Rabu, 24 April 2013
HOT INFO! Mahasiswa UUM Tekad Bantu BN, Perangi Pakatan di Kedah! #Siswa4U #TukarKedah
Kenyataan Media dari Pengerusi Siswa 4 U Zon Utara, Azri Norfikri Aziz, Timbalan Yang Dipertua MPP UUM
Atas kesedaran dan peluang yang diberikan dalam peruntukkan undang-undang yang dipinda dalam Perkara 15 (2) (c) Akta Universiti Kolej Universiti (Pindaan) 2012 atau lebih dikenali dengan AUKU, kami mahasiswa Universiti Utara Malaysia dan kumpulan mahasiswa Kedah telah bertekad untuk bergerak bersama Siswa4U.
Penyertaaan dan sokongan terhadap Siswa4U dibuat kerana kami percaya pada ‘AkuJanji’ Barisan Nasional dalam memelihara kebajikan rakyat. Selain itu, kami golongan mahasiswa inginkan suasana politik yang matang, harmoni, berintergriti dan mendukung prinsip undang-undang. Kami, Siswa4U peka dengan perkembangan isu-isu semasa dan kami sedar akan tanggungjawab mahasiswa untuk mencorak masa depan Negara. Justeru, dengan kebebasan yang diberikan oleh AUKU, kami bergiat secara aktif dalam arena politik di luar kampus.
Kami bukan sekadar ‘turun padang’ untuk berjumpa dengan rakyat Kedah untuk berkongsi pandangan, memberi khidmat masyarakat dan mengedar flyers, malah kami turut memberi ceramah di atas pentas politik Barisan Nasional. Setinggi-tinggi terima kasih kami ucapkan kepada kepimpinan Barisan Nasional di peringkat Nasional, Negeri Kedah dan Bahagian kerana memberi peluang dan kepercayaan kepada kami untuk turut serta secara proaktif dan membina.
Inilah yang dimaksudkan oleh Transformasi yang didokong oleh YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak yang amat kami cintai. Kami berharap agar sekalian mahasiswa dapat bersama-sama memberikan sokongan yang padu kepada pasukan Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak dan kami juga mengalu-alukan penyertaan lebih ramai rakan-rakan mahasiswa dalam gerakan Siswa4U.
Sesungguhnya terdapat dua isu utama yang melanda negeri Kedah, yang menyebabkan kami terpanggil untuk menyumbang akal fikiran, tenaga dan masa untuk memenangkan Barisan Nasional. Isu yang pertama amat dekat dengan kami, iaitu isu pendidikan yang melibatkan mahasiswa di Kolej Universiti Insaniah Kedah (KUIN) dan isu pembalakan di kawasan hutan utama Kedah.
Kami mendapati bahawa kegagalan kerajaan Pas untuk menguruskan KUIN dan balak dengan baik mencerminkan kepincangan dalam pentadbiran negeri secara keseluruhannya. Oleh yang demikian, adalah lebih bijak untuk rakyat memberikan mandat kepada calon-calon pilihan YAB Dato’ Seri Najib di negeri Kedah dan di seluruh negara berdasarkan pencapaian atau track record pentadbiran kerajaan Barisan Nasional yang lebih cemerlang.
Kami yakin, masalah yang berlaku di KUIN akan diselesaikan dengan pantas sekiranya kerajaan Barisan Nasional mentadbir Kedah. Kami amat marah apabila mengetahui bahawa pelajar KUIN telah dipindahkan ke Kuala Ketil walaupun lokasi tersebut tidak mempunyai kelengkapan keperluan yang cukup.
Bagaimanakah pengurusan KUIN yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Kedah boleh membiarkan Kampus Kuala Ketil beroperasi tanpa asrama dan masjid untuk pelajar? Malah, pelajar perlu berpindah randah ke dari satu asrama tumpangan ke asrama tumpangan lain hanya untuk tidur!
Ini tidak termasuk kes di mana 7 orang pelajar KUIN yang menamatkan pelajaran mereka dengan ijazah Al-Quran, tidak mendapat pengiktirafan akreditasi oleh Malaysians Qualifications Agency atau dikenali sebagai MQA. Bagaimana nasib mereka sekarang? Adakah masa yang telah mereka habiskan untuk belajar di KUIN hanya sia-sia? Apakah mereka mendapat pembelaan daripada Kerajaan Negeri Kedah? Itu nasib 7 orang rakan sebaya kami yang terbukti tidak terbela, jadi bagaimana pula dengan pelajar yang sedang mengikuti kursus yang sama sekarang ni?
Kami bertegas bahawa kebajikan mahasiswa harus diberi perhatian dengan serius. Mahasiswa tidak wajar menjadi mangsa kezaliman politik dan ketidakupayaan kumpulan pemimpin yang memegang tampuk pemerintahan negeri untuk mentadbir dengan baik. Berkaitan dengan isu pembalakan oleh Kerajaan Negeri Kedah dibawah program ‘Ladang Rakyat, Ladang Sejahtera’, kami mahasiswa sangat prihatin terhadap permasalahan yang telah berlaku dan kami berpandangan bahawa ia amat merugikan rakyat negeri Kedah.
Di Gunung Inas, lebih 2000 hektar tanah yang sarat dengan pokok-pokok balak diterokai sejak 5 tahun lepas. Sepanjang 5 tahun ini, kerajaan negeri telah berjanji untuk mengusahakan Ladang Sejahtera, namun begitu hasilnya sungguh mengecewakan. Setelah kerajaan negeri mengaut hasil keuntungan yang melimpah-ruah daripada projek pembalakan, sehingga hari ini, masih tiada sebarang usaha untuk menanam semula pokok balak getah di bawah projek yang dinamakan Ladang Sejahtera. Yang ada, hanyalah pemusnahan alam sekitar, pencemaran sumber air sungai dan pemusnahan sektor pelancongan. Rakyat Kedah hanya menjadi mangsa hasil kerakusan Kerajaan Pas untuk mengaut keuntungan tetapi hasilnya tidak sedikit pun digunakan untuk menjaga kebajikan rakan-rakan kami di KUIN.
Keadaan sama berlaku di Pedu di mana lebih 500 hektar tanah balak diterokai. Lokasi pembalakan yang berhampiran dengan tempat simpanan air iaitu Empangan Pedu amat merisaukan kami. Di sini, Kerajaan Pas menabur janji untuk membuat kebun buah-buahan di tapak yang telah digondolkan oleh kontraktor balak. Malangnya, janji yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Kedah tidak boleh dipercayai, sama seperti Manifesto Bukan Janji Pakatan Rakyat. Janji di masa lepas belum pun ditunaikan, mereka berani berjanji lagi!
Justeru, manifesto Barisan Nasional negeri Kedah yang berteraskan Hal Ehwal Agama, Transformasi Ekonomi dan Transformasi sosial merupakan pilihan terbaik bagi rakyat negeri Kedah. Manisfesto Barisan Nasional realistik memandangkan ia melibatkan perlaksanaan dalam aspek membangunkan negeri Kedah. Pelbagai pelan tindakan seperti membangunkan pusat industri minyak dan gas di Yan dan Bandar Getah bertaraf antarabangsa di Padang Terap mampu menawarkan 13 ribu peluang pekerjaan. Selain itu, kami mahasiswa Siswa4U juga menyokong usaha memperkasakan pengajian pondok dan tahfiz selari dengan iltizam untuk membangunkan masyarakat yang berilmu.
Tambahan pula, kami mewakili seluruh mahasiswa ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang memberikan Baucer Buku 1Malaysia serta rebat telefon pintar. Kami juga terharu apabila kehendak mahasiswa dipertimbangkan dalam penyediaan AkuJanji Barisan Nasional.yang membuktikan kesungguhan kerajaan Barisan Nasional dalam memelihara kebajikan mahasiswa.
Kepada rakyat Malaysia, pilihlah kerajaan yang terbukti menjaga kebajikan dan menjamin kemakmuran negara. #BetterNation untuk hari ni dan masa hadapan.
McTheory:
Tahniah adik-adik, mari kita turun padang Selamatkan Kedah dari Tangan Parti Rejim Pas!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
12 ulasan:
Aku pun pelajar UUM jugak, tapi aku dan ramai rakan-rakan lain bantu Pakatan Rakyat setiap hari sejak sebelum penamaan calon lagi.
Pakatan Rakyat best.... mansuhkan PTPTN, tawarkan pendidikan percuma.... bukan macam BN buat manifesto sekadar melepas kentut busuk di tengah majlis.
best la dok kena muhung. kerajaan selangor tawar tadika percuma. tu pun tak mampu nak laksanakan. ini pula nak buat pendidikan percuma. mimpi sedih la weii..
biarlah,,yang kite takut sangat PR perintah ni kenapa? 50 tahun dah kita perintah,, bagila peluang kat PR pula.. "mana kita nak tau diorang lebih baik ke tidak dari kita kalau diorang tak pernah dapat peluang memerintah???". then macam mana nak buat perbandingan ??? skrg dah nampak sgt macam kita ni y desperate
Sorrylah kita akan TUKAR KEDAH kepada BN. Insya Allah dulu Kedah asal dr BN UMNO. Islam terpelihara, rakyat sejahtera. So kenapa kita taksub nk tukar tnpa fikir.
Jangan beri peluang pada Syaitan (PR) perintah lagi. perbandingan sudah jelas, bukti terllau banyak, 5-4 negeri yg PR perintah dulu HAMPEH.. bak kata TPM markah E- utk Kerajaan Toghut Azizan PAS. MB samseng yg tk reti jadi MB, kronis diutamakan rakyat dipermainkan.
aku tak kisah kalau kita nak menang pun,, tapi biarlah menang secara bermaruah. itu je..
Kempen jangan xkempen,janji kempen cara bersih baru Allah maqbul kerja kita,Manifesto PR ternyata membantu Rakyat tanpa mengira Parti....
Manifesto BN ada yang tiru Pakatan xdak idea la tue...
Yang penting Pakatan Menang PRU 13...insya Allah....
Mat cai PAS, manifesto cetak 100 muka pun tp utk dibohongi buat apa kan.. tambah dosa saja buat PR.
Baik bersihkan dulu janji2 2008, bersihkan dulu pemimpin2 besar dlm PR.
Xpyhlah nk listkan pasal pelacor china, jantan2 jamnu, pmpuan penjual tudung, bini org, rampas hak rakyat miskin, seleweng tanah, rompak balak.. ish2 takut aihhh bukan apa.. takut dpt saham dosa sama dr puak2 laknatullah ni klu kita sokong bg undi.. bkn apa Tuhan dh tunjuk.. jelaih tu.. tkkn nk lawan kot..
sapa la kita kan..
janji BN Insya Allah xhebat mana tp Insya Allah realistik dn yg plg penting DITUNAIKAN..
jgn jadi mcm puak tu noo.. duk tebiang janji tp capati saja.. (Munapik)
Janji dicapati= manifesto bukan janji PR.. kah..kah..kah senang2 je rakyat kena kencing dgn Rejim Pakatan..
Manifesto adalah penting,kerana ianya akan menunjukan hala tuju sesebuah parti jika dapat memerintah,xtimbul persoalan nak cetak berapa muka pun,yang penting tunaikan janji pada rakyat...kalau nak listkan janji Pakatan yang telah dilaksanakan memanglah bayak..tapi kalau tengok kat TV3 memang la xkeluaq...Syabas Pakatan walaupun banyak peruntukan banyak disekat oleh kerajaan Pusat namun tetap bersemangat untuk menunaikankan Janji Manifesto 2008 walaupun banyak cabaran dan dugaan....
Janji BN pun banyak yang xtunai,tapi kita terkeliru kot dengan lagu dan slogan "JANJI DITEPATI"RAKYAT DIDAHULUKAN.."pada hal yang ditunaikan xsampai 30%kalau xcaya cubala cek betui-betui...kesian kat budak-budak kecik bangkit pagi-pagi dok nyanyi lagu Janji Ditepati....
PRU 13 Rakyat Bangkit menolak penipuan Pakatan Rakyat
vote 4 BN
win 2 BN
Tuan cai/Mat Bukit Hijau.. hang pakai dua imej ka? takkan takut kot nk jelma sbg satu sj?
Ya laha rakyat tk bodoh.. BN janji BN tunai.. bukan tgk kt TV3 saja tgk di HARAKAH yg 38 muka surat fitnah mmg tkpenah ckp betui pun... TV3 lapor fakta.. ada gambar, video.. (besi).. tp media PAS? TVPAS yg pakai berita2 longkang tu? 12 buah masjid krjn persekutuan bina ditipunya dlm HARAKAH ckp PAS bina.. abih tu kalau tera tu bohong pun boleh buat.. janji2 pemuhong lain mmg xboleh harap lah..
mana dia janji2 di Kedah? SULIHH? yg saya tau rompak balak cerah di Baling dgn Pedu xdk pn dlm manifesto.. kan?
Catat Ulasan