Sponsor

Memaparkan catatan dengan label Azizan VS Phahrol. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Azizan VS Phahrol. Papar semua catatan

Isnin, 8 April 2013

PANASS!! Lagi Cerita Membuktikan Phahrolrazi dan Azizan Razak Tak Pernah 'Bergaduh'! #TukarKedah #SaveKedah


Semalam lepas Mc keluarkan cerita 'Azizan tak bergaduh dengan Phahrol' betui ka depa tak gaduh? Nak tau boleh pi klik kat SINI. 

Kemudian adalah seorang hamba Allah tu komen dalam blog Mc menceritakan tentang perangai buruk si Phahrol dan Dr Ismail yang sengaja datang lambat ke pelancaran Manifesto Pas Kedah di Kompleks Pas, Batu 9.

Katanya lepas semua jemputan dan VIP sampai. Malah MB pun dah lama sampai duduk kat atas pentas, majlis pun dah mula, baru muncul Phahrol dan Ismail naik atas pentas tanpa bersalaman pun dengan MB Kedah tu.

Maknanya mereka tidak menghormati majlis, malah mereka berdua langsung tidak 'pandang' si Azizan Razak (MB Kedah) tu. Tindakan mereka berdua itu, membuktikan mereka 'tidak' bergaduh dengan Azizan, dan semua ini hanyalah FITNAH UMNO, semata-mata.

Iskk.. normal la tu, bila Exco dan Adun tak bersalaman dengan Menteri Besar! Itu perkara biasa!! he he.. Mungkin Phahrol dan Ismail fikir, sekarang ni bukan hari raya, tu yang depa dua tak mau salam dengan Azizan. Depa kena tunggu raya baru boleh salam! he he he..

Salam tidak membuktikan apa-apa, mungkin bersalaman ini tidak penting bagi puak 'syiah'. Mungkin syiah dah gantikan salam dengan kenyit-kenyit mata saja. Sebab tu kalau depa kenyit mata kat Azizan pun orang tak nampak. he he.. biasa la, Phahrol dan Ismail kan pendokong syiah di Kedah.

Kesimpulannya, Phahrol dan Ismail, tidak mempunyai masalah dengan Azizan, cuma depa takmau salam dan pandang muka masing-masing. Namun itu tidak membuktikan mereka bergaduh. Orang melayu kalau dah sampai takmau pandang muka tu, kiranya macam 'sayang' sangat la kat orang tu. he he..

Akhir kata, Phahrol dan Ismail sebenarnya di suruh oleh 'media UMNO' untuk tidak bersalaman dan pandang muka Azizan. Sebab puak ni kalau ada sebarang kontroversi, depa akan tuduh 'media UMNO' sampai mampuih. Jadi sebelum depa tuduh, kita mengaku pi laa..


Mc harap pembaca fahamlah dengan tulisan Mc diatas tuuu.. he he..

McTheory:
Kalau tak faham juga, kena belajar lain laa..

Ahad, 7 April 2013

PANASS!! Siapa Cakap Azizan dan Phahrolrazi Bergaduh? Fitnah UMNO tuuu.. #TukarKedah #SaveKedah


Bila baca cerita diatas ternyata Azizan dan Phahrolrazi tak pernah bergaduh pun. Depa cuma beza pendapat sikit saja. Cerita ni media UMNO yang reka.

Mana pernah Phahrol keluarkan kenyataan 'Enjin 3 selindir kat Azizan'.. tu media UMNO tuu. Orang-orang Phahrol tak pernah ugut pun nak tutup bilik gerakan, mana pernah!

Phahrol pun tak pernah kena 'culik' 2 jam dalam sekolah, tak pernah ehhh.. semua tu dusta belaka.

Phahrol tak pernah buat sidang media 'khas' untuk maki Azizan di rumah dia dulu. Dia tak buat, UMNO FITNAH!!

Malah Phahrol tak pernah pun keluar kenyataan dalam SINAR yang dia dah 'bersedia' untuk jadi MB. Dia tak cakap pun. Muka sama, tapi bukan dia!

Malah Nasir Mustaffa yang dok kutuk MB dalam 'Zello' pun, hanya rekaan UMNO semata-mata. Depa kawan baik Azizan dengan Phahrolrazi ni, siap boleh cium pipi.

Phahrol tak pernah suruh pun 'orang Azizan' belot kat Sungai Limau, dia mana pernah pi sana, dia siap berdoa, Ustaz Azizan jadi calon Sungai Limau!

Kiranya tak pernahlah Phahrol kutuk Azizan dalam ceramah Pas. Kalau anda pernah tengok, mungkin itu hanya kembar Phahrol. Macam Anwar cakap, 'muka macam saya, tapi perut tak sama!

Jadi kesimpulannya, jumpa orang jangan tengok muka, tapi tengok perut, pastikan perut dia sama, untuk kenal pasti seseorang individu.



McTheory:
Dakk ehhh.. depa mana pernah gaduh.. ha ha ha..