Khamis, 7 Mac 2013

PANASS!! Azizan Razak Di BELOT Oleh Orang Kanannya Sendiri? #TukarKedah


Apa dah jadi .. Azizan Razak dah kena cantas dengan orang kuat sendiri ???

Mc agak terkejut bila Pisau Kedah mendedahan bahawa orang kuat Azizan Razak sendiri yang berada di kawasan Sungai Limau dok cantas Azizan sekarang ni.. Kalau PRU 12 yang lalu orang kuat Azizan Razak inilah yang menjaga Kad Pengenalan Azizan Razak disebabkan bimbang ada yang akan sabotaj Azizan Razak sebelum penamaan calon.

Individu yang dimaksudkan tu adalah Mohd Salleh atau lebih di kenali dengan nama Pak Leh Janggut. Dulunya Pak Leh Janggut merupakan orang kanan Azizan Razak di kawasan tapi kini Pak Leh Janggut menjadi wakil kumpulan yang mahu mendesak Azizan Razak meletak jawatan segera sebagai Persuruhjaya PAS Negeri Kedah sebelum PRU 13 .

Kelmarin, dalam sidang media yang di adakan di Markas PAS Sungai Dedap, Sungai Limau. Pak Leh Janggut kata " Semenjak menjadi Menteri Besar Kedah, Azizan Razak semakin angkuh dan sombong ".

Bagi Pak Leh Janggut, Azizan Razak wajib meletakkan jawatannya dengan segera kerana bersikap melampau apabila di lihat cuba mengetepikan pandangan Dewan Ulama PAS Kedah.

Pak Leh juga tidak menafikan bahawa di sebabkan Azizan Razak, sokongan terhadap PAS Kedah turun dengan mendadak selagi Azizan Razak tidak melepaskan jawatannya dalam parti.

Maklumat dalaman PAS yang diterima, ini merupakan perancangan 2 orang EXCO Azizan Razak sendiri yang sememangnya tidak pernah sukakan Azizan Razak semenjak dari awal-awal lagi PAS mengambi alih Kedah dari BN.

Kebencian kedua-dua EXCO terbabit semakin kemuncak apabila maklumat dalaman Azizan Razak telah bocor oleh orang kepercayaan Azizan Sendiri bahawa kedua-dua orang EXCO terbabit tidak di pilih sebagai calon di PRU 13 nanti.

Sudah jelas sekarang.. PAS hanya lebih mementingkan jawatan saja bukannya perjuangan Islam. Patut la golongan Ulama semakin lama semakin menjauhkan diri dari PAS dan golongan artis yang sudah tidak laku dalam industri hiburan semakin lama semain dekat dengan PAS..

PAS dah tak layak di panggil Parti Islam SeMalaysia.. PAS kini lebih layak di panggil Parti Artis Expired SeMalaysia.


McTheory:
Parti Adat dan Sukan pun boleh.. hehe

Tiada ulasan: