Insiden di Lahad Datu kini semakin bertambah baik dengan pihak tentera
sudah hampir menyelesaikan misi moping mereka.Melalui sumber kini
pasukan jurutera tentera juga sudah di kerah bagi mengesan sebarang
objek yang mungkin di tinggalkan oleh pengganas yang boleh mendatangkan
kecederaan kepada orang ramai.Usaha ini dibuat bagi mengesan sekiranya
terdapat sebarang bom yang mungkin di pasang oleh pengganas yang
menyerang Lahad Datu.
Namun semenjak insiden ini berlaku terdapat pelbagai sumber dan saluran
yang mengatakan pencerobohan lanun Sulu di Lahad Datu merupakan satu
gerakan terancang yang melibatkan banyak pihak.Seingat MMI dikhabarkan
ada 3 pihak terlibat dalam apa yang dipanggil sebagai operasi terancang.
Pembongkaran demi pembongkaran yang berlaku pada ketika insiden di Lahad
Datu masih berterusan memperlihatkan betapa ada tangan-tangan ghaib
yang terlibat. Malah pihak yang dikaitkan dengan insiden ini juga turut
mengelupur dengan pelbagai alasan malah pernah mengeluarkan kenyataan
untuk menyaman wartawan.
Macam-macam yang berlaku sebenarnya dan mungkin ampa semua boleh tengok
balik entri-entri yang Mc tulis sebelum ni. Cuma kali ini Mc ingin
berkongsi dengan semua tentang satu insiden yang Mc labelkan sebagai
ANEH dan GANJIL turut berlaku dalam tempoh masa beberapa minggu sebelum
serangan di Lahad Datu.
Insiden yang perlu diberi perhatian adalah kehadiran kapal USS Guardian
di Laut Sulu. Agak memeranjatkan apabila kapal USS Guardian dikatakan
terkandas di kawasan terumbu karang Tubbataha. Menjadi tanda tanya
kenapa kejadian tersebut terjadi pada 17hb Januari iaitu 24hari sebelum
pendaratan penceroboh keatas Sabah pada 11 Februari 2013.
Kepada korang yang mungkin tak tau kat mana Tubbataha tu nah tengok kat bawah ni...
Dekat ja kan ?? Yang pasti kapal perang tersebut sengaja belayar keluar
dari laluan asalnya dan agak pelik kenapa kapal secanggih itu boleh
tersasar dan gagal mengenal pasti kawasan terumbu karang dikawasan
Tubbataha Reef.
Pihak Tubbataha Reef Marine Ranger telah beberapa kali memberi amaran
kepada komander USS Guardian supaya jangan menghampiri kawasan terumbu
karang tersebut.Tetapi bagaikan dirancang USS Guardian tetap meneruskan
perjalanannya dan enggan berhenti
Timbalan Pengerusi WWF-Filipina ,Jose Ma.Lorenzo Tan berasa hairan dan
tidak percaya kenapa USS Guardian dengan sengaja menghampiri kawasan
terumbu karang tersebut.
“Why were they even near Tubbataha? The Sulu Sea is so vast, and it takes 10 hours from Puerto Princesa to reach it. Why couldn’t they see it when they had all the state-of-the-art maps and navigation systems?”
Berdasarkan risikan Filipina,kapal perang tersebut telah melakukan satu
operasi rahsia dan kehadiran mereka langsung tidak dimaklumkan kepada
pihak berkuasa Filipina.
“The question is: Who did they inform? The governor of Palawan (Abraham Mitra) did not know. The Tubbataha Protected Area Management Board did not know. The Western Command (of the Armed Forces of the Philippines) did not know,”
USS Guardian mendakwa kapal mereka tersangkut dikawasan terumbu
tersebut,ketika itu apabila pengawal marin Filipina cuba menghampiri
kapal tersebut mereka diberi amaran dan USS Guardian bersedia untuk
menembak pihak marin Filipina.
“There were eight rangers on speed boats. And they could not even approach. The ship was on general quarters (alarm),”
Menjadi tanda tanya kapal perang tersebut telah dimusnahkan dan segala
peralatannya diangkut secara tergesa gesa. Dalam sejarah Amerika inilah
kali pertama kapal perang mereka dimusnahkan dalam keadaan aman bukan
dimedan perang.
Berdasarkan maklumat risikan dari Filipina, terdapat banyak kegiatan
dilakukan dengan alasan mengadakan operasi menyelamat dan memunggah
barang barang.Tetapi aktiviti mereka dibuat secara rahsia.Yang
menghairankan pihak keselamatan Filipina kenapa anak kapal USS Guardian
tidak dihantar ke Filipina kerana lokasinya paling hampir sebaliknya
anak anak kapal USS Guardian terus dihantar ke Jepun.
Selepas kejadian
memindahkan anak kapal selesai, Sultan Bantilan Muhammad Muizzudin II
pemimpin dari gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang menentang
serangan keatas Sabah mendedahkan ada pihak yang lebih besar dibelakang
Jamalul Kiram III. Menurutnya terdapat kehadiran sekumpulan lelaki
berkulit putih didalam kumpulan bersenjata Kiram sebelum mereka menyusup
masuk ke Sabah.
Selain dari itu pendedahan oleh Wikileaks juga menyatakan Anwar
mempunyai hubungan yang rapat dengan Nur Misuari.Malah turut mendedahkan
Anwar beberapa kali mengadakan pertemuan dengan Nur Misuari.
Sebelum itu Wikileaks juga mendedahkan bahawa Nur Misuari telah
merancang untuk menyerang Sabah seawal 2007,setelah mendapat bantahan
daripada pentadbiran Tun Abdullah Badawi , Nur Misuari telah membatalkan
hasrat beliau untuk menyerang Sabah.
Dengan segala macam insiden , kejadian dan pendedahan di atas apa
mungkin pencerobohan di Lahad Datu hanya berkisar tentang soal lanun
Sulu ? Mc rasa bukan setakat itu tangan-tangan ghaib banyak di belakang
sana dan mereka rasanya turut berperanan.
Apa pun kita tunggu perkembangan selanjutnya dari masa ke semasa.
sumber pisau.net
3 ulasan:
bukan 1 tapi 4 yang mengepung malaysia sejak 4 bulan lepas
selamat berperang dan selamat menuju pintu kehancuran ya lon .. Miskin miskin loe
Catat Ulasan