Rabu, 27 Februari 2013

TUDIAA!! Kisah Sedih Pak Hamid Pondok Usang Penyokong Pakatan Haram?!!

DALAM kita sibuk meneraju ke arus pemodenan dan masa bergerak pantas mengejar kekayaan, kadang kala kita terlupa kepada insan yang masih memerlukan. Rupanya masih ramai lagi insan malang di bumi Malaysia ini yang masih memerlukan keprihatinan insan yang lebih rezekinya.
Bukan hendak mencari salah sesiapa tetapi itulah hakikat yang perlu ditelan saat ini. Sepertinya kita semua lupa tentang nasib golongan tidak berumah ini. Sepertinya kita leka dengan kehidupan dunia penuh politik.
Untuk makluman, dari maklumat yang disampaikan oleh sahabat di Sabak Bernam, individu yang bernama Pak Hamid (kalau tak silap) telah lama menjadikan pondok kecil ini sebagai rumah untuk berteduhnya. Dengan hanya bekerja sebagai pencari barangan terbuang, beliau hidup tanpa meminta belas ihsan orang lain.
Pak Hamid Orang Pakatan

Jangan salah sangka dengan rumah Pak Hamid yang penuh kiri dan kanan digantung bendera pakatan seperti PAS dan PKR. Beliau bukan ahli mana-mana parti politik. Dan beliau lebih mementingkan cara mencari makan dengan cara yang halal dari berpolitik untuk memfitnah dan menipu bangsanya sendiri.
Bendera-bendera tersebut adalah hasil sumbangan pemimpin parti pakatan di situ. Baru-baru ini, pakatan Sabak Bernam ada mengadakan satu himpunan anak muda Sabak Bernam yang bertempat berhampiran rumah Pak Hamid. 

Himpunan tersebut telah meninggalkan sampah sarap yang menjadi sumber rezeki Pak Hamid. Dan bendera-bendera tersebut dikutip sebagai membuat langsir atau dinding untuk rumah nya dari terkena panas dan hujan. Pak Hamid bukan jenis orang partisan. Jangan tuduh Pak Hamid begitu.
Program anjuran pakatan yang diadakan berhampiran rumah Pak Hamid dikatakan mendapat sambutan yang agak meriah dengan kehadiran lebih kurang 200 orang anak muda. Tapi sayang, apabila mereka tidak peka langsung dengan kewujudan rumah usang Pak Hamid.
Tiada bantuan atau sumbangan sedikit pun kepada Pak Hamid. Inikah sikap puak pakatan? Hairan dengan slogan negara berkebajikan namun apabila ada yang susah dihadapan mata langsung tidak dihiraukan.
Mana pemimpin tempatan. Mana Aziz Bari? Mana Badrul Amin? Mana Sallehin Mukhyi? Mana Wahid Rais? *Senyap.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa ada pada pakatan?????? air liur dan klentong tak berhabisan... Dengan duniya punya habuan, negra kebajikan untuk meeka bukan rakyat jelata... Mereka hanya nak jawatan YB bukan untuk berkhidmat tapi untuk mengata kebaikan orang yang mereka sendiri tak mampu buat contohnya brim, krim dan 1m

Tanpa Nama berkata...

kita dah tau dia tak ada masa nak berparti...kita bantu laa