Selasa, 2 April 2013

TUDIAA!! 20 Ribu Rakyat Johor Serbu Tun Dr Mahathir! #BNbagus

Semalam bukan main lagi orang DAP cakap Johor akan mereka tawan. Tetapi realitinya sangat jauh berbeza daripada orang DAP. Di Johor masih ramai yang menyokong teguh Barisan Nasional baik Melayu, Cina, India mahupun bangsa-bangsa lain.


Dalam ceramah Tun Dr. Mahathir di Pulai, Johor, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad menggesa rakyat Johor menolak Pakatan Rakyat dan menamatkan kerjaya politik Lim Kit Siang. 

Kalau lihat pada mereka yang hadir ke ceramah semalam iaitu sebanyak lebih kurang 20 ribu rakyat, Johor bakal jadi kubur politik Lim Kit Siang. Dari satu parlimen kepada satu parlimen menunjukkan bahawa tidak ramai yang menyokong dirinya.

Dengar cerita percaturan untuk meletakkan Kit Siang di Johor dengan alasan mahu menawan Johor merupakan taktik licik beberapa pemimpin DAP yang mahukan Dinasti Lim berkubur.

Ada dengar-dengar semua ini kerja Ronnie tapi tak tahulah Mc. Sebab kini DAP juga sedang mempunyai masalah dalaman yang teruk. Mereka dah mula tunjuk taring sebab nak kerusi mudah menejlang PRU13 ini. - Keris7Lok

Tiada ulasan: