1. Tun Dr. Mahathir adalah seorang
pemimpin yang cintakan agama, bangsa dan Negara. Setiap tindakan beliau adalah
demi kepentingan Negara. Kepentingan Negara diutamakan melebihi kepentingan
peribadi.
2. Atas keperibadian inilah, beliau marah
dengan tindakan Britain yang telah menaikkan yuran pengajian di United Kingdom sebanyak
3 kali ganda bagi pelajar luar [New Straits Time, 27 May 1981]. Britain
merupakan destinasi pengajian tinggi yang utama bagi Malaysia dan pelajar
Malaysia merupakan pelajar asing paling ramai di United Kingdom pada masa itu.
Beliau menganggap tindakan ini menjejaskan hubungan sebagai sebuah Negara commonwealth.
3. Beliau juga marah dengan tindakan
Britain yang tidak memberi hak pendaratan tambahan kepada Malaysia Airlines di
lapangan terbang Heathrow.
4. Selain daripad itu, beliau juga telah
mengarahkan rancangan untuk mengambil alih Guthrie dari Britain supaya
tanah-tanah pertanian ini kembali menjadi hakmilik rakyat Malaysia. Hasilnya,
melalui operasi `Dawn Raid’ atau serangan subuh, Malaysia sebagai sebuah Negara
yang kecil telah berjaya mengambil alih syarikat Guthrie melalui pasaran
terbuka dengan permainan mereka.
5. Tindakan beliau ini mengundang
kemarahan Britain dan mereka (Guthrie, London Stock Exchange dan Kerajaan
Britain) telah melemparkan pelbagai tuduhan dan mengaitkan tindakan `Dawn Raid’
ini sebagai satu tindakan yang bersifat nasionalisme. London Stock Exchange
(LSE) pula kemudianya menukar kod pengambilalihan (takeover code) untuk
mengelakkan Malaysia mengambilalih syarikat-syarikat lain.
6. Dr.Mahathir kemudianya dengan
lantang bersuara bahawa tuduhan nasionalisme yg dibuat oleh Britain adalah
untuk menghalang dan menakutkan pelaburan Negara asing ke Malaysia. Beliau juga
lantang mengkritik tindakan LSE menukar kod untuk menghalang Malaysia
mengambil-alih syarikat-syarikat lain seperti Dunlop, Barlow dan Harrison
kerana menurut beliau, London tidak melakukan sedemikian apabila Arab, America
dan Japan mengambil alih syarikat-syarikat Britain yang tersenarai di pasaran
London Stock Exchange tetapi apabila Malaysia melakukannya, mereka mengubah
peraturan.
7. Beliau menyifatkan tuduhan dan
tindakan Britain ini sebagai contoh mentality colonial yang masih dipunyai oleh mereka [Far Eastern
Economic Review, October 30, 1981].
8. Beliau juga mengkritik mesyuarat
CHOGM dan mengatakan bahawa mesyuarat tersebut hanya lebih banyak bercakap dan
tidak memberikan hasil. Beliau tidak menyertai CHOGM 1981. Beliau menyatakan
bahawa lebih banyak yang boleh dibuat didalam Negara daripada hadir ke meeting
CHOGM [Asiaweek, October 9, 1981 dan The Far Eastern Economic Review, September
25, 1981]
9. Lanjutan dari beberapa tindakan
Britain seperti menaikkan yuan pengajian, melarang hak pendaratan tambahan dan
serangan mereka terhadap operasi `Dawn Raid’ ini telah menyebabkan Dr. Mahathir
melakukan kempen `Buy British Last’. Ini bukanlah satu polisi kerajaan
sebaliknya adalah satu tindakan berani beliau sebagai seorang Perdana Menteri untuk
mempertahankan maruah Negara. Kempen ini bermula dengan tindakan beliau yang
mengarahkan semua pembelian oleh kerajaan Malaysia dari Britain perlu dirujuk
kepada beliau dan perlu disertakan dengan sumber alternative dari syarikat selain
Britain. Pembelian dari Britain hanya boleh dilakukan sebagai pilihan terakhir
[Far Eastern Economic Review, October 9, 1981].
10. Lanjutan dari tindakan berani
beliau ini, kerajaan Britain mula rasa terancam sebab Malaysia merupakan Negara
dagangan Britain yang agak besar dan banyak syarikat Britain bergantung kepada
urusniaga di Malaysia.
11. Selepas 5 bulan kempen `buy
british last’ berjalan, pada Februari 1982, Britain telah menghantar Setiausaha
Luar, Lord Carrington dan Menteri Pertahanan, John Notts ke Kuala Lumpur untuk
berbincang tetapi tidak membuahkan hasil. Ini memaksa Perdana Menteri Britain,
Margaret Thatcher sendiri yang berjumpa dengan beliau untuk menamatkan kempen
`buy british last’ dan menyelesaikan isu CHOGM.
12. Lanjutan dari perjumpaan ini yg
dibuat di London pada tahun 1983 oleh Margaret Thatcher, beberapa resolusi dibuat
antaranya kerajaan Britain menyediakan bantuan kewangan sebanyak 160 juta pound
sterling sebagai subsidi kepada pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di
UK dan memberi hak pendaratan tambahan kepada Malaysia Airlines di Heathrow
International Airport [The far eastern economic review, April 14, 1983].
13. Dengan satu tindakan berani
beliau ini yang dilakukan secara bersendirian, sumbangan sebanyak 160 juta
pound telah diberikan untuk pendidikan rakyat Malaysia. Terima Kasih Tun Dr.
Mahathir Mohamad.
14. Dengan tindakan kerajaan Britain
ini, maka kempen `Buy British Last’ dihentikan. Beliau juga menghadiri
mesyuarat CHOCGM 1985 dan 1987 dan mengumumkan Malaysia akan menjadi tuan rumah
untuk mesyuarat CHOGM 1989 dan sukan komanwel 1998.
15. Lanjutan dari ini juga, Malaysia
dan Britain menandatangani perjanjian jual beli kelengkapan perang (Arms deal)
bernilai 1.3 Billion pound dan projek Hydroelectric Power Station (Pergau Dam)
di Kelantan yang bernilai 234 juta pound.
16. Tetapi, pada tahun 1994, kerajaan
Britain dan Media di Britain telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap
Malaysia dan Tun Dr. Mahathir. Mereka mengatakan bahawa projek Pergau Dam ini
adalah `gula-gula’ kepada Malaysia sebagai pembalasan kepada perjanjian
pembelian senjata oleh Malaysia. Malah media di Britain juga menuduh bawah Tun
Dr. Mahathir menerima rasuah. Media di Britain telah cuba menghubungkaitkan
perjanjian jualbeli senjata dengan projek Pergau Dam [The Sunday Times, January
23, 1994]dan telah menuduh perbuatan rasuah bernilai USD 500,000 kepda Dr. Mahathir
[The Sunday Times, February 20, 1994].
17. Dr. Mahathir telah menyampaikan
kekecewaanya kerana kerajaan Britain tidak membetulkan tanggapan bahawa
sebenarnya projek Pergau Dam adalah low-interest loan (concessionary loan) dan
bukannya grant. Dr. Mahathir juga menuntut editor Sunday Times untuk meminta
maaf diatas tuduhan rasuah yang dibuat keatas beliau.
18. Mahathir telah menulis surat
kepada Financial Times dengan menyatakan “…no contracts in exchange for British
press freedom to tell lies” [The Financial Times, March 17, 1994].
19. Akibatnya, selepas Malaysia
menerima penghantaran 28 buah British Aerospace Hawk Jet-fighter trainers
(melalu perjanjian jualbeli senjata), Mahathir memberitahu Duta Britain, Duncan
Slater bahawa Malaysia tidak lagi akan memberi kontrak kepada Britain. Tindakan
ini kelihatan seperti kempen `Buy British Last’ II.
20. Tindakan berani Dr. Mahathir kali
ke-dua ini juga bakal menjejaskan banyak contract syarikat Britain yang
bernilai melebih 1 billion pound sterling termasuk kontrak projek KLIA. Tun Dr.
Mahathir sekali lagi bertindak tegas dan berani mempertahankan maruah Negara dan
dirinya dari dicemari dengan penipuan oleh media Britain atas nama kebebasan
media.
21. Hasilnya, selepas 3 bulan,
editor Sunday Times tersebut telah ditukarkan dan tidak lagi bersama akhbar The
Sunday Times.
22. Selepas tindakan akhbar The
Sunday Times ini, Dr. Mahathir menyatakann bahawa beliau dapat melihat pembaharuan
dan penambahbaikan dalam laporan media Britain terhadap Negara Malaysia.
Seterusnya, Dr. Mahathir menyatakan, sekiranya media Britain tidak lagi membuat
laporan penipuan terhadap Malaysia, Malaysia boleh kembali berurusniaga dengan
syarikat Britain.
23. Sekali lagi, ketegasan Dr.
Mahathir terbukti dalam mempertahankan maruah Negara daripada dicemari oleh
penipuan media Britain.
24. Peristiwa-peristiwa ini
sepatutnya mengingatkan kita bagaimana seorang pemimpin yang begitu kuat sifat
cintakan negaranya, bangsanya dan agamanya yang sanggup melakukan apa sahaja
demi Negara yang dicintai.
25. Sayangnya, peristiwa-peristiwa ini tidak dipedulikan oleh sebahagian masyarakat Malaysia, sebaliknya mereka lebih mahu mempercayai cerita-cerita fitnah yang ditaburkan oleh sesetengah pihak yang benci kepada beliau. Terlalu banyak fitnah-fitnah dan cerita tipu yang disebarkan mengenai Tun Dr. Mahathir. Tetapi, sepertimana ramai yang maklum, Tun Dr. Mahathir tidak pernah kisah dengan cacian yang dibuat terhadap dirinya kerana yang penting bukanlah dirinya, tetapi Negara Malaysia. Beliau telah meletakkan kepentingan Negara melebihi segala-galanya.
3 ulasan:
Aku tabik springggg... memang otak geliga
Terlalu byk jasa Tun pd Msia &juga pd negara Islam sejagat...Byk pengiktirafan yg d terima dr negara luar....Tun telah menjadikan Msia d hormati wp kita hnya sbuah ngara kecil...Keberanian Tun dlm mnyatakan kbenaran sering d katakan rasis oleh puak yg cemburu & beragenda...Tun adalah permata yg X ternilai & sukar ditemui...lebih2 lg di era kini. Moga Tun & Isteri di kurniakan kesihatan & keberkatan....& dipnjgkan usia hingga thn 2020 utk menyaksikan kejayaan negara ini hasil warisan inspirasi dr Tun. Anda negarawan ulung Tun...terima kasih..
Wahai generasi muda, jangan ingat bumi baru berputar hanya bermula pada hari kita dilahirkan... Jenguk-jenguklah sejarah sebelum hati menjadi marah, sebelum nafsu semakin parah..
Catat Ulasan