Ahad, 17 Februari 2013
PANASS!! TPM Muhyiddin Yassin Kata MB Kedah Tak Reti Buat Kerja!! #TukarKedah
Kuala Kedah - Dalam ucapan Timbalan Presiden UMNO Malaysia. Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Majlis Pelancaran KOLABORASI 2013 di Kuala Kedah, beliau menganggap PAS gagal menjalankan tanggungjawapnya sebagai pentadbir Kerajaan Negeri setelah di beri mandat oleh rakyat Kedah di Pilihan Raya Umum ke 12 yang lalu.
" Kita nak mengajak rakyat jelata untuk bersama pimpinan kerajaan Barisan Nasional, kerana di peringkat Negeri Kedah yang sekarang ini dipimpin oleh PAS sudah gagal. PAS tidak dapat memikul amanah dan tanggungjawap yang rakyat Kedah telah berikan dalam pilihan raya 2008 yang lalu " katanya.
Selain itu, Muhyiddin Yassin mengatakan " Saya dapat menyaksikan tentang isu permasalahan yang berbangkit di peringkat Negeri Kedah yang tidak langsung tidak dapat diberi perhatian oleh Menteri Besar ataupun wakil-wakil rakyat termasuklah wakil rakyat di Kuala Kedah".
" Kalau ada apa-apa masalah yang berbangkit, kerajaan negeri tak dapat selesaikan" katanya lagi.
Apa yang dapat di lihat, sekiranya Kerajaan Negeri menghadapi isu-isu masalah dengan rakyat, Menteri Besar Kedah akan mengambil sikap tidak mahu bertanggungjawap dan menunding jari kepada Kerajaan Pusat untuk menyelesaikannya.
Sebagai seorang Menteri Besar, Azizan Razak seharusnya dapat menyelesaikan permasalahan yang di hadapi rakyat Negeri Kedah dan bukannya menunding pada pihak lain. - Pisau Kedah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan