Sabtu, 9 Februari 2013

PANASS!! Berapa Ramai Ahli Pas yang telah jatuh SYIRIK? #KalimahAllah - Haron Din


Sekali lagi Timbalan Mursyridul Am Pas, Datuk Haron Din membuat penegasan mengenai isu kalimah Allah.

Bukan Islam di Malaysia tidak dibenarkan sama sekali untuk menggunakan kalimah Allah, demikian penegasan untuk kali kedua Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din.

"Saya selama-lamanya akan pertahankan kalimah Allah...tak akan reda sama sekali kalimah itu diletak (menggantikan 'God' dalam Bible versi bahasa Melayu).

"Boleh jatuh syirik dan (sesungguhnya) Allah tak ampunkan dosa orang yang lakukan syirik," kata beliau lagi.

Kalau begitu, berapa ramai ahli Pas yang telah jatuh syirik kerana menyokong agama lain menguna kalimah Allah. Termasuklah Mat Sabu dan Khalid Samad!

Untuk rekod isu kalimah Allah dicetuskan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam perutusan Krismas tahun lalu apabila beliau mendesak kerajaan pusat membenarkan kalimah itu digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.

Keputusan Guan Eng ini pada mulanya disokong oleh Presiden PAS Datuk Seri Hadi Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am parti itu Datuk Nik Aziz Nik Mat namun selepas bermesyuarat pada 14 Januari lalu, Majlis Syura Ulama PAS telah menolak keputusan tersebut.

Keadaan ini menambahkan kerumitan kepada DAP apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh menegaskan kepimpinan tertinggi DAP tidak pernah bersetuju dan menerima keputusan Majlis Syura PAS berhubung larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Malah pemimpin veteran DAP itu turut menyanggah Majlis Syura yang tidak sepatutnya berpegang kepada keputusan kalimah Allah hanya untuk orang Islam kerana ia bercanggah dengan hasil mesyuarat Majlis Presiden pakatan pembangkang yang terdiri daripada DAP, PAS dan PKR.

Sebenarnya, semua orang sedang tertunggu jawapan dari Anwar. Apakah dia akan menyokong atau membantah. Sesungguhnya Anwar masih lagi berdiam diri dan tak berani menyatakan pendiriannya.

Nak di sokong, habis la undi cina, nak dibantah, undi melayu pula hilang. Jadi?? Baik diam-diam saja. hehe


McTheory:
Kalau Anwar sokong, tentu Haron Din pula akan meninggalkan Pas!!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bukan pas dah confirm surga ke ustaz? tipulah ustaz ni X)

Tanpa Nama berkata...

Apa besar sangat ke PASsampai semua ahlinya masuj surga...sabu. ..nik ajis...hadi...dn sesetengah pemimpon pas tak boleh pakai....

Tanpa Nama berkata...

PAS parti politik,Syurga dan neraka bukan boleh dibena oleh PAS jika mereka membentuk kerajaan!
Ikutlah ajaran ALLAH dan RASUL yang sebenar.
Ikut PAS entah2 melepas
Ikut PKR lagi tersasar.
Ingat Syurga dan Neraka ni janji ALLAH bukan janji PAS