Isnin, 8 April 2013

PANASS!! Lagi Cerita Membuktikan Phahrolrazi dan Azizan Razak Tak Pernah 'Bergaduh'! #TukarKedah #SaveKedah


Semalam lepas Mc keluarkan cerita 'Azizan tak bergaduh dengan Phahrol' betui ka depa tak gaduh? Nak tau boleh pi klik kat SINI. 

Kemudian adalah seorang hamba Allah tu komen dalam blog Mc menceritakan tentang perangai buruk si Phahrol dan Dr Ismail yang sengaja datang lambat ke pelancaran Manifesto Pas Kedah di Kompleks Pas, Batu 9.

Katanya lepas semua jemputan dan VIP sampai. Malah MB pun dah lama sampai duduk kat atas pentas, majlis pun dah mula, baru muncul Phahrol dan Ismail naik atas pentas tanpa bersalaman pun dengan MB Kedah tu.

Maknanya mereka tidak menghormati majlis, malah mereka berdua langsung tidak 'pandang' si Azizan Razak (MB Kedah) tu. Tindakan mereka berdua itu, membuktikan mereka 'tidak' bergaduh dengan Azizan, dan semua ini hanyalah FITNAH UMNO, semata-mata.

Iskk.. normal la tu, bila Exco dan Adun tak bersalaman dengan Menteri Besar! Itu perkara biasa!! he he.. Mungkin Phahrol dan Ismail fikir, sekarang ni bukan hari raya, tu yang depa dua tak mau salam dengan Azizan. Depa kena tunggu raya baru boleh salam! he he he..

Salam tidak membuktikan apa-apa, mungkin bersalaman ini tidak penting bagi puak 'syiah'. Mungkin syiah dah gantikan salam dengan kenyit-kenyit mata saja. Sebab tu kalau depa kenyit mata kat Azizan pun orang tak nampak. he he.. biasa la, Phahrol dan Ismail kan pendokong syiah di Kedah.

Kesimpulannya, Phahrol dan Ismail, tidak mempunyai masalah dengan Azizan, cuma depa takmau salam dan pandang muka masing-masing. Namun itu tidak membuktikan mereka bergaduh. Orang melayu kalau dah sampai takmau pandang muka tu, kiranya macam 'sayang' sangat la kat orang tu. he he..

Akhir kata, Phahrol dan Ismail sebenarnya di suruh oleh 'media UMNO' untuk tidak bersalaman dan pandang muka Azizan. Sebab puak ni kalau ada sebarang kontroversi, depa akan tuduh 'media UMNO' sampai mampuih. Jadi sebelum depa tuduh, kita mengaku pi laa..


Mc harap pembaca fahamlah dengan tulisan Mc diatas tuuu.. he he..

McTheory:
Kalau tak faham juga, kena belajar lain laa..

3 ulasan:

Gombug berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

bangkai gajah mana boleh sorok!

Tanpa Nama berkata...

dlu ada org penah tya dr mail,awat x pi tengok azizan dlm hospital msa tgh sakit.. Dr mail dgn biadapnya ckp kalau dia mati baru aku p tngok..