Khamis, 28 Februari 2013

TUDIAA!! Buku Jinggay Hanya Setaraf Tisu Lap Punggung! #ManifestoBukanJanji


Malah, tindakan Anwar itu dikatakan tidak profesional dan dianggap bertindak sesuka hatinya. Dah lancar, tapi boleh edit dan tambah. Apa kejadahnya tu? ha ha ha.. bongok Anwar ni.

Bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berkata, tindakan meminda sesuatu dan bertindak sesuka hati tanpa berbincang adalah perkara biasa bagi Anwar.

Katanya, tabiat itu telah menunjukkan Ketua Pembangkang seorang yang angkuh dan sombong kerana tidak membawa perkara tersebut di peringkat jawatankuasa pusat.

"Bagaimana beliau hendak jadi Perdana Menteri sekiranya boleh meminda manifesto sesuka hati hanya setelah diminta berbuat demikian oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau mana-mana individu," katanya ketika dihubungi Utusan Online, hari ini.

Anwar dilaporkan telah meminda manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pakatan pembangkang dengan menambah perkara berkaitan royalti minyak selepas dipersoal oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ketika menghadiri satu majlis di Pasir Puteh petang semalam.

Tambahan perkara itu ditulis beliau menggunakan tulisan tangan dan ditandatangani sambil mendakwa ia terlupa untuk memasukkan perkara tersebut yang selama ini diperjuangkan oleh kerajaan Pas Kelantan.

Sementara itu, bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat, Ruslan Kassim pula berkata, perbuatan Anwar yang meminda manifesto tanpa berbincang itu sebagai sangat terdesak untuk menutup kesilapan pakatan pembangkang.

Malah, kerelaan Anwar membuat pindaan serta-merta setelah didatangi sebuah NGO itu hanya bertujuan memancing undi.

Katanya, banyak perkara lain "terlupa" atau sengaja dilupakan oleh pakatan pembangkang di dalam manifesto tersebut termasuk hudud, agama Islam, selain isu royalti minyak.

"Dalam perkara ini, saya boleh membuat kesimpulan bahawa Pas, PKR dan DAP ibarat tidur atas tilam yang sama, tetapi, mimpi lain-lain," ujarnya. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: