Ahad, 3 Mac 2013
HOT INFO! 'Syaitan' Sulu Sanggup Mati Dari Serah Diri!! #Pray4Sabah #Pray4LahadDatu
Semalam kedua-dua pemimpin tertinggi Malaysia dan Filipina merayu dan memberi amaran agar menyerah diri susulan insiden kelmarin. Mereka berkubu sejak 9 Februari lalu.
Raja Muda Agbimuddin Kiram berkata, beliau dan 224 pengikutnya yang masih berkubu di Lahad Datu tidak akan meninggalkan Sabah meskipun pihak berkuasa Malaysia dan Kerajaan Filipina berulang kali menggesa mereka menyerah diri.
Dipetik portal Inquirer, Agbimuddin telah memaklumkan pendirian itu dalam mesej yang dihantar kepada abangnya, Sultan Jamalul Kiram III kira-kira jam 5 pagi semalam. "Selepas mengebumikan saudara kami sembilan orang dan seorang saudara perempuan kami, setiap 224 daripada kami telah memutuskan untuk mati di Lahad Datu dalam usaha mencapai impian dan aspirasi kami," kata beliau dalam mesejnya. Sumber dari UTARA NEWS
Nak angkat mata pun tak larat lagi nak berlagak bagus. Sial la puak merempat ni. Filipina dah tak iktiraf puak ni, lepas tu puak ni ganggu Malaysia pulak.
Untuk maklumat tambahan yang masih tertanya-tanya kepada Kerajaan Malaysia masih gunakan polis untuk selesaikan krisis dan bukannya tentera.
Persoalan Kenapa guna polis bukan tentera?
1) jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.
2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.
3)Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.
Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna
1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.
2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkataannya untuk polis ialah menahan bukan menawan – Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)
3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduhan di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.
4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.
Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.
Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan
Dengar cerita darurat telah di istiharkan dan curfew di kuatkuasakan di sana. Ini bermakna tentera sudah ambil alih di Lahad Datu atau kawasan pencerobohan sahaja (kawasan yang lebih kecil)
Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)
Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawsan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?
Nota Tambahan. Ingat kes Maunah dahulu? Mula-mula polis. Kemudian Tentera ambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (ketua Almaunah)yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan perang kepada YAng Di Pertuan Agung. Beliau tidak di tuduh sebagai orang awam iaitu tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh sebagai combatant Perang.
Persoalan sempadan bolos. Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagi pun kawasannya luas.
Tiada ada negara dalam dunia yang tidak di tembusi sempadannya. Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dan juga di kepung oleh bandar Rom. Hatta USA pun sering di cerobohi sempadannya oleh orang Mexico.
Negara China yang terkenal dengan Gerat wallnya juga sering di cerobohi orang bangsa Mongolia Nomad atau bangsa padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes Lahad datu – golongan yang tidak mempunyai sempadan).
secanggih mana pertahanan pun dengan izinNya bocor juga..
Harap sedikit sebanyak boleh memberikan pencerahan.
Terimakasih.
~Kota Kinabalu.
Sumber :- Pisau.Net
P/s: Sekarang bukan masa yang sesuai untuk berunding lagi. Sudah berapa orang anggota gugur, ini bermakna bangsa penceroboh tersebut mahu bertindak keras. Mereka ingat Malaysia senang beri kerakyataan pada orang agaknya, sebab tu mereka buat Sabah tu macam mak bapak dorang yang punya.
Tak guna lagi berbincang, buat satu operasi khas untuk tumbangkan pergerakan mereka. Jangan biar lama bangsa gerila ni, sebab makin lama, makin berakar mereka disana. Silap-silap, dah siap terowong untuk bersembunyi. Apa pun ini hanya pendapat peribadi dari McTheory.
McTheory:
Apa pun, doakan anggota keselamatan kita selamat berjuang..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
syaitan yg celaka n myusahkn org lain
Terkini 5 lagi anggota polis terkorban.. aduss.. ahjib gor.. hang dgn sepupu hang lembik bah.. biar komando tentera ambik alih kasi gempur petualang tu bunuh semua tentera syaitan sulu. Polis tak boleh bah.. lembik mcm 2 pupu..
walau apa pun penerangan/ulasan diatas adalah PROSIDER[UNDANG2] ANTARABANGSA.apa tujuan sebenarnya mereka datang kesabah.nak takluk sabah atau nak jadi rakyat negara ini[tukar kerakyatan malaysia].
Saya tidak arif tentang sejarah.tetapi kisah ini buat kita teringin membaca sejarah Sabah..Brunei..British dan Kesultanan Sulu.tidak lupa bangsa Tausug dan keturunan Sultan Kiram..byk yg boleh kita boleh pelajari..Bagaimana tertulisnya perjanjian antara British Borneo dan kerajaan Sultan Sulu dan perjanjian antara Sultan Brunei dan Kerajaan Sultan Sulu..dan tak lupa kisah gangyang Malaysia ole Indonesia dan tuntutan Filipina terhadap Sabah pada suatu masa dahulu..dan apabila tawaran British selepas perang dunia ke dua kepada rakyat asal peribumi Sabah memilih kemerdekaan dengan semenanjung Tanah Melayu.
Catat Ulasan