Ahad, 17 Februari 2013

PANASS!! Pas Kedah Dengan Kempen Buta Perut 403 Juta? Apa tu? #TukarKedah


 Ramai juga orang dok tanya Mc, Pas Kedah dok buat kempen apa 403 juta tu? Awat blogger pro UMNO takmau jawab?

Mc kata nak jawab buat apa. Persoalan tu, depa yang buat. Lepas tu depa suruh kami jawab. Macam mana nak jawab, kami bukan kerajaan. Lani depa jadi Kerajaan, apa yang kerajaan dulu buat, mereka kena la tanggung. Sebab itu janji depa masa nak jadi kerajaan Kedah dulu.

Mungkin Pas Kedah lupa masa depa dok janji atas pentas ceramah dulu. Depa nak ambil alih kerajaan negeri untuk buat lebih baik dari UMNO. Tapi apa yang depa dah buat sekarang ni? Baru 5 tahun dah hampir 0.5 billion hutang kerajaan negeri Kedah.

Kerajaan Kedah semasa BN perintah dulu, walaupun berhutang dengan kerajaan pusat namun ekonomi Kedah tak pernah berada sitahap seteruk ini. Rakyat Kedah rasa la juga tempias dari kemajuan ekonomi. Walaupun ada projek yang gagal, itu perkara biasa sebab BN perintah Kedah lebih 50 tahun.

Jika kita buka rekod, BN perintah lebih 50 tahun, Pas perintah 5 tahun. Tapi masalah yang Pas buat, lebih banyak dari BN. Hutang yang Pas buat, kalau kita darabkan dengan 0.5 billion dengan 50 tahun, mau terjual seluruh tanah kat negeri Kedah ni. Azizan tebang balak seluruh Kedah hatta pokok ceremai, durian, rambutan, cempedak, pelam dan lain-lain pokok pun, termasuk pokok temucut pun tak boleh settle lagi hutang.

Dosa BN menjadi kerajaan, rakyat dah balas pada PRU ke 12. Siapa sangka BN akan kalah di Kedah? Kiranya pada PRU ke 12, penamat Kerajaan BN pada pemerintahan yang terdahulu. Waktu tu pun DS Najib belum naik jadi PM Malaysia.

Sekarang dengan kebijaksanaan DS Najib menjadi pentadbir seluruh Malaysia. Insyallah jika BN menang di Kedah dan BN diberi mandat 2/3 di Malaysia. Nescaya Malaysia akan mencapai target wawasan 2020 untuk menjadi negara maju.

Tapi kalau Pas terus memerintah Kedah, mungkin akan terpinggir dari kemajuan ekonomi pusat, kerana tidak berada diatas satu landasan yang sama.

Pas dulu semasa ceramah, depa suruh kita try depa satu penggal, depa kata boleh buat baik dari BN. Tapi nampak gaya hasil 5 tahun ni gagal teruk. Hampir kesemua projek yang Pas Kedah buat GAGAL! kecuali target untuk robohkan Madrasah Salihiah, tu saja yang PALING BERJAYA setakat ini.

Tak payah Mc nak listkan projek Pas, sebab sebelum ni dah banyak kali Mc dok ulang benda yang sama. Rakyat Kedah pun dah nampak apa yang Pas buat. Depa pun dah test kemampuan Pas. Memang tak boleh buat kerja pun. Pas memang dilahirkan untuk berceramah, jadi biar depa terus berceramah. Jadilah pembangkang balik, sebab Pas bila jadi pembangkang di Kedah. Mereka berada ditahap yang terbaik!

BN tak berapa nak reti jadi pembangkang, sebab tu BN banyak diam dari bercakap. Yang dok bising ni melalui blog dan facebook saja. Boleh kira, berapa sangat pemimpin BN Kedah yang vokal untuk bercakap menentang kerajaan Pas Kedah ni.

Sebab kita tengok, bila Pas jadi Kerajaan Kedah pun, depa sibuk dengan ceramah dari buat kerja. Depa dok hentam Kerajaan BN Kedah yang terdahulu, itu maknanya depa rindu tugas sebagai pembangkang. Patutnya kalau kerajaan Kedah dulu teruk, hangpa dah jadi Kerajaan buat la bagi elok. Bukannya buat lagi teruk!!

Masa percubaan dah tamat, rakyat Kedah pun dah terbuka mata. Depa nampak apa yang Pas buat selama 5 tahun ni. Depa dah nampak apa yang EXCO dan ADUN Pas boleh buat selama 5 tahun. Memang tak buat apa-apa pun. Masalah dulu tak selesai, Pas tambah lagi dengan masalah baru.

Dari Pas terus menjahanamkan negeri, lebih baik beri balik pada BN. Pas hanya pandai bergaduh, dari bergaduh sesama sendiri, bergaduh pula dengan KCS. Itu saja yang rakyat nampak.

Selama 50 tahun BN perintah Kedah, tak pernah lagi la catat sejarah EXCO bergaduh teruk dengan MB, siap plan nak guling MB. Lepas tu, EXCO bergaduh dengan KCS, siap nak suruh Sultan Kedah pecat KCS. he he.. hangpa tengok kat situ pun dah tau, betapa huru-haranya pemerintahan Pas kat Kedah ni.

Oleh itu BN memang tak layak jadi pembangkang, sebab BN memang dilahirkan untuk mentadbir. Pas memang terer jadi pembangkang. Jadi kita bagi Pas jadi pembangkang, bila masing-masing berada ditempat yang betul dan sesuai. Insyallah Kerajaan Kedah yang baru ni akan menjadi lebih hebat dan terancang. Kerana kita mempunyai pemimpin yang pandai mentadbir, dan pembangkang yang memang hebat bab membangkang.

Mc kalau BN menang pun, akan tetap sebagai blogger dan pengkritik tetap Kerajaan Kedah. Kalau UMNO/BN tak betui pun Mc bantai. Itu janji Mc sebagai blogger yang berertika. Bukan kalau Kerajaan salah pun, kita terus jilat bagai nak rak macam blogger Pas Kedah sekarang ni. Benda tu betui-betui taik, kita habaq taik, depa dok kata cekelat, siap jilat tunjuk kat kita kata cekelat, walaupun muka berkerut. Takdak etika langsung!

Sampai sini saja ulasan Mc, Allah dah ciptakan kita sebagai khalifah untuk buat tugas masing-masing dimuka bumi ni. Pas memang dicipta untuk membangkang, jangan angkat depa jadi kerajaan, kesian kat depa, haru biru habis. Bagi balik pada Kedah pada BN, sebab BN memang dicipta untuk jadi pentadbir. Kita bagi pada yang hak. Itu saja yang Mc boleh bagitau. Sekian terima kasih.


McTheory:
Hangpa bagi doktor gigi pi perbaiki kereta. memang jahanam la kereta tu.. cuba bagi pada makenik, tentu kereta tu elok. Itulah maksud sebenarnya.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Betul kita bagi balik Pas jd pembangkang kit Kedah ni. Pas memang layak!

umNgok berkata...

umNgok hebat sangat ka tadbir ni? cam haram ja pun!

Tanpa Nama berkata...

PAS selamatkan lebih dari RM1bllion apabila KUIN dibina hanya dgn kos RM320 juta sahaja. Bajet asal proposal UMNOBN hampir RM2 billion. Kecewa sesangat, projek sebesar itu terlepas

Tanpa Nama berkata...

betui hamPAS pasai bab mencerca memang baguih....kalu gitu jadi pembangkang layak sekali...kata nak buat lebih baik...apa yg lebih baiknya...janji nak selesai masalah...apa masalah yg dah depa selesai....kalu wakaf dlm islam pun boleh jual beli...apa ke namanya...hutan habis kena tebang...selesai masalah ke tu...yg lain2 lagi...tapi yg tak boleh ingat janji nak selesai masalah tu lah....sampai le ni pemegang saham kolam udang kerpan tak dpt belaan...mana janji nak selesai masalah...kalu gitu sah pembohong...dulu percaya pas boleh selesai masalah....rupanya yg dapat hampas...macam ni ke pemimpin islam serba boleh...aku dah tahu le ni serba serbi boleh tu bohong dlm serba serbi...

Azman Abd Samad berkata...

KUIN dibina dgn RM320M apa yg dpt? RM2b apa yg dpt? Mesti ada bandingan!, pendpt saya kampus universiti misti mempunyai persikitaran yg bolih memberi keadaan pembelajaran yg sihat, 'do it first time right' dptkan pandangan akadimia dan professional telah melalui pembangunan sesebuah kampus universiti! Budget is budget, to trim a budget to 1/6 of estimate must be providing 'peanuts' campus! (Komen dibuat setelah saya lalui semasa mengambil bhgn pembangunan UiTM kampus PAlam)

Tanpa Nama berkata...

Mengkritik sng sbb cari salah org saje.bila dh dpt tadbir sndiri bru tau langit tinggi rendah.xckup ngan ilmu agama n pandai ceramah tiap2 mlm

bukh81 berkata...

penyokong PAS tolong tanya ustaz jijan sat, apa dia nak jawab kat sana nnt bila org kampung aku kat Binjul, Baling sana ungkit pasal kezaliman dia yg menyebabkan sistem air masyarakat kampung aku punah trus... dah banyak sangat ka amal dia nak kampoi semua tu nanti... tarif ayaq naik 100%... mmg kedah sejahtera.. sejah tera kena kat depa....