Ahad, 10 Mac 2013

TUDIAA!! Ketika Peneroka Felda Susah, ANAK Lari Mencanak-canak!! #FGVH




Akhirnya Felda Sahabat tempat persembunyian penganas yang menceroboh telah di'bersih'kan oleh anggota keselamatan negara kita.

Kalau tidak sejak beberapa hari yang lepas, berita-berita mengenai insiden yang berlaku di Sabah sentiasa menjadi perhatian rakyat Malaysia dan rakyat Filipina. Namun ramai yang tidak tahu dimana tempat persembunyian puak penceroboh ini ketika datang ke Sabah.

Sebenarnya, tanpa pengetahuan para peneroka Felda Sahabat, kawasan mereka telah diceroboh dari mula lagi. Membuatkan ramai daripada mereka berasa bimbang dan tidak selamat.

Tetapi diatas inisiatif pihak keselamatan negara puak-puak penceroboh yang dikatakan mengancam peneroka Felda Sahabat akhirnya tumpas dan diusir satu persatu. Berkat semangat cintakan negara, pihak keselamatan berjaya dalam mempertahankan kawasan Sabah.

Dan kebimbangan para peneroka Felda Sahabat seramai lebih 15,000 orang itu akhirnya terubat. Pihak FELDA sendiri telah menyediakan berbagai kemudahan seperti generator sekiranya bekalan elektrik terputus, punca air yang tidak ada masalah dan bekalan makanan yang mencukupi.

Dalam masa yang sama, Mc tertunggu juga bantuan dari pihak ANAK pertubuhan haram Mazlan Aliman tu. Katanya dia tu pembela nombor satu Felda. Tapi bila Felda Sahabat diserang penganas, muka dia langsung tak nampak? Mana dia pergi?

Bukan nak suruh dia pergi perang, tapi sekurang-kurangnya hantar la bantuan ubat, makanan atau keperluan lain. Ini tidak, terus lari sembunyikan diri. Macam ni kah contoh pemimpin yang dianggap hero Felda oleh Pakatan pembangkang?

Hero haprak, rakyat susah bukan nak tolong, lari lagi ada la!


McTheory:
Waktu susah ni la baru kita kena, mana kawan, mana lawan..

Tiada ulasan: