DALAM kita sibuk meneraju ke arus pemodenan dan masa bergerak pantas
mengejar kekayaan, kadang kala kita terlupa kepada insan yang masih
memerlukan. Rupanya masih ramai lagi insan malang di bumi Malaysia ini
yang masih memerlukan keprihatinan insan yang lebih rezekinya.
Bukan hendak mencari salah sesiapa tetapi itulah hakikat yang perlu
ditelan saat ini. Sepertinya kita semua lupa tentang nasib golongan
tidak berumah ini. Sepertinya kita leka dengan kehidupan dunia penuh
politik.
Untuk makluman, dari maklumat yang disampaikan oleh sahabat di Sabak
Bernam, individu yang bernama Pak Hamid (kalau tak silap) telah lama
menjadikan pondok kecil ini sebagai rumah untuk berteduhnya. Dengan
hanya bekerja sebagai pencari barangan terbuang, beliau hidup tanpa
meminta belas ihsan orang lain.
Pak Hamid Orang Pakatan
Jangan salah sangka dengan rumah Pak Hamid yang penuh kiri dan kanan
digantung bendera pakatan seperti PAS dan PKR. Beliau bukan ahli
mana-mana parti politik. Dan beliau lebih mementingkan cara mencari
makan dengan cara yang halal dari berpolitik untuk memfitnah dan menipu
bangsanya sendiri.
Bendera-bendera tersebut adalah hasil sumbangan pemimpin parti pakatan
di situ. Baru-baru ini, pakatan Sabak Bernam ada mengadakan satu
himpunan anak muda Sabak Bernam yang bertempat berhampiran rumah Pak
Hamid.
Himpunan tersebut telah meninggalkan sampah sarap yang menjadi sumber
rezeki Pak Hamid. Dan bendera-bendera tersebut dikutip sebagai membuat
langsir atau dinding untuk rumah nya dari terkena panas dan hujan. Pak
Hamid bukan jenis orang partisan. Jangan tuduh Pak Hamid begitu.
Program anjuran pakatan yang diadakan berhampiran rumah Pak Hamid
dikatakan mendapat sambutan yang agak meriah dengan kehadiran lebih
kurang 200 orang anak muda. Tapi sayang, apabila mereka tidak peka
langsung dengan kewujudan rumah usang Pak Hamid.
Tiada bantuan atau sumbangan sedikit pun kepada Pak Hamid. Inikah sikap
puak pakatan? Hairan dengan slogan negara berkebajikan namun apabila ada
yang susah dihadapan mata langsung tidak dihiraukan.
Mana pemimpin tempatan. Mana Aziz Bari? Mana Badrul Amin? Mana Sallehin Mukhyi? Mana Wahid Rais? *Senyap.
2 ulasan:
Apa ada pada pakatan?????? air liur dan klentong tak berhabisan... Dengan duniya punya habuan, negra kebajikan untuk meeka bukan rakyat jelata... Mereka hanya nak jawatan YB bukan untuk berkhidmat tapi untuk mengata kebaikan orang yang mereka sendiri tak mampu buat contohnya brim, krim dan 1m
kita dah tau dia tak ada masa nak berparti...kita bantu laa
Catat Ulasan