Sabtu, 13 April 2013

PANASS!! Aishah Jadi Calon Pas, Abby Merajuk Kerana Tak Terpilih? #TolakPR #PRU13



Mc dengar nama Aishah naik jadi calon di Jempol, Negeri Sembilan. Tahniah, sebab ceramah fitnahnya terhadap UMNO dan kutuk Kerajaannya membuahkan hasil.

Penyanyi Aishah yang sebelum ini dilaporkan terkejut dicalonkan untuk bertanding kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) akhirnya mengesahkan untuk bertanding kerusi itu.

Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 48, berkata, keputusan menerima tawaran itu bagi mewakili PAS dibuat atas kerelaan dan kehendaknya sendiri.

“Ia adalah pilihan saya. Apabila kita mempunyai pengikut tertentu (sebagai bintang pop) dan ia juga merupakan perkara yang baik, mengapa tidak (bertanding)?” katanya seperti dilaporkan portal red carpet.net.my pada Jumaat.

Pada Rabu lalu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu telah mengumumkan Aishah yang popular dengan lagu Janji Manis Mu dan Melukut Di Tepi Gantang dinamakan sebagai calon Parlimen Jempol bagi mewakili parti itu dalam PRU13.

Akhbar bagaimanapun melaporkan pengumuman Mohamad Sabu satu keputusan ‘bercelaru’ kerana pada Ahad lalu nama Ketua Dewan Pemuda PAS Jempol, Mohd. Fairuz Mohd. Isa diumumkan sebagai calon bagi kerusi tersebut.

Dalam pada itu Aishah yang pernah menuntut dalam jurusan sains politik di sebuah universiti di New Zealand berkata, dia sentiasa cenderung dalam bidang berkenaan walaupun mengakui permainan politik kadangkala kotor.

“Ia akan menjadi kotor kalau kita yang mahukan ia menjadi kotor. Sebagai rakyat Malaysia, saya berpendapat kita memerlukan politik yang matang dalam membentuk pandangan politik kita. Ia mengambil masa untuk mendidik masyarakat,” katanya.

Ibu kepada dua orang anak ini berkata, keutamaan dalam hidupnya telah berubah selepas membuat keputusan meninggalkan dunia seni.

Ujarnya, semasa muda dia banyak memberi tumpuan dalam bidang muzik tetapi apabila sudah ‘tua’, bidang politik adalah dunia barunya.

“Jika doktor boleh menjadi ahli parlimen dan menteri kabinet, kenapa tidak artis seperti saya?” katanya yang akan memulakan kempen pada minggu depan.

Kata Aishah selepas menyertai PAS pada Mei tahun lalu, dia telah terlibat secara aktif bagi memperjuangkan parti itu termasuklah menyertai ceramah-ceramah politik yang dianjurkan.

Dalam pada itu Aishah menerusi satu kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online pada Jumaat berkata dia kini sibuk berkempen di Pasir Salak, Perak. 

Kalau Aishah dah jadi calon, Abby Abadi yang perasan glamor tu macam mana pulak? Kalau Pas tak bagi Abby jadi calon takut merajuk pulak dia nanti. he he..
Tu baru Abby, bagaimana pulak dengan Hairie, Leman dan lain-lain? 

McTheory:
Jangan keluar Pas sebab merajuk tak jadi calon sudah laa... he he

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dia kata ada pengikut?????
sian dah tak laku tapi perasan

Tanpa Nama berkata...

Kalo doctor boleh jadi calon dan menjadi menteri kabinet..kenapa tidak boleh artis?? Doktor tue nak jadi menteri keaihatan...artis nak jadi apa menteri nyanyian??menteri lakonana?? Menteri persembahan dan kebudayaan??

Tanpa Nama berkata...

Kalu artis jd menteri bole create satu position..kan skg byk pemimpin pembangkang nk jd "pelakon"..kekeke..

Tanpa Nama berkata...

cara apa dia kempen...kalu dia nyanyi aku nak gi dengar dia nyanyi...kalu ceramah aku tak nak...aku nak dengar maki hamun mat sabuuuu...

Tanpa Nama berkata...

yang kau dengki tu apasal. kau tu bercakap je lebih. buat buih air liur je,baik dia dpt gak jadi calon. kau boleh jadi belon haaaaaa,tah2 jadi melombong taik haaaa.prrangai buruk kau niiii.biar la kat dia nak msuk parti apa pun. asal jgn msuk parti BN,,,, Barisan Nerakaaaa tu

Tanpa Nama berkata...

ni la puak2 yg tak bau syurga ni . asyik nak aib org je, aku puak umno jugak tapi tak la sampai nak malukan org. besok org akan aib kau pulak. tak caya kau tenggok nanti. aku malu la kat parti lain kalau mcm ni perangai parti ni.bangsat kau meruntuhkan umno.

Tanpa Nama berkata...

Kalau tidak silap arwah Presiden Pas pernah menyindir tentang moral Calon ini suatu masa dahulu.

Tanpa Nama berkata...

tanya sama aishah 2 budak anak siapa
balik dari new zealand tak berbapa
nanti jawab aishah apa sebuk tanya
dan kalau nak tahu juga tanya pendaftaran negara.

Tanpa Nama berkata...

orang di pendaftaran negara petaling jaya tahu kisah lama dia nak daftar dua anak yang dibawa balik dari NZ dan siapa membantu so tak payahlah nak tunjuk baik.