Khamis, 7 Mac 2013

HOT INFO! Krisis Lahad Datu, Apakah Tentera Kita Berperang Dengan Gerilla Hantu? #Pray4Sabah


Mc tertarik dengan pandangan dari sudut yang berlainan. Malah Mc agak setuju dengan pandangan penulis di Mynewshub ni. Mungkin askar gerilla penceroboh ni ada ilmu hitam atau ghaib untuk mempertahankan diri.

Penulis hendak beritahu awal-awal, tujuan rencana ini bukan untuk merendahkan pasukan keselamatan kita.

Namun, selepas lebih 24 jam Ops Daulat, nampaknya situasi di Lahad Datu masih jauh daripada selesai sebenarnya.

Bayangkan, setakat ini hanya 13 mayat (itu pun belum tepat sepenuhnya walaupun disebut oleh Menteri Pertahanan) yang ditemui.

Hari ini sahaja sudah 4 kali tembak-menembak antara pengganas dengan pasukan keselamatan dilaporkan.

Mopping Out atau pembersihan saki-baki pengganas sudah berlangsung lebih 24 jam dalam kawasan yang sepatutnya hanya seluas 4 kilometer pada asalnya.

Takkan tak habis lagi?

Dengar kata 2,000 komando tentera dan polis bergerak masuk ke kawasan pengeboman semalam untuk mopping out.

Kalau komando bergerak satu baris dan bergerak 200 meter setiap kali sebelum berhenti untuk tujuan mopping out, takkan tak lepas kawasan 4 kilometer lagi?

Kini, mopping out diperluaskan kepada 10 kilometer pula…persoalan seterusnta macam mana mereka boleh terlepas kepungan 4 kilometer sebelum ini?

Yang hendak penulis tekankan di sini….13 mayat yang ditemui hari ini bukan di lokasi pengeboman semalam. Ia adalah mayat-mayat penganas yang dibawa lari rakan mereka yang masih hidup.

Bukan sekadar bawa lari, sempat tanam lagi. Jangan siap sempat baca talkin apa semua sudah la.

Kalau 13 mayat dibawa lari, berapa ramai yang sebenarnya masih hidup?

Satu mayat bukannya ringan, kalau dua orang angkut satu mayat pun, paling kurang 36 orang masih hidup dalam kumpulan itu sahaja. Belum mengambil kira kumpulan yang lain.

Daripada hampir 180 pengganas yang masuk ke negara ini, baru dalam 30 lebih mayat sahaja yang ditemui (termasuk pertempuran awal) minggu lalu, selepas pengeboman begitu menyeluruh termasuk oleh jet pejuang dilakukan pagi semalam.

Persoalannya, di mana baki 100 lebih pengganas itu berada sekarang?

Masih hidup? Sudah berkecai? Sudah menyamar menjadi orang awam?

Jika mereka menyamar, hebatnya penyamaran mereka sehingga boleh lepas pasukan keselamatan kita. Dan begitu ramai boleh terselamat serangan semalam.

Sekali lagi, bukan bertujuan mengecilkan pasukan keselamatan kita.

Hakikatnya ialah kita sebenarnya berdepan dengan satu kumpulan pengganas yang berada dalam kelas mereka yang tersendiri.

Mereka adalah dari suku Tausug, suku yang paling garang antara suku-suku yang ada dalam masyarakat Moro. Tentera Filipina juga takut berhadapan dengan suku itu.

Berperang adalah gaya hidup bagi mereka. Mereka umpama hantu yang boleh bergerak di celah-celah medan perang.

Nur Misuari yang mengetuai MNLF sendiri pernah pergi bertemu dengan kumpulan berkenaan untuk meminta bantuan dan sokongan.

Sebelum operasi semalam, salah seorang pemimpin pengganas di Lahad Datu ada memberitahu mereka tidak takut kematian dan tidak takut perang kerana sudah berpuluh tahun berperang dalam hutan di negara mereka.

Dan sebahagian besar pasukan keselamatan kita mungkin baru kali pertama hendak menembak orang.

Pengalaman adalah sesuatu yang sangat besar beza jurangnya di sini.

Soviet Union pernah tewas di Afghanistan dan Amerika pernah tewas di Vietnam. Pengalaman dan semangat adalah sesuatu yang amat penting.

Peralatan ketenteraan sahaja belum tentu cukup.

Penulis tidak berniat mengangkat penceroboh tetapi kita harus sedar kita sedang berdepan siapa ketika ini.

Kalau kita rasa peralatan kita sudah cukup, masa akan menentukan segalanya.

Jika sehingga esok kita masih tidak melihat 100 lebih pengganas itu sama ada masih bernyawa atau tinggal jasad maka memang sah kita sedang berperang dengan hantu di Lahad Datu.


McTheory:
Apakah mereka itu hantu?

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

DLM PEPERANGAN GERILA MEREKA AKAN BERPECAH KUMPULAN KECIL UTK MENGELAKAN PERGERAKAN MEREKA DIKESAN.DR MAKLUMAT DULU MEREKA DLM 200 ORG. MAKNA MASIH ADA LK 150ORG LG.ITU X TERMASUK PEMBELOT DI KALANGAN SULU DI LD.ILMU HITAM X LEH MENGATASI KUASA ALLAH.
PD SY JANGAN BANGKITKAN HAL INI .PDRM/ATM SDG MENJLNKAN TUGAS MEREKA.

McTheory berkata...

Ini adalah pandangan, jadi kita perlu berwaspada.

Harimau Kumbang berkata...

Mereka pakar menyamar...lg pun plan dah lama di rancang.Pembangkang bangsat negara kita selalu pgi berjumpa dgn mereka.Sejarah lama Tanah Melayu akan berulang...ramai pengkhianat dan pembelot keturunan Kitul sedang memainkan peranan mereka...

McTheory berkata...

Waktu ini baru kita kenal, siapa kawan dan siapa lawan.

Tanpa Nama berkata...

mereka mmg ramai d cni..cuma kita tak kenal sepa mereka sbb rupa perwatakan pakaian semua nya sama mcm org kampung tu..bg sy mmg tidak di nafi kan penyamaran berlaku di mana-mana..mereka ini mmg suda biasa hidup berperang sesama sendiri sanggup membunuh siapa shj wlu pun tgn tu la yg menyuap nasi ke mulut nya suatu masa dulu..

Tanpa Nama berkata...

sama-samala kita berdoa utk pejuang negara kita...tak dinafikan operasi nk habiskan kaum sulu yg yg pembelot di sabah mmng sukar ...kerana majoriti org di bhg samporna ,lahad datu sana semuanya kaum suluk tapi tak bererti semuanya pembelot...cuma saya yakin ada disegelintir nya yg sudah mnjadi pnduduk tetap dn warga negara yg jd barua tersebut...inilah yg sangat mnyukarkan operasi daulat....doa rakyat semua sangat2 diharapkan oleh pembela kedaulatan kita ini...(dari saya-anggota yg x berpeluang utk bersama-sama dlm ops daulat)

Tanpa Nama berkata...

kl kite brfikir secare logik. dlm prthanan ktenteraan mne2 negare pn akn rahsiakn pe aset yg dorg d.
same la dgn mlaysia. diorg sulu dh lame kt sini. yg kwasan dbesarkn utk mmburu tu sbb byak tali brut. 8 org kite trkorban dsbbkn serang hendap. itu je care dorg. tp mcm mne dorg blh tahu yg polis nk dtg.? jeng jeng jeng.. sbb byk tali barut. diorg tahu xkn menang. so dorg mnyamar jg org kg. tp ALLAH maha kuasa. tentere jmpe snjate kt kg atas air. so cap jari dh dpt. tu yg dorg kne cri tali barut. itu yg pnting. kl tali barut dh xd. mmg susah diorg. jd mcm skng. xtau mne info. tahu2 kne attack. n lg satu kite trikat dgn law perang jgk. byak yg kite xthu. aku cume tahu 1 je law perang. askar musuh dtng dr udare pkai payung trjun kite xblh tmbak. blh jd jenayah perang tuh. bile musuh dh mndrat br blh tmbak. hrap ini mmbantu.

Tanpa Nama berkata...

Takkan semua maklumat nak bg tau bro..kalau ada 10 maklumat sekurang-kurangnya 1 simpan le...di zaman teknologi serba canggih ni x wajar nak dedahkan suma maklumat...ini akan menggangu operasi.serupa suami isteri x suma rahsia yg isteri atau suami yg tau walaupun dah 30 tahun berkahwin

Tanpa Nama berkata...

Memang berkemungkinan pendapat tu betu tetapi mereka ni sebenar memang wujud dan sebahagian daripada telah menjadi Ahli Politik Pembangkang di Malaysia. Antaranya ialah Komanden ialah Anwar Ibrahim dan pegikut kanan adalah Tian Chua, Lim Kit Siang.. mereka di dah lama menyusup masuk..apa perlu dibuat adalah hapus dari dalam dulu baru fikirkan pasal sulu ni...

mnorkembalak berkata...

Salam rakan blogger Kedah ke KL, Jika anda dilantik ataupun anda sendiri yang menjadi ketua dalam OPS Daulat, apakah anda rasa mampu mopping kawasan tersebut hanya dalam masa 24 jam atau 48 jam atau palaing lama 72 jam? ingat bro jangan padang rendah macam di pihak Pakatan Haram ini, pasukan keselamatan bertarung nyawa, tinggalkan keluarga anak dan isteri. Malah sudah ada anak yatim dan sudah ada yang menjadi ibu tunggal

Rasanya anda kalau mopping lantai rumah anda juga mengalami kesukaran. Tolonglah jangan siarkan artikel yang sebodoh ini dan jangan cuba jadi blogger atas pagar. Jika anda gentleman terbitkan komen saya ini jangan ditapisPasukan Keselamatan Kita Tidak Berkemampuan

Tanpa Nama berkata...

jgn perkecil keupayaan pasukan kita. tapi jgn juga perkecil kehebatan mrk.
bg org dismjung atau swak, mgkn tidak brp kenal suku kaum tausug/suluk ini.laut dan suluk bagai isi dan kulit. tak dapat dipisahkn. kalau kamu dgr org suluk mampu menyelam ke dasar laut biru tanpa apa2 bantuan pernafasan dan boleh bertahan hingga 30minit atau lebih...pasti ramai di antara kita yg mnganggapnya itu tidak masuk akal. tapi bagi masyarakat sabah khususnya di pantai timur sabah, perkara sedemikian bukan lagi satu perkara ajaib atau sesuatu yang mengharian masyarakat. tapi rata2 mengakui kelebihan mereka itu. jd tidak hairan bagaimana mrk boleh melepaskn diri krn cuba bayangkan seorng yg menyelam selama 30minit, brp aganya jarak yg mampu dilakukn?

-org kunak

McTheory berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
McTheory berkata...

aiyoo jangan salah faham tentang post ni, ini pandangan peribadi. Kalau cerita diblog sama macam cerita di akhbar, baik baca akhbar dari buka blog?

kenapa orang buka blog? Sebab nak bahan bacaan yang berbeza dari konvesional, kalau semua sama saja. Itu boring!

Tanpa Nama berkata...

ambo dulu penah buru komunis era awal 80an..dulu pegerakan,jumlah anggota,kema hala tuju n kekuatan senjata tiada sape tahu..only kami yg telibat..TAPI KENAPE SKRG semua media nk jd hero nk lapur serba serbi..org awam nk tahu utk ape rahsia keselamatan??? utk politik..dulu ada keorg bckp pasal oprasi ketenteraan..org awk hanya syok dok peluk bini kt umah..

Tanpa Nama berkata...

ape nk heran bangsa bangsat yg xada negara n ada sultan yg tak ada org sembah..ape penulis ingat bangsa melayu n bangsa2 yg ada kt malaysia ni jenis bangsa dayus TAKUT kt bangsa luar..BUNUH atau DIBUNUH itu perinsip kami..stapak tak akan undur..ayuh PEJUANG,BUNUH SEMUA PETUALANG YG MENGANGGU TANAH AIR KITA..BUNUH SEMUA..

pasdaplaknat berkata...

Tak salah pandangan McTheory sbb kita skrg berhadapan dgn musuh yang boleh gunakana apa sahaja kemungkinan.

Artikel diatas pada saya bukan kelihatan mengecilkan kewibawaan pihak keselamatan, tp kita juga fikir beyond the visible cost. Jika betul ada ilmu hitam, tk mustahil boleh terjadi seperti diperkatakan. Kuasa Allah SWT mengatasi segala2nya tp sama juga seperti org yg demam atau sakit.. perlu dapatkan rawatan Doktor, makan ubat barulah dtg kesembuhan

Sama juga dgn ilmu sihir atau ilmu hitam perlu dapatkan alim ulamak dlm bidang ini untuk berlawan dengan ilmu sesat mereka sebagai bantuan kepada pasukan Keselamatan negara,

Ikhitiar dlm Islam adalah suatu syariat. Apapun saya juga ada pandangan seperti di atas.

Moga Allah SWT bantu pasukan keselamatan kita hadapi semua ini..Aminn.

Tanpa Nama berkata...

Ilmu sihir ini tidak mustahil. Mengapa kita menafikan?
Rasulullah Solallahu Alaihi wasallam pun pernah diuji dengan terkena ilmu sihir yg dibuat melalui simpulan2 tali oleh Yahudi Kafir.

Jangan jumud dan takut nak bercakap dalm hal ini. Masing2 ada hak untuk beri pendapat.

Cuma jgn jd mcm pencacai2 PAS PKR DAP yg menghina, mengutuk memfitnah dan mencambahkan persepsi2 buruk berkaitan isu Lahad Datu ini.

Be rational and open your mind.

Tanpa Nama berkata...

jika hanya jadi dari jauh dan mendengar berita saja memang bermacam2 perkara boleh dipersoalkan seolah2 kita ni pakar dalam peperangan..
kenapa lama sangat..??
kenapa tak buat mcm tu..??
kenapa tak buat mcm ni..??
kenapa tak suruh askar buat mcm ni..??
kenapa tak suruh askar tembak mcm tu..?
kenapa tak arahkan mcm tu..??
apa ilmu yg diorg pakai sampai tak nampak..??
apa tangkal yg diorg pakai sampai kebal mcm kereta kebal..??
apa ilmu yg diorg pakai sampai boleh terbang..??
dan lagi dan lagi dan lagiii........

itulah pandangan dan kepakaran org2 mcm kita yg duduk mengadap laptop, tv, radio yg langsung tak ada pendedah tentang senjata, taktik peperangan, muslihat bertempur, kesusahan yg berlaku dan bermcm2 lagi...
ini peperangan sebenar bukannya peperangan pinball.. tak perlu berhati2 sbb kena tembak tak mati..

cuba banyangkan dan bezakan..
kalau awak sendiri yg pikul senjata dan buat mopping out dijarak 200 meter diatas padang bola cukup mudah sambil lelap mata pun boleh berjalan dgn mopping out 200meter dan seterusnya dikawasan yg berpaya, sungai, berbukit bukau, sambil diintai oleh penembak tepat musuh dan berbagai2 halangan... silap2 awak akan mati bukan sebb kena tembak tapi mati sebb semput.. jika kita sendiri berada ditempat kejadian baru kita tahu apa itu peperangan dan bertapa sukarnya yg bernama peperangan

kenapa tak tanya mcm tu pada presedin ameraka yg askarnya ada hampir sejuta anggota yg dilengkapi berbagai2 senjata dan alat yg maha canggih, berbagai2 kenderaan tempur yg boleh bertempur siang malam, belum lagi dgn bantuan dari udara kalau digugurkan dari udara gunung pun boleh hancor.. kenapa sampai sekarang tak mampu kalahkan mujahiddin yg bersenjatakan senapang kampung...

biar pakar yg menguruskan perkara ini dan kita sebagai rakyat melaysia sepatutnya mendoakan bukan mempertikai atau memperlekehkan pejuang negara kita.. sbb mereka lah kita mampu menulis disini dgn senang lenang