Isnin, 8 April 2013

TUDIAA!! Lepas Rembat Tabung Memali, Pas Rembat Tabung Lahad Datu la pulakk!! #Pray4Sabah #TolakPAS

Klik untuk besarkan

Bukti PAS telan duit Tabung Wira Lahad Datu...bila kita check kat No. Akaun Bank pun dah boleh tahu duit tabung lesap ke mana..hehe

Lihat perbezaan Tabung Wira Lahad Datu yang diwujudkan oleh dua pihak berlainan seperti di atas. Satu akaun diwujudkan oleh parti PAS yang mana apabila wang berkenaan hendak didepositkan ke Mesin Deposit Tunai, nama akaun yang keluar bukanlah 'Tabung Perajurit Lahad Datu' seperti yang diiklankan, sebaliknya tertera nama 'Parti Islam Se Malaysia'! No Akaun Tabung Wira Lahad Datu sebenarnya adalah 5142-7133-9000 dan bukan 5640-2540-0414 (milik PAS).

Akaun 'Tabung Wira Lahad Datu' adalah akaun yang benar-benar telus. Nama tabung seperti diiklankan adalah sama dengan nama tabung yang dibuka di bank. Berbanding dengan kutipan yang dijalankan oleh pihak Media Prima yang mewujudkan satu akaun khas atas nama 'Tabung Wira Lahad Datu', PAS tidak mengarahkan pihak bank untuk mewujudkan satu akaun khas atau akaun asing dari akaun induk parti berkenaan.

Persoalan kepada pimpinan PAS, jika ada wang sumbangan yang disalurkan melalui tabung derma Lahad Datu untuk perajurit Negara, bagaimana Bendahari PAS hendak mengenal pasti wang itu adalah wang sumbangan untuk Tabung Lahad Datu dengan Tabung PAS semasa? Sehingga hari ini PAS tidak pernah mengumumkan jumlah hasil kutipan wang tabung berkenaan, berbanding dengan pihak Media Prima yang mengumumkan kutipan Tabung Wira Lahad Datu kini hampir berjumlah RM4 Juta.

Tak malu ka Pas makan duit hasil derma untuk Wira Lahad Datu? Dulu Tabung Memali depa dah rembat, kali ni nak rembat Tabung Lahad Datu pulak. Dejei sungguh!

P/s: Kalau ada orang Pas yang derma, macam cara mereka mengenal pasti, untuk derma Lahad Datu dengan kemasukan wang lain?

Kesimpulannya..

No. 1 - Tabung Memali -> Status : Lesap
No. 2 - Tabung Kohilal -> Status : Lesap & Hilang
No. 3 - Tabung Lebuh Raya Rakyat -> Status : Coming Soon
No. 4 - Tabung Wira Lahad Datu -> Status : No. Akaun Yang Diiklankan Lain, Yang digunakan Untuk Deposit Akaun Lain..hehe (coming very-very soon)

Tiada ulasan: