Rabu, 20 Februari 2013

PANASS!! Apakah Ini Muka-Muka Calon Ulama UMNO?

Ulama Muda UMNO

Apakah muka-muka ini bakal menjadi calon PRU ke 13 UMNO?

Heboh diperkatakan, UMNO akan meletakan lebih banyak calon Ulama bertanding dalam PRU kali ini. Walaupun begitu, perkara paling penting ialah calon itu dipilih oleh rakyat. Kalau rakyat tak suka, nescaya pimpinan parti tidak akan terima calon tersebut.

"Macam-macam calon akan ada nanti, tetapi seperti yang telah disebut oleh presiden, calon ini mestilah merupakan calon yang dikehendaki oleh rakyat dan bukannya seperti yang dikehendaki oleh pihak lain.

"Bukan calon yang Umno mahu, bukan calon yang presiden ataupun yang Barisan Nasional (BN) mahukan, sebaliknya calon yang dikehendaki oleh rakyat. Calon ini nanti adalah calon rakyat mahu jadi wakil rakyat mereka," katanya kepada media.

Mengulas perkara sama, Tengku Adnan berkata, "tidak kiralah, imam ke, ulama ke, orang muda ke, orang tua ke, selagi rakyat mahu calon sebegitu, maka semua kategori calon adalah berpeluang menjadi calon Umno nanti," katanya lagi.


Sebut mengenai calon Ulama, dengar kata Pakatan pun sibuk memancing Mufti dan Bekas Mufti untuk bersama mereka.

Mc berminat untuk mengulas mengenai Mufti Perlis Dr Juanda menjadi calon Pakatan pada PRU nanti. Untuk pengetahuan pembaca, minggu lepas Dr Juanda baru berceramah diatas pentas UMNO di Kuala Langat.

Rasa-rasanya, apakah mungkin beliau menjadi calon pihak Pakatan haram? Fikir-fikirkahlah sendiri..


McTheory:
Kalau Dr. Asri, rasanya confirm kot.. hehe

6 ulasan:

Unknown berkata...

dulu saya amat mengkagumi maza. tp dia xtetap pendirian. satu wacana dikelantan bersama ufbm redhuan tee dan wakil pas dr zul. maza cuba kias bahawa kerajaan zalim dlm soal royalti minyak. maza bercakap seolah olah dia arif soal royalti ni. kalimah allah pun begitu. xtetap pendirian buat saya tawar hati kat ceramah2 dia. xtau apa yg dia nak

Xpas berkata...

Hope to be true ! Can place them in MOE, MOD, KDN, not only in JAKIM !

Xpas berkata...

maza toksah layan !

Tanpa Nama berkata...

Dulu saya pun banyak menghadiri ceramah Dr Asri, membeli DVD dan buku-bukunya. Dari segi menimba ilmu tentang agama Islam daripadanya, saya rasa tak ada masalah tetapi dari segi pegangan politiknya, memang tak boleh pakai sebab dia memang lebih berpihak kepada parti pembangkang.

Jim mim nun dal ro sin nga berkata...

Semua calon kat atas itu proksi Muhammmad bin Abdul Wahhab An Najdi.....

....Kerajaan Arab Saudi yg suka bukan rakyat Malaysia!

Klu tk caya bole rujuk Utsman El Muhammadi, felo kat Jakim.

Tanpa Nama berkata...

MAZA totally out. Dia tu kepala biawak.. mana yg dia rasa boleh tumpang naik dia akan kutuk lawannya. Frankly speaking dia tu WAHABIYAH pekat.

Apapun UFB masih lagi acceptable fahamannya.. harap2 jgnlah UMNO benarkan WAHABIYYAH jd dominan dlm UMNO sehingga berubah fahaman. Nk buat macam mana, ostad2 yg bermazhab ni keras hati, taksub pd PAS.. utk maslahat skrg kena raikanlah ILMUAN wpun ada unsur WAHABI.. tp PLESE SAY NO dn JGN BENARKAN MAZA BIAWAK tu join UMNO!

Dia tu pemecah belah dan talam dua muka!! MUNAFIK