum ini, semasa anaknya masih kecil, anaknya sering diugut oleh suspek yang dia akan memukulnya sehingga wajahnya tidak dikenali oleh ibunya sendiri sekiranya memberitahu perlakuannya pada sesiapa. Apabila suspek sudah remaja, dia berkata pula dia akan menyasarkan adik mangsa sekiranya mangsa enggan menuruti kehendaknya.

Akhir sekali, dia meminta sesuatu dari masyarakat:-

“Tolonglah, apabila sudah tahu anak saya dirogol, terutamanya cikgu-cikgu yang memberikan senyuman sinis seolah-olah bertanya apa yang saya lakukan sebagai seorang ibu, tolonglah berhenti. Saya pun tidak tahu perkara ini hendak terjadi, tolonglah jangan berikan saya ‘pandangan itu’,”.- MyMahasiswa

Jumaat, 28 Disember 2012

TUDIAA!! Bila Johan Bergaduh Dengan Azwan Ali si Bapok Tua!!


Jika anda sempat menonton program lawak terbitan Astro, Maharaja Lawak Mega 2012 pada Minggu 6 yang lalu, pasti anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan giliran kumpulan Jozan membuat persembahan. Pada ketika itu, Jozan yang dianggoti oleh Johan dan Zizan telah membuat persembahan bertemakan rancangan TV iaitu 'Propaganjil' (Propaganza).

Pada babak itu, Johan turut melakonkan watak Azwan Ali dengan menggelarkan dirinya Azwan Awie Ali (Triple A).

Padah kerana melakonkan watak itu, Johan telah diserang oleh empunya nama melalui panggilan telefon di konti radio ERA.FM. Pada perbualan itu, Azwan Ali mengatakan akan mengambil tindakan saman terhadap Johan yang juga turut memegang watak 'Mak Jemah' pada JoHaRa Pagi ERA itu.

Tetapi jangan risau, perbualan telefon itu hanyalah gurauan semata-mata antara kedua belah pihak. Jika tidak percaya, anda boleh dengar sendiri audio sound yang disediakan di bawah. tq mychannels




sumber Jawaber6

McTheory:
Layan cerita artis sat no.. sebab malam ni kita bongkar satu cerita best punya!! Jangan lupa tunggu kat blog pukul 8.40 mlm ni..

Rabu, 26 Disember 2012

GEMPAR!! Arash Mohd SOUND Azwan Ali Bapok Tua?


Berikutan dengan rancangan berkenaan berita dan gosip artis terbaru iaitu Propaganza, seorang artis senior Arash Mohd (gambar) telah meluahkan perasaan tidak puas hati di laman sosial facebook. Beliau mengatakan bahawa rancangan itu adalah rancangan 'sampah' dan memalukan.

Arash Mohd mengamuk Di FB Lihat Azwan Ali Di Propaganza? Screenshot yang diambil salah seorang forumer forum cari ini adalah kenyataan Arash berkenaan ketidak puas hati beliau terhadap rancangan Propaganza dan Azwan Ali yang kelihatan sangat menjengkelkan.





Sumber asal Mc ambil kat SINI

Kat sini Mc tertarik dengan kata-kata Arash kepada Azwan Ali, tapi bab masalah dengan seniman, Mc minta sahabat Zed Zaidi selesaikan dengan Arash. Mc percaya Zed ada jalan penyelesaian yang bijak untuk selesaikan semua ini.

P/s: Azwan Ali bapok tua.. memang geli tengok dia..boleh muntah!

McTheory:
Jenis pelik-pelik ni memang taktau malu, biasa la puak cai Pakatan.

Jumaat, 7 September 2012

PANASS!! Gambar Skandal Terbaru Azmin Ali??


Ehh.. gambar siapa ni? Macam kenal.. oo.. Abby, ingatkan skandal terbaru Azmin. Pelik la pulak, sejak bila Azmin suka berskandal dengan perempuan ni, rasanya dia layan laki lebih dari perempuan heh..

Tapi tengok muka keduanya macam nak mengatal saja pun. heh.. tengok muka Azmin lagi la tak boleh bla.. kontrol hensem sampai hidung kembang.. ha ha..

Bagus juga Abby baik dengan Azmin, suruh dia sekolahkan sikit si Azmin ni.. balik rumah minta ampun kat mak dia tu.. hehe..


McTheory:
Hmm.. rapat semacam saja pun..

Khamis, 21 Jun 2012

PANASS SEHH!! Gadis Terbaru Skandal Apex Khairul Fahmi!!

Luniey dan Apex



Beberapa bulan lalu, kecoh satu Malaysia apabila Apex dikatakan bercinta dengan seorang model dan ahli perniagaan Leuniey atau nama sebenar Nur Eilunie Natasha Nazri.

Namun kedua duanya menafikan sebarang hubungan cinta antara mereka berdua & menegaskan antara mereka hanya hubungan professional. Apakah status hubungan mereka kini?

Gambar di atas merupakan paparan terakhir avatar Apex di akaun Blackberry Messenger & kenyataan terakhir penjaga gol kebangsaan yang beliau kini single seakan tidak syak lagi.

Beberapa orang peminat Apex ada memberitahu yang kedua dua selebriti ini semakin berani menunjukkan kemesraan melalui sosial media termasuk menunjukkan cincin tanda cinta...

Jikalau itu girlfriend Apex.. siapa pula gambar perempuan dibawah ni? Perempuan yang sama ke, atau yang lain?


P/s: Apex ni bukan saja player bola.. tapi players lain juga. he he..

Selasa, 8 Mei 2012

GEMPAR!! Isteri Artis Mengandung Anak Haram!!



Pengacara Jimmy Shanley memberitahu Mahkamah Rendah Syariah hari ini bahawa isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy mengaku mengandung anak luar nikah dan mengugut mahu menggugurkannya jika kandungan itu benar anak Jimmy.

Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Shah Saleh, 31, berkata, Nursuhaila membuat pengakuan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada petang 24 Januari 2011 selepas dia menegur isterinya itu, yang didapati masih berjudi.

Jimmy memberi keterangan dalam perbicaraan tuntutan nusyuz dan kembali taat yang difailkan terhadap Nursuhaila pada 3 dan 27 Januari tahun lalu.

Menjawab soalan peguam syarie Mohd Noor Aizan Mohd Idrus, Jimmy berkata, pengakuan Nursuhaila itu adalah salah satu sebab mengapa dia mendakwa isterinya nusyuz.

"SMS isteri berbunyi; Kalau I mengandung pun confirm anak you ke? Ni Mr Jimmy, I dah buanglah anak you tu kalau I mengandung.

"Saya balas SMS dan bertanya anak siapa awak mengandung? Dia jawab; Anak haram. Mampus pi lah anak siapapun. Ada aku kisah," kata Jimmy yang membacakan SMS Nursuhaila di hadapan Hakim Syarie, Saharusin Selamat.

Jimmy antara lain memberitahu sudah banyak kali memberikan nasihat kepada Nursuhaila berhubung perkahwinan mereka.

Malah katanya, Nursuhaila pernah bertindak keluar rumah dan hilang selama 16 hari sebagai protes dengan teguran bapa sendiri mengenai rumah tangga mereka.

Dia juga memberitahu ada menghantar SMS merayu isterinya berubah dan meminta ampun kepada ibu bapa.

Pada prosiding hari ini, Jimmy mengemukakan lima alasan utama kenapa dia mendakwa isterinya nusyuz.

Menurutnya, Nursuhaila mungkir janji sebelum bernikah iaitu berjudi semula; menghilangkan diri selama 16 hari; bercuti di China tanpa izinnya; mendakwa anak yang dikandungkannya sebagai luar nikah dan mengugut mahu menggugurkan kandungan jika mengandungkan anaknya.

Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh dengan hantaran sebanyak RM31,186 bersempena dengan tarikh lahir Nursuhaila yang jatuh pada 31 Januari 1986.


McTheory:
Kenyataan membunuh diri tu... gilass..

Selasa, 24 April 2012

PANASS!! Jawapan Pada Skandal Shafie Apdal dan Zahida Rafik!!


Setelah di serang bertalu-talu oleh penulis blog pencacai Pakatan dan juga media. Akhirnya Shafie Apdal bertindak bijak dengan membuat penafian. Sepatutnya Shafie boleh lebih awal menafikan perkara ini. Dalam tempoh kecemasan sebelum menghadapi PRU ke 13. Reputasi beliau sebagai menteri itu lebih penting untuk dijaga.