Rabu, 27 Februari 2013

PANASS!! Oit Mahasewel Nak Berpolitik Boleh Tapi Berhemah la, Jangan Jadi 'Haiwan'!! @Tunfaisal


Mahasewel tu panggilan pada mahasiswa yang berpolitik tak guna otak. Pada mahasiswa yang bijak dan terpelajar, jangan terasa.

Transformasi politik yang dibawa kerajaan, antara lain meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) telah meningkatkan kuasa politik mahasiswa menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kata bekas aktivis mahasiswa, Tun Faisal Ismail Aziz hari ini.

Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar Siri 17: Kuasa Politik Mahasiswa di sini.

Menurutnya, dengan pindaan yang dibuat menggambarkan keterbukaan kerajaan untuk memberi kesamarataan dalam sistem demokrasi kepada rakyat termasuk mahasiswa.

Beliau berkata, mahasiswa pada masa kini bebas untuk berpolitik secara terbuka, sekali gus mendapat peluang untuk menjadi calon pada pilihan raya umum ini.

Namun, Tun Faisal berkata, kebebasan yang diberikan perlu diiringi dengan panduan supaya tidak menimbulkan sebarang perkara tidak diingini.

"... kita bagi ruang untuk mereka bebas berpolitik, tapi perlu ada juga yang menjadi panduannya.

“Kita bagi kepercayaan kepada pelajar, ini menjadi medan terbuka kepada mahasiswa untuk memberi sokongan secara terbuka dan menjadi calon PRU13," katanya.

Pada 19 April tahun lepas, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012, yang membenarkan penuntut universiti terbabit dalam politik dan memegang jawatan dalam persatuan serta pertubuhan di luar kampus.

Mengulas lanjut, Tun Faisal yang juga pengasas media Umno berkata, tranformasi politik membabitkan pindaan Auku tidak menghalang kebebasan berpolitik, tetapi memberi panduan dan mengelakkan sifat partisan di kalangan pengajar serta mahasiswa di institut pengajian tinggi.


Tun Faisal juga berkata, parti politik boleh mengambil kesempatan terhadap mahasiswa untuk menjadikan mereka sebagai tonggak dalam pergerakkan parti pada PRU13.

"... transformasi tak menghalang pelajar berpolitik, tapi kita tak mahu ada budaya partisan dalam kampus termasuk pensyarah dan mahasiswa.

“Keterbukaan atau kebebasan ini juga akan memberi peluang kepada parti politik menjadikan mahasiswa sebagai tonggak utama mereka pada pilihan raya kali ini," katanya.

Selain Tun Faisal, barisan panel terdiri daripada Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia, Muammar Ghadafi; Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad; penganalisis politik, Prof Dr Azmi Hassan dan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam (Gamis), Azan Safar.

Bagi pendapat Mc senang saja, mahasiswa nak berpolitik boleh, tetapi haruslah berpolitik cara baik. Bukannya politik kotor yang menyesatkan.

Contohnya seperti Adam Adli yang panjat pagar UPSI, baring dan demo tengah jalan, masuk PWTC turunkan bendera PM, ada mahasiswa yang londeh seluar tunjuk punggung, apakah itu berhemah? Perkara macam tu yang perlu kita kawal.

Kalau setakat nak masuk PKR atau PAS, nak demo cara aman dan mengikut undang-undang. Rasanya takdak masalah kot. Contohnya macam HKR tempohari, berapa ramai mahasewel yang berhimpun, ada kena undang-undang ke?

Itu maksud Tun Faisal, pada pencacai yang lembab, sila faham ok.

Lagi satu, pesanan pada Sinar Harian, lain kali nak buat wacana, pastikan Moderator tu jangan yang berat sebelah. Patutnya dia tenangkan keadaan, tapi dia pula yang lebih-lebih. Selamat kasut tak terbang ke kepala dia semalam! heh..


McTheory:
Nik Nazmi rilek, moderator yang mengelabah bewak!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mahasewel pun ramai haiwan yg tk mpunyai otak. mcm nik aziz jga.