Selasa, 30 April 2013

PANASS!! Ayahanda Tun Dr Mahathir Takut 'Pucat Lesi' Dengan Karpal Singh? #TolakPR



Mc memang respek habis dengan Ayahanda Tun Dr Mahathir ni. Walaupun dah berumur, tapi semangat juangnya masih menebal dalam diri.

Ugutlah macam mana pun, beliau tak hairan langsung. Malah beliau tetap bertegas dengan kenyataan yang beliau buat keatas Penasihat Dap Lim Kit Siang.

"Tangkaplah saya, heretlah saya ke mahkamah. Saya tetap ulang lagi, (Penasihat DAP) Lim Kit Siang sebagai rasis dan dia memang rasis".

Demikian respons bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh semalam bahawa pembangkang akan menangkap dan menghadapkannya ke mahkamah kerana mengeluarkan kata-kata hasutan dengan menuduh Lim sebagai perkauman, jika berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Beliau berkata Karpal Singh membuat kenyataan itu kerana mahu menghalangnya daripada menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai sikap Lim yang didakwanya rasis.

"Terkejut saya, pucat muka saya (nada menyindir)...fasal Pengerusi DAP Karpal Singh mahu tangkap saya kerana saya mengeluarkan kata-kata hasutan dengan menuduh Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai perkauman.

"DAP hanya mahu bertanding di kawasan majoriti Cina kerana mereka hanya diterima pengundi di kawasan berkenaan dan tindakan DAP ini ternyata menunjukkan sikap rasis mereka," katanya semasa berucap pada satu majlis di Kampung Padang Jual, Johol, di sini, Isnin.

Dr Mahathir mendakwa sekutu DAP iaitu PAS juga bersikap rasis kerana hanya mahu bertanding di kawasan majoriti kaum Melayu terutamanya di Kelantan dan Terengganu.

Katanya ini berbeza dengan Umno dan MCA yang tidak menunjukkan sikap perkauman kerana boleh bertanding di mana-mana kawasan di seluruh negara tanpa mengira majoriti kaum.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Nik Aziz Nik Mat bersikap hipokrit apabila menunaikan solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya Jumaat lalu kerana mahu meraih undi di sana.

"Dulu PAS kata mereka nak lelong pusat pentadbiran persekutuan Putrajaya tapi sekarang tak mahu lelong pula dan mahu menawan Putrajaya dalam PRU ini...buat la pusat pentadbiran seperti Putrajaya di Kelantan," katanya.

Biasa la, Husam dan Nik Aziz memang muka taktau malu. Muka dah sama tebal dengan tembok gamaknya. Dulu kutuk dan hina Putrajaya, sekarang ni terhegeh-hegeh. Siap bertanding lagi di Putrajaya.

Ehh.. Nik Aziz sembahyang di Masjid Putrajaya? Kan itu duit BN, sah kah sembahyang Nik Aziz tu? Tapi kalau tak sembahyang kat masjid yang BN bina, nak sembahyang kat masjid mana lagi. Sebab Pakatan Haram ni tak pernah bina masjid walau satu pun. he he..


McTheory:
Cakap saja berapi, tapi tak pernah buat apa pun.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Gua terbayang2 gak camner Karpal Singh nak kejar Tun M ye guna 2wheel drivenya. Teringat lak tu ari, Karpal buat pertunujukan "break face" diatas pentas hehehe
Apppaaaa Dahhhh hahahaha...

Tanpa Nama berkata...

Pembangkang seronok dapat solat dalam masjid cantik kerana fed up asyik kena solat atas jalan raya dan masjid kayu buruk.

Tanpa Nama berkata...

harus disamak majid yang mulia itu sebab n.ajis dah terpalit kt sana..

Tanpa Nama berkata...

woi..berani ko hina tok guru aku..
samak tu maknanya dah sama dgn najis mukhallazah tau..ko ingat tok guru aku tu tahap anjing ka..
tapi klw dah mat sabuu pon sanggop mkn babi dgn dap..rasanya tok guru aku pon mesti join skali lah..betol la kena samak..

Tanpa Nama berkata...

Ini negara anda,

Negara saya juga,

Ini negara kita,

Sama-samalah kita menjaganya.

Tanpa Nama berkata...

Org tua nico azizo Tu Dah nyanyuk Dah tapi org sanjung dia mcm nabi. Memang sesat yang amat jauh manusia2 mcm nie

Tanpa Nama berkata...

Muahahahaha...lawak la bro.. klu aku la aku x samak.. aku runtuhkn trus.. buat masjid bru.. badi babi tu melekat xleh hilang... najis sungguh..

Tanpa Nama berkata...

Jgn lebih-lebih, nanti menyesal tak sudah....