Selasa, 23 April 2013

PANASS!! Jurukamera RTM Mati Di Pukul Penyokong Pas!! #TolakPR

hiasan semata..


Allahhuakbar !! Innalillah..Al-Fatihah !

Seorang jurukamera sambilan RTM Kelantan, Muhammas Yaakob, 61, meninggal dunia di Gua Musang malam tadi selepas dipukul beberapa penyokong PAS dihadapan pondok milik parti pembangkang berkenaan.

Menurut sumber, berlaku insiden pukul memukul selepas Muhamas dikatakan meminta seorang penyokong Pas mengalihkan kereta mereka di depan rumah beliau yang didapati menghalang laluan keluar kenderaannya.

Selepas dipukul, menurut sumber berkenaan, Muhamas telah kembali ke rumah dan pada kira-kira pukul 1.15 pagi, beliau mengadu sakit dada dan kemudian tidak sedarkan diri. Beliau meninggal dunia tidak lama selepas itu.

"Ada yang kata arwah mengalami sakit jantung selepas dipukul beberapa penyokong PAS. Apapun kita tunggu keputusan post mortem dan sidang media oleh polis', katanya.

Difahamkan, Ketua Polis Daerah Gua Musang dijangka akan membuat sidang media mengenai kejadian tersebut pada hari ini.

Tak percaya? Kat bawah tu ada laporan polis!



McTheory: 
Lagi cerita PANAS klik  SINI

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bila sampai ajal setiap manusia..takde yang dapat menyekat...kejadian hanya sebagai asbab... Al-Fatihah..takziah..

Tanpa Nama berkata...

kena buat RCI ni... mcm kes peserta Bersih mati ari tu...

Obat Polip Rahim berkata...

Ikutan bergabung dan menyimak yah, salam kenal happy blogging :)

Unknown berkata...

Video Mustafa Ali Bahagian2 tersebar Panasssssssss........ di sini >>.
http://bnbesut.blogspot.com/2013/04/video-mustafa-ali-bahagian2-ke.html

Tanpa Nama berkata...

Kalau perkara berlaku kt wartawan harakah tau keadilan pasti heboh satu dunia..anwar pasti desak sidang tergempar PBB utk mengutuk kezaliman BN,.begitulah gempaknya.,

LAINKALILAH berkata...

Astargfirullah....... Penyokong taksub PR dah jadi pembunuh......

Tanpa Nama berkata...

PDRM dah sahkan yang Arwah meninggal akibat sakit jantung sahaja, bukan dipukul oleh mana2 pihak.. yg fitnah PR tu pandai la mintak maaf ok.

Tanpa Nama berkata...

PENGKALAN CHEPA: Kematian wartawan sambilan RTM, Mohammad Yaakob, 61, di Gua Musang pada awal pagi Selasa berpunca daripada penyakit jantung dan bukan akibat diserang penyokong sebuah parti politik.Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihak polis menerima laporan polis berhubung kejadian yang dibuat oleh isteri mangsa, Wan Tahirah Wan Ibrahim, 52."Pada kejadian yang berlaku pada pukul 12.45 pagi (Selasa), isteri mangsa mendengar bunyi hon kereta di luar rumah. Isunya adalah rumah (mangsa) berhampiran dengan markas parti politik. Bila kereta mereka dihalang (markas), suami kepada pengadu kemudiannya keluar dari kereta dan berlaku pertengkaran mulut."Bila (mangsa) masuk ke dalam rumah mula berasa sakit dada (dan) keadaan bertambah merisaukan. Dia dibawa ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia dalam perjalanan pada kira-kira pukul 1.45 pagi."Berdasarkan bedah siasat di Hospital Gua Musang, punca kematian disebabkan oleh serangan jantung," katanya pada sidang media selepas Taklimat Kepada Calon dan Wakil Calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Negeri Kelantan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baru di sini, Selasa.Jalaluddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Mohammad yang meninggal dunia akibat serangan jantung yang didakwa berlaku selepas diserang penyokong sebuah parti politik di hadapan rumahnya di Bandar Lama Gua Musang di Gua Musang, awal pagi Selasa.Menurut Jalaluddin, pihak polis menyiasat kes tersebut di bawah kematian mengejut."Mangsa mempunyai rekod sakit jantung (maka) tidak timbul dia diserang atau dipukul. Tiada kesan lebam pada mangsa," kataya.Sehubungan itu, beliau menasihatkan agar orang ramai tidak mendengar sebarang khabar angin atau menyebarkan fitnah berhubung kejadian itu.Sementara itu, anak mangsa, Nur Safran Mohammad berkata, pemergian arwah bapanya itu mengejutkan beliau dan keluarga kerana allahyarham sebelum ini tidak pernah mengadu mengalami masalah jantung.Mangsa yang telah berkhidmat dengan RTM selama 25 tahun meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak berusia 27 tahun hingga 14 tahun.

Tanpa Nama berkata...

Admin penyebar fitnah..